AIC UK anjur perhimpunan di Kota London

[Update] Bukan sahaja di Malaysia, bahang pilihan raya kecil P44 Permatang Pauh dapat dirasa, malah rakyat Malaysia yang berada di United Kingdom turut mahukan Anwar memenangi pilihan raya kecil ini seterusnya ke Parlimen dan menjadi Perdana Menteri.

Melihat kepada sokongan yang tidak berbelah bagi yang sedang diberikan oleh Anwar Ibrahim Club Malaysia, Anwar Ibrahim Club United Kingdom (AIC UK) juga akan menganjurkan satu perhimpunan di hadapan Bahagian Pelajar Malaysia (MSD) di London, Sabtu ini 23 Ogos pada jam 2 petang.

Dengan mesej memberikan sokongan kepada calon KeADILan, Anwar Ibrahim, AIC UK turut meminta seluruh rakyat Malaysia yang berada di United Kingdom hadir sama untuk memberikan sokongan.

Berjaya

Aktiviti yang dianjurkan oleh AIC UK telah berjaya dilaksanakan. Sekumpulan anak muda berjalan di hadapan MSD untuk mengedar risalah dan menunjukkan sokongan terhadap DSAI.

Related Post :
    None Found

Iklan di Sini

More from this category

More from this author

More from our sponsor

Comments

Trackbacks

There are no trackbacks