AIC ke Arah Malaysia yang lebih baik!

Kurang dari 48jam, ‘Gelita 14′ yang disambut saban tahun bakal menghadirkan cahaya baru buat Malaysia tahun ini. 14 April 2008 adalah tanggal di mana berakhirnya ‘edah politik’ pemimpin Malaysia, Anwar Ibrahim.

Sebagai ikon yang dijulang oleh AIC, pastinya kami tidak ketinggalan di dalam memeriahkan detik bersejarah ini. Kemenangan memberangsangkan 8 Mac lepas semakin menyemarakkan semangat anak-anak muda yang bernaung di bawah AIC untuk sama-sama memainkan peranan ke arah pembudayaan politik baru yang dinaungi generasi muda.

Mencatatkan keahlian 20,000 ahli dalam tempoh setahun adalah satu pencapaian terbaik AIC, di mana tenaga sukarelawan AIC semakin bertambah sebermula kempen pilihanraya umum ke-12 yang lepas. dan juga jualan cenderamata rasmi AIC semakin laris di pasaran membuktikan bahawa anak-anak muda sudah mula membuka mata untuk mendepani gerakan perubahan Malaysia melalui AIC.

Pencapaian-pencapaian di atas semakin bermakna apabila AIC turut menjadi penggerak utama Sambutan Black 14 tahun ini apabila membantu KeADILan secara khusus dalam konteks hebahan massa termasuklah kempen maya dan edaran poster serta handbill. Alhamdulillah, sambutan awam yang diterima setakat ini oleh penggerak AIC sangat memberangsangkan, di mana adalah tidak mustahil sekiranya Kelab Sultan Sulaiman sekali lagi akan memahat sejarah untuk mencorakkan landskap baru Malaysia melalui penyertaan anak-anak muda AIC untuk menyambut pemimpin masa depan Malaysia, Anwar Ibrahim untuk memimpin Malaysia.

Masanya telah tiba, ayuh bergerak bersama AIC ke arah Malaysia yang lebih baik!

Related Post :

Iklan di Sini

More from this category

More from this author

More from our sponsor