Program Sembang Santai AIC Mei 2007

Anwar Ibrahim Club (AIC) akan menganjurkan Program Sembang Santai, sebuah program bersifat ‘gathering’ bertujuan untuk merapatkan silaturrahim sesama ahli AIC seluruh Malaysia.

Melalui program ini juga AIC akan mendapatkan maklumbalas daripada semua ahli dan penyokong untuk merangka gerak kerja program AIC untuk masa akan datang. Ini adalah merupakan program yang julung-julung kali diadakan oleh AIC sebelum mengorak langkah untuk menganjurkan lebih banyak program di masa-masa akan datang.

Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh: 1 Mei 2007 (Selasa)

Masa: 5.00 petang – 6.30 petang

Tempat: Restoran A&W Petaling Jaya (berhampiran Stesen LRT Taman Jaya)

Tetamu Kehormat: Nurul Izzah Anwar (Puteri Reformasi)

Untuk menyertai program ini kosnya amatlah mahal, iaitu PERCUMA! jamuan ringan turut disediakan kepada peserta..pun begitu tempat setakat ini hanya terhad untuk 30 peserta terawal. Andai sambutan begitu menggalakkan, kami selaku pihak penganjur akan mempertimbangkan sebarang pertukaran venue yang lebih selesa bagi memudahkan perjalanan majlis.

Pada majlis tersebut juga akan dilancarkan beberapa cenderahati berbentuk T-Shirt Rasmi AIC dan juga beberapa cenderamata lain yang akan dijual kepada umum selepas 1hb Mei nanti. Bagi peserta yang bertuah, anda berpeluang untuk mendapatkan cenderahati yang telah ditandatangani sendiri oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebarang pengesahan kehadiran boleh dihantarkan kepada adihamka.aic@gmail.com. Ingat, penyertaan akan berdasarkan ’siapa cepat dia dapat’. Memandangkan kos adalah percuma dan dianjurkan pula pada hari kelepasan umum,maka adalah sesuatu yang mustahil bagi anda untuk melepaskan peluang untuk menyertai program ini!

Ayuh, bersama kami ke arah membentuk Malaysia yang lebih baik!

ADIhamka

Setiausaha

Anwar Ibrahim Club (AIC)

Related Post :
    None Found

Iklan di Sini

More from this category

More from this author

More from our sponsor