Laporan Majlis Berbuka Puasa AIC Pada 20/9/2008

Pertama-tama sekali, mengucapkan syukur ke hadrat ilahi kerana berjaya mengadakan Majlis Berbuka Puasa AIC pada 20/9/2008 dengan anjuran AIC Pusat &  ALK (AIC Lembah Klang). Kehadiran pada Majlis Berbuka Puasa AIC kali ini dihadiri 40 orang ahli aic. Majlis Berbuka Puasa ini bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim sesama sahabat & mengenali lebih mendalam lagi rakan-rakan dari pelbagai “background”.

Majlis tersebut dibuat di Rumah Kelab AIC & Yayasan Aman di seksyen 16/4 Petaling Jaya. Persiapan majlis ini telah disiapkan seawal pukul 6 petang dengan bantuan rakan-rakan AIC yang datang awal dengan juadah kuih-muih, lauk-pauk & pemanis mulut dihidangkan. Terima Kasih diucapkan kepada sahabat-sahabat yang sudi menderma juadah-juadah berbuka dengan ikhlas & makanan semuanya enak-enak untuk kami berbuka & menjamu selera. Terima Kasih sekali lagi pada yang menderma.

Pada pukul 7.15, azan maghrib berkumandang di masjid berdekatan dengan Rumah Kelab AIC & Yayasan Aman & kami berbuka dengan makanan yang ringan-ringan sahaja. Selepas kami berbuka kami sembahyang berjemaah dengan di imamkan oleh saudara Khalid Ali. Selepas selesai menunaikan solat maghrib, kami semua menjamah juadah-juadah berat seperti lauk-pauk & nasi. Sementara menunggu waktu isya’, kami diskusi isu-isu semasa & mengenali sahabat-sahabat yang kami tidak kenali sebelum ini.

Tepat pukul 8.30, azan isya’ berkumandang di Rumah Kelab AIC & Yayasan Aman & bilal saudara Mazli. Kami menunaikan solat isya’ berjamaah dengan di imamkan oleh saudara khalid ali. Selepas habis menunaikan solat isya’, kami meneruskan dengan menunaikan solat terawih 8 rakaat & bilal terawih adalah saudara Mazli. Sesudah 8 rakaat mengakhiri terawih, kami meneruskan dengan sembahyang witir 3 rakaat dengan satu salam.

Selepas selesai menunaikan solat isya’ & terawih, kami sekali lagi menjamu juadah tetapi kali ini lebih ringan dengan kuih-muih & buah-buahan tempatan. Selepas menjamu juadah ringan, saudara MatKeri telah memberi sumbangan ikhlas daripada AIC kepada saudara Khalid Ali (imam).

Majlis kami berakhir pada pukul 11 mlm & sahabat-sahabat aic telah bersurai. Majlis Berbuka Puasa bermula & berahkhir dengan sempurna. AJK AIC Lembah Klang (ALK) & AIC Pusat telah bergotong-royong mengemas Rumah Kelab AIC & Yayasan Aman seperti sediakala.

AIC Pusat & AJK AIC Lembah Klang (ALK) selaku penganjur untuk Majlis Berbuka Puasa AIC mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan Majlis Berbuka Puasa AIC & yang memberi sumbangan juadah berbuka pada kali ini. Segala kekurangan itu semua datang daripada pihak penganjur & yang baik itu semua datang dari NYA YANG ESA.

Yang menjalankan tugas,

delster

click on image to view the big image.tq

Related Post :


Iklan di Sini

More from this category

More from this author

More from our sponsor

Comments

Trackbacks

There are no trackbacks