‘Takde’ kena mengena dengan lompat, ianya lawatan sambil belajar’ – Najib

TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan langkah Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) untuk mengadakan program pemukiman di luar negara pada bulan ini ada kaitan dengan pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan pakatan pembangkang pada 16 September ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau merestui langkah Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) untuk mengadakan program pemukiman di luar negara pada bulan ini.

Beliau yang juga Ketua Whip Barisan Nasional (BN) berkata, program yang dirancang dari 7 hingga 19 September itu adalah untuk tujuan lawatan sambil belajar.

“Ia tiada kaitan dengan pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan pakatan pembangkang pada 16 September ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Rakan Cop Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di sini hari ini.

“Saya akan luluskan lawatan itu selagi ia konstruktif,” kata beliau selepas melancarkan Rakan Cop PLKN di sini hari ini.

Najib, Menteri Pertahanan memberitahu, lawatan tersebut merupakan peluang terbaik untuk anggota-anggota BNBBC menerokai aspek-aspek yang baru.

“Destinasi lawatan tersebut belum ditetapkan tetapi terpulang kepada anggota BNBBC untuk menentukannya,” kata beliau lagi.

Beliau turut ditanya sama ada mana-mana ahli BNBBC yang enggan mengikuti lawatan tersebut akan tindakan disiplin, Najib menjelaskan lawatan tersebut merupakan program BNBBC.

Sehubungan itu, tambah beliau, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum Pakatan dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) boleh mengatakan apa sahaja mengenai pelan membentuk kerajaan, tetapi yang sebaliknya akan berlaku.

Di sebalik pendirian sedemikian wujud desas-desus ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan mula ‘bercuti’ di luar negara mulai Isnin ini sehingga minggu ketiga September – tempoh yang dianggap sebagai kritikal menjelang pembentukan kerajaan baru.

Ahli-ahli Parlimen terbabit khususnya anggota Kelab BNBBC telah diminta menyerahkan pasport mereka untuk urusan rasmi susulan.

Beberapa hari lepas Pengerusi Perhubungan PKR Sarawak, Dominique Ng Kim Ho yakin peralihan kuasa kerajaan persekutuan 16 September ini akan menjadi kenyataan tetapi enggan mengulas spekulasi Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin antara mereka yang bakal sertai Pakatan Rakyat.

“PKR Sarawak sangat yakin sasaran 16 September (bentuk kerajaan) akan berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang,” katanya.

Beliau menyatakan demikian sehari selepas Anwar dilaporkan menemui beberapa Ahli Parlimen dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung di ibu negara.

Malah pada Khamis lalu, seramai enam wakil rakyat dari Sarawak sudah menemui Anwar iaitu pada petang selepa bekas Timbalan Perdana Menteri mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat.

Sebelum ini ramai yang tertanya-tanya adakah sasaran ‘taukei’ PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim 16 September ini bakal menjadi kenyataan atau gimik politik semata-mata.

Ada juga yang mengatakan jumlah yang telah bersetuju melompat melebihi 40 orang.

Namun ‘dateline’ yang Anwar bagi semakin hampir. Mungkinkah ianya menjadi kenyataan?

Ataupun pagi 17 September nanti Anwar akan kata; “Kalau bukan minggu ini, minggu depan, tidak bulan ini bulan depan, tak tahun ini tahun depan, namun lawan tetap lawan”.

Ketika ditanya sama ada Anwar boleh menjadi Perdana Menteri pada 16 September ini, Najib berkata: “Tiada komen.” / KLpos, Utusan, Mstar

Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak

Related Post :
    None Found

Iklan di Sini

More from this category

More from this author

More from our sponsor

Comments

  • amaipo said:

    DSAI give him more rope to hang himself. Signs of BN desperado are significant when all these dirty tricks to smear your integrity are implemented. Indications of how weak these BAboons are when such cheap and disgusting moves they dare made. The force is with you DSAI. March on. The Rakyats are with you and GOD Bless.

  • moneyads4u said:

    Bravo…. teruskan hantar mereka bercuti.

    Sampai di Australia, wakil rakyat ini boleh bermesyuarat dan buat sidang akhbar untuk keluar dari BN.

    Cuti dapat, kerajaan baru dapat dan ada antara anda akan di lantik jadi Menteri Penuh atau Timbalan Menteri.

    Ayuh matlamat kita ialah:

    Putrajaya…. InsyaAllah. Allah Hu.

  • Syafiq said:

    bnayk la alasan ko..knp baru skang nk tergesa nk melawat.ape mende ar..buat research lg bagus.bincang pasal economy and future study.ni nak pg sana silap2 bnyak enjoy dr blajar..
    cepat2 la tukar kerajaan..xsaba den..

  • Sky Angel said:

    not interested for new government.. sy doakan usaha dia x bjaya.. krn sy pasti dia ada agenda tersendiri….

  • nami namok said:

    najib cuak………panggil dak keramat gegar baru tau………..

  • mat sabun said:

    Hai lah labu….kalau nak kelangit sekali pun tetapkan arah tujuan dulu…..kalau tak alamat nya kelongkanglah gamak nya……
    tak kah membazir namanya tu…musim musim minyak mahal nie..

  • wak said:

    harap2 jadi la kami dah xsbar lg dgn kerenah pak badawi dan najuntