Anwar temui MP BN Sarawak bincang sertai Pakatan Rakyat
(Dikemas kini, pukul 1500) PETALING JAYA: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan sekumpulan Ahli Parlimen dari Sarawak dipercayai antara lain membincangkan strategi mereka menyertai Pakatan Rakyat. mStar Online difahamkan pertemuan itu diadakan di ibu negara lewat petang semalam. Sumber memberitahu, dalam pertemuan tersebut memfokus beberapa langkah yang perlu diambil untuk menyertai Pakatan Rakyat. “Ada sekumpulan wakil rakyat (BN) telah menemui beliau (Anwar), dalam lingkungan 10 orang… beberapa perkara dibincangkan,” kata beliau hari ini. Sumber itu tidak menolak penyertaan ahli-ahli Parlimen BN ke dalam Pakatan Rakyat akan berlaku dalam waktu terdekat. Pertemuan itu diadakan beberapa jam selepas ahli-ahli Parlimen BN Sabah dan Sarawak mengisytiharkan taat setia mereka akan bersama BN pada sidang media bangunan Parlimen. Semalam Anwar, bekas Menteri Kewangan dan bekas Timbalan Presiden Umno mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat selepas memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh Selasa lalu.
- Misi empat pemimpin PKR ‘buru’ MP BN di Taiwan esok
- Parlimen: Giliran Pembangkang Pula Keluar Dewan
- Anwar: S’wak jalan baru ke Putrajaya
- Anwar: Kutuk Israel tapi ISA tidak dihapuskan
- More than 40 to cross over
Entries (RSS)
DSAI, go..go..go..FASTER. Act first before they act against you.
tahniah Datuk kerana saudara telah menang di Permatang Pauh dna berjaya menjadi ahli Parlimen.Jika benar Datuk berpolitik kerana orang melayu dan bukan untuk diri sendiri teruskan kerana mungkin rakyat tidak nampak akakn apa yang tersirat didalam hati kita,tapi ALLAH swt menengetahui segalanya .Saya pinta Datuk lakukan lah yang sebenar-benarnya kerana ALLAH swt dan jauhilah apa yng berbau fitnah
pulun cpt2 dsai…. BN ni bkan bleh hrp…. semua dajeee besaq… kami tertggu2 tarikh keramat 16/9 ni… tp arap2 dsai cpt2 la skit… dah tak tahan merana ni..
semoga apa yg rakyat impikan…akan menjadi kenyataan…walopun 16 sep x tentu lg menjadikan kenyataan…tetapi rakyat yakin….perubahan akan berlaku……TERUS BERJUANG DSAI…..
assalamualaikum DS kami dah tak larat dengan BN sekarang tak habis2 nak menipu rakyat.kami nak perubahan besar untuk negara.bila minyak naik semua barang naik.dia org menteri BN boleh la hidup,macam mana dengan rakyat yg hidup di kampung kawasan pendalaman.kami rasa macam rakyat yg terpinggir.macam syarikat yg besar2 dia org tak peduli. tau nak kaut untung jer.zaman sekarang semua barang harga tetap no diskaun.kalau macam ni bukan satu perubahan untuk rakyat.ini namanya perubahan untuk kaum keluarga BN(BEBAN NEGARA) . ungkapan kata DSAI lawan tetep lawan ungkapan kata PAK LAH naik tetap naik.dia naik pi mana kita pon tak tau.naik tinggi2 bila jatuh turus mati.baru padan muka.kami dah tak sabar nak tunggu 916 kalau boleh nak tengok siaran terus menerus kat dewan parlimen.mari keng kawan kita tengok kejatuhan BN.HAHAHA padan dengan muka BN kami dah naik muak dengan permainan BN.sama2 kita tanam BN kat dewan parlimen