Satu Lagi Forum AIC Berjaya!!
|
Kuala Lumpur: Anwar Ibrahim Club (AIC) dengan kerjasama Blog Bugs dan Friedrich Naumann Foundation berjaya mengadakan Forum Blogs + Wallet dan Majlis Pelancaran Buku “Melangkaui Sempadan: KONFLIKTING” pada 1 Disember lalu. Di forum tersebut, AIC menampilkan barisan panelis yang terdiri dari blogger-blogger tanahair terkenal seperti Roslan SMS (pemilik WTV8 dan blogger politik), M Zulkifli (orang kanan Gua.com.my dan bekas editor) dan Faisal Mustaffa (pemilik tokobuku.fotopages.com dan aktivis sosial). Meskipun acara diadakan secara sederhana, namun para hadirin tekun menimba pengetahuan dari para-para panelis mengenai cara untuk meneroka sumber kewangan baru melalui internet dan blogging. Para panelis membuka perspektif hadirin untuk melihat bagaiman sektor komersil dan media optimistic dengan potensi internet menjana pendapata. Tegas M Zulkifli, dengan perkembangan pesat dunia internet, ia adalah platform terbaik bagi menjana pengiklanan produk. Menurut beliau meskipun capaian internet di Malaysia masih diperingkat awal, namun tren ini akan berubah dalam masa terdekat. Forum ilmu seringkali gamat dengan gelak tawa apabila diterjah seloka dari Presiden AIC, Rahimi Osman Selaku moderator malam itu. Dr. Busarin yang diterbangkan khas dari Bangkok untuk bersama-sama majlis malam itu berkata beliau amat berpuas hati dengan forum tersebut. Selesai forum ditutup, menyusuli majlis ialah upacara pelancaran “Melangkaui Sempadan: KONFLIKTING”, suatu terbitan Freidrich Naumann dan AIC yang menghimpunkan coretan anak-anak muda hari ini dalam satu buku. Dalam ulasan beliau, saudara Nik Nazmi yang juga pembantu kanan kepada mantan Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata beliau berbangga diberi penghormatan melancarkan buku yang memberi “nafas kepada anak muda untuk menyatakan idea mereka menyentuh isu-isu semasa.” Kata beliau lagi, anak-anak muda harus berani mengutarakan pandangan mereka akan isu-isu semasa tanpa rasa gentar. Majlis yang berlangsung selama 2 jam itu tamat sekitar jam 11 malam. Ia diakhiri dengan bacaan sajak oleh saudara Rozan Mat Asep, seorang penyajak-aktivis. Majlis ini boleh disaksikan di laman web WTV8. Hafiizh Mokhtar |
|
![]() |
|
|
Para Panelis Bersama Rahimi Osman Presiden AIC |
|
- None Found

Entries (RSS)