DS Wan Azizah kosongkan kerusi Permatang Pauh.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah mengosongkan kerusi parlimen Permatang Pauh untuk membuka laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihanraya kecil untuk kerusi tersebut.

bm version permatang pauh election results 310708Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Wan Azizah berkata, beliau bagaimanapun kekal sebagai presiden PKR dan pengerusi Yayasan Aman Malaysia.

Wan Azizah berkata, beliau telah menghantar surat peletakan jawatan tersebut kepada Speaker Dewan Rakyat hari ini.

Permatang Pauh dianggap sebagai kerusi yang selamat berdasarkan kepada keputusan pilihanraya umum lalu, Wan Azizah menang besar dengan majroti 13,388.

Beliau mendapatkan 30,338 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dari Umno, Datuk Pirdaus Ismail yang memperolehi 16,950 undi.

Wan Azizah mewakili kerusi Permatang Pauh selama tiga penggal. Dalam pilihanraya 2004, beliau menang tipis dengan majoriti 590 undi, juga menewaskan Pirdaus.

Sebelum ini, disebut beberapa kerusi yang mungkin ditandingi oleh Anwar, termasuk Kulim Bandar Baharu, Bandar Tun Razak dan Lembah Pantai.

Kerusi Bandar Tun Razak diwakili oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Lembah Pantai (Nurul Izzah) dan Gombak pula diwakili oleh naib presiden PKR, Azmin Ali.

Ditanya mengapa beliau yang mengosong kerusinya untuk Anwar, Azizah berkata sejak dahulu lalu beliau bersedia berbuat demikian.

Katanya, sejak dari mula-mula bertanding dahulu lagi, beliau sedia mengosong kerusi Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Anwar.

Beliau juga berkata, keputusannya diambil setelah berbincang dengan keluarganya, dengan pemimpin PKR serta DAP dan PAS.

Katanya, beliau merasakan “inilah yang terbaik bagi Anwar sebab kawasan tersebut (mempunyai) majoriti yang selesa”.

Reaksi Anwar

Sementara itu, Anwar pula berkata, beliau terharu dan terhutang budi kepada Wan Azizah.

“Selama ini Azizah telah memainkan tanggungjawab sebagai ahli Parlimen dan ketua pembangkang yang cemerlang dan efektif,” katanya sambil menambah keputusan tersebut bukan mudah untuk diambil.

Anwar kata, keputusan itu juga diambil dengan melihat juga kerusi Bandar Tun Razak dan Gombak.

Katanya, pemimpin PAS dan DAP telah menghubunginya dan menyokong penuh beliau bertanding dalam pilihanraya kecil di Permatang Pauh.

Menurut, pemimpin DAP, Lim Kit Siang telah menghantar wakil parti itu menghadiri sidang akhbar tersebut, iaitu ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai

Manakala PAS pula, kata Anwar, tidak dapat menghantar wakil sebab mereka sedang bermesyuarat di pejabat agung parti tersebut.

Ditanya mengapa beliau tidak bertanding di kerusi Kulim-Bandar Baharu, Anwar berkata, petisyen yang dikemukakan di situ akan mengambil masa yang panjang untuk selesai.

Mengenai jawatan ketua pembangkang yang kosong selepas Wan Azizah mengosongkan kerusi Parlimennya, Anwar berkata, ia akan diberitahu minggu depan.

Related Post :
    None Found

Iklan di Sini

More from this category

More from this author

More from our sponsor

Comments

  • Abd. Rashid bin Abdul Razak said:

    Kami akan menyokong penuh DSAI bertanding di Permatang Pauh. Semoga Keadilan dan Kebenaran akan terpancar sebagai satu tapak deklarasi yang bersejarah menukar sistem yang bobrok ini. Hanya yang berjiwa hamba dan racist yang merasa dirinya tergugat. Kami adalah anak jati Melayu sedia bersaing hidup tanpa sebarang payung rasuah yang mabukkan pangkat atau kedudukan. Ayuh mari berjuang menegakkan maruah bangsa yang benar-benar berdaulat !.

  • sal said:
  • budi said:

    steady anwar………..tentang habis………………………………………..2

  • MAHYUDDIN BIN MOHAMAD said:

    Alhamdulillah….. Bakal Perdana Menteri akan tiba. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pemimpin terbaik dunia. Malaysia akan lebih maju dan masyarakat berbilang kaum di dalam negara ini akan lebih bersatu padu di bawah tadbiran beliau. Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail adalah idolaku, dan idola rakyat Malaysia keseluruhannya. Hidup Datuk Seri Anwar Ibrahim! ALLAH selamatkan DSAI.

