Sinar Datin Seri Dr. Wan Azizah Menceriakan Mangsa Banjir Di Pahang
|
TEMERLOH: Tragedi menyelubungi negeri Pahang Darul Makmur dengan kehadiran monsun Timur Laut mengasak pantai timur tanahair. Prihatin dengan mangsa bencana alam di negeri Pahang, Presiden KeADILan Dr Wan Azizah Wan Ismail mengerah sayap Parti KeADILan Rakyat ke kawasan-kawasan terjejas. Sumber kewangan, pakaian dan bekalan makanan dihimpun untuk diagihkan kepada penduduk-penduduk.
Pada 16 Disember lalu, Dr. Wan Azizah bersama-sama Angkatan Muda KeADILan, Anwar Ibrahim Club (AIC) dan Yayasan Aman turun ke Temerloh, Pahang untuk bersama-sama mengharungi banjir monsun bersama rakyat Pahang. Lawatan tersebut menyusuli lawatan Naib Presiden KeADILan Azmin Ali ke Pahang sehari sebelumnya, dan kerahan Keadilan dan Unit Amal Pas yang telah bersiap-siaga sebaik sahaja paras air dikesan meningkat ke paras membimbangkan. Dr. Wan Azizah Wan Ismail, dan mereka yang terlibat, turun ke Pahang 16 Disember lalu disaat pakar meramalkan banjir akan bertambah buruk pada hari tersebut. Situasi Di Pahang Banjir yang berlaku di Pahang kali ini sama teruk dengan banjir besar pada tahun 1971. Setakat 16 Disember, seramai 21,699 orang telah dipindahkan ke 191 pusat pemindahan. Bermula 6 Disember, hujan lebat di beberapa daerah di Pahang menyebabkan kenaikan paras air ke paras tertinggi dan melimpahi tebing sungai-sungai utama negeri itu, menyebabkan bandar dan kawasan sekitar Temerloh, Pekan, Maran, Rompin dan Kuantan ditenggelami air keruh.
Di beberapa kawasan di Temerloh, mangsa – terutama kaum ibu dan anak-anak kecil – dan harta-benda mereka terpaksa berkampung di tingkat dua dan tiga sekolah-sekolah berhampiran bagi menyelamatkan diri dari air ganas yang menenggelami tingkat satu sekolah-sekolah berkenaan. Keadaan diperburukkan dengan kecelaruan kerajaan mengagih bantuan ke kawasan-kawasan terjejas. Kegagalan agensi-agensi kerajaan membuat persedian sewajarnya sebelum monsun melanda menyebabkan banjir kali ini adalah antara yang terburuk dalam sejarah tanahar. Kira-kira 26,000 penduduk bergegas meninggalkan rumah mereka selepas hujan lebat terus melanda dan air sungai melimpah membanjiri bandar-bandar dan kampung-kampung di pantai timur Malaysia, kata pihak berkuasa. Negeri terbesar di Semenanjung itu adalah negeri yang paling teruk dilanda banjir tahun ini, dan diramal akan mengalami gelombang kedua banjir yang buruk ekoran fenomena air pasang besar mulai 16 Disember. Menurut jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pahang, kesan banjir akibat air pasang besar yang disertai hujan lebat antara 23 hingga 26 Disember ini tidak hanya bertumpu di Kuantan sahaja, tetapi akan menyeluruh ke segenap negeri. Sehingga ini, kejadian banjir meragut nyawa 10 penduduk di Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan, yang dilanda hujan lebat dan ribut petir sejak minggu lalu akibat musim tengkujuh yang biasanya berlaku dari bulan lalu hingga Februari depan. Mangsa Banjir Terharu Ketika negeri Pahang diselubungi duka, Dr. Wan Azizah bersama-sama AMK, pasukan ‘AIC Bersama Rakyat’ dan Yayasan Aman menyerahkan bantuan banjir kepada bilik gerakan KeADILan di Jenderak, Kerdau dan Maran di Bukit Angin Temerloh. Selesai agihan dibuat, rombongan Dr. Wan Azizah bergerak ke Bilik Gerakan Banjir Barisan Alternatif di Seberang Temerloh untuk mendengar taklimat banjir dari Ketua Operasi Bilik Gerakan, Tuan Syed Hamid. Sementara itu, Presiden AIC, Rahimi Osman ketika dihubungi berkata pasukan AIC bersama-sama Yayasan Aman dan Angkatan Muda Keadilan telah mencatu bahan bantuan untuk lebih 500 keluarga. “Ia tidak sebanyak jumlah yang dijanjikan kerajaan, namun setakat ini operasi kami lebih pantas dari operasi agensi kerajaan,” kata Rahimi. “Ini bukan masa untuk fikir mengenai pilihanraya atau siapa Umno atau bukan Umno, kerana semua orang terjejas dan bantuan semua pihak amat dialu-alukan.” Selesai taklimat, Dr. Wan Azizah dibawa melawat perkampungan-perkampungan yang terjejas. Melalui laluan-laluan berselut dan penuh nyamuk, beliau bertanya khabar dan menyerahkan bantuan beras, susu, dan kopi kepada orang-orang kampung yang keluar mengerumuni Presiden KeADILan itu. Dari situ, Dr. Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, bergegas ke Sekolah Menengah Temerloh yang menempatkan lebih 500 orang mangsa banjir dari Taman Sri Kerinau dan Kampung Paya Luas.