  • AS said:

    Salam sejahtera Datuk & Datin Seri,

    Semoga ceria selalu dan tabah mengharungi cabaran dan dugaan. Teruskan perjuangan anda kerana rakyat berbilang kaum dan agama sentiasa bersama-samamu. Kami melihatmu sebagai pemangkin reformasi dalam sistem politik, ekonomi dan pentadbiran negara yang semakin malap di bawah kekuasaan BN. Sekian lama, negara kita telah diporak-perandakan oleh pemimpin BN rakus yang hanya menjaga kepentingan peribadi mereka tanpa menghiraukan tuntutan rakyat.

    Imej negara kini tercemar teruk di mata dunia berikutan manipulasi terang-terang dalam sistem perundangan, polis, BPR, hospital dll. Di bawah kepimpinan Pak Lah yang muflis ilham dan moral, negara seolah-olah sudah kehilangan hala tuju dan semakin parah. Rakyat menanti dengan penuh harapan agar Datuk Seri memangku jawatan PM dalam masa terdekat supaya keadaan dapat dipulihkan sebelum terlambat.

    Semoga Datuk Seri menang besar di Permatang Pauh, kerusi yang sentiasa hidup dalam kenangan sebagai tempat kelahiran perjuangan menuntut reformasi. Lawan tetap lawan di mana mana sahaja.

  • rakus benor aku said:

    salam sejahtera DSAI dan DSWAI
    moga kejayaan akan hadir dan Lawan tetap lawan , walau siapapun musuh yang datang.
    disini saya heran dan pelik kerana :
    1) mereka kata DSWAI membazirkan wang rakyat kerana akan ada pilihan raya kecil. saya rasa, jika tak mahu bazir jangan ada politik wang, wang sogokan , pengundi hantu , orang luar tak perlu datang ke pmtg pauh untuk kempen.
    2) mereka kata DSAI takut kalah jika bertanding luar pmtg Pauh, saya rasa semua orang nak kan kemenangan yang hebat dan besar. cuma mereka yang takut kalah besar nanti.
    pelik pelik pelik be End.

  • kamalyahaya said:

    Sdr Anwar dan Isteri, assalammu alaikum, syabas atas pendirian tegas untuk ke putra jaya. Rakyat seluruhnya menantikan perubahan dan seorang pemimpin yang berpendiraian tegas. Hari ini kita menghadapi krisis dalam negara yang sangat besar sehingga kredibility agensi kerajaan tak berfungsi. Sdr harus menfokus kepada isu : RASUAH, HUTANG TAK BERBAYAR DARIPADA SYARIKAT KRONI, KONTRAK MEGA DI SAPU OLEH KRONI, HARGA MINYAK, DASAR EKONOMI YANG MELAHIRKAN USAHAWAN MELAYU YG MAMPAN. LEBIH BANYAK PELUANG GALAKAN BERNIAGA DI KALANGAN ORANG MELAYU. HUTANG TAK BERBAYA KEPADA BANK. SEKIAN

  • budakpoliUIA said:

    Salam..

    DSAI,ini adalah post saye yg pertama..
    hrp DSAI berjaya angkat semula martabat negera Malaysia di mata dunia.
    Permatang Pauh akan mnjadi permulaan bagi DSAI mengepalai pentadbiran Malysia.
    Semoga success…we alwyz spport u!

    May Allah Bless Our Effort.

  • kurosaki said:

    slm reformasi Bro Anuar& Sis Azizah…..malas nk cter pnjg2..yg sy arapkn semoga kalian ber2 & famly slamat dunia akhirat & mnang dgn bergaya d permatang pauh nnt wokey…titik lawan korg ckup2 smpay kne tggl jaaOh b’kampung majoriti nye…insyallah gua trun sner time ngundi nnt…salute lu Bro…babaaiiiii

  • muhammad raimi bin abdul rauf(17 tahun) said:

    saya tungu datuk seri di putrajaya..insyaAllah…jumpa di putrajaya..

  • zulex_comey said:

    ….dsai wajeb menang!

Trackbacks

There are no trackbacks