“Keadaan di kawasan-kawasan terjejas sememangnya teruk,” jelas Rahimi. “Kami amat bimbangkan kesihatan mangsa-mangsa banjir yang terpaksa bersesak-sesak di bilik pemindahan. Penyakit mudah merebak dalam keadaaan lembab, sesak dan dipenuhi air kotor sebegini. Kami harap bantuan perubatan dari kerajaan disegerakan secepat mungkin,” kata Rahimi. Rombongan kemudiannya bergerak ke Sekolah Kebangsaan Abu Bakar di Mentakab yang menghimpunkan mangsa banjir dari Kampung Tanjung Kerayong, Kampung Rakit dan Taman Sagumpas. Seorang wanita, yang baru melahirkan anak, terlantar di lantai pusat pemindahan. Dr. Wan Azizah meluangkan masa yang lebih lama bersama wanita itu. Beliau kelihat amat sedih melihat nasib yang menimpa mangsa itu, lantas mengangkat, dan memeluk-cium bayi yang berusia baru beberapa minggu. Tertunduk Menangis Dihadapan Dr. Wan Azizah Dari Sekolah Kebangsaan Abu Bakar, Dr. Wan Azizah bergegas ke Sekolah Kebangsaan Tamil Mentakab. Ramai etnik India dan Melayu dari Taman Taha dan Sungai Ara – antara kawasan yang paling teruk dilanda banjir – ditempatkan di kompleks itu. Namun belum sempat bantuan diturunkan, Dr. Wan Azizah disekat oleh beberapa pemuda berbangsa Melayu. Berpakaian merah, kuning dan putih, mereka dengan bengis memarahi rombongan Dr. Wan Azizah. Keadaan bertambah tegang apabila pemuda-pemuda terbabit menghalau rombongan bantuan Dr. Wan Azizah dari kawasan berkenaan. Namun Dr. Wan Azizah tenang menghadapi kemarahan pemuda-pemuda Melayu itu. Selepas beberapa ketika dipujuk dan ditenangkan oleh pembantu-pembantu Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, lelaki itu tiba-tiba menitiskan air mata dan dengan sebak menceritakan keperitan mereka mengharungi banjir terburuk negeri Pahang itu.”Mereka (kerajaan) datang dan letakkan bahan bantuan disini. Kemudian tiba-tiba mereka kaut semula bantuan-bantuan yang diletakkan tadi dan bawa ke tempat lain,” cerita lelaki itu.”Kami, anak-anak kami, dah kebuluran kat sini. Mana orang-orang Melayu yang kata nak bantu kami dimasa susah? Dah beberapa hari kami di sini, kami semua hidup dengan ehsan bantuan kuil-kuil Hindu yang diberikan kepada orang-orang India yang bersama kami disini. Saya malu!” jelas lelaki itu sebelum memeluk salah-seorang ahli KeADILan dan menangis semahu-mahunya. Semua itu terjadi di hadapan Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Akan Kembali Lagi Dr. Wan Azizah Wan Ismail menjadi kegemaran kanak-kanak mangsa banjir pada hari lawatan itu. Beliau bergurau dan bermain bersama-sama kanak-kanak mangsa banjir yang kelihatan sedih dengan apa yang menimpa keluarga mereka. Tiada apa lagi untuk mereka, tiada lagi teddy bear, tiada lagi lori mainan, yang ada cuma kesedihan dan kemurungan di sana-sini. Sebelum beransur pulang lewat petang 16 Disember, Dr. Wan Azizah sempat mengagihkan gula-gula kepada kanak-kanak yang berpusu-pusu bersalaman dengan Presiden KeADILan itu. Melihatkan banjir tiada tanda-tanda untuk reda sepenuhnya, KeADILan, AIC dan Yayasan Aman akan terus memantau dan memberi bantuan dengan segala-sumber yang ada kepada mangsa-mangsa banjir 2007. Hafiizh Mokhtar |
|
|
|
|
- None Found


Entries (RSS)
Dear encik ANMAR IBRAHIM :
the simple words on behalf of ALL MALAYSIAN :
WE ( malay, indian, chinese and orang asli ) WANT
LOCAL CONTENT ENGLISH EDUCATION ! ! ! ! ! PLEASE !
MALAYSIAN LOCAL CONTENT ENGLISH EDUCATION !!!!!!
ASEAN LOCAL CONTENT ENGLISH EDUCATION !!!!!!!!!!!!!
START FROM AGE 3, AGE 4, AGE 5, AGE 6 and so on till UNIVERSITY!!!!
1 MALAYSIAN , YES ! WE CAN !!!!!!!!
We Want Be Marketable !!!!!!!!!!!!!!!!!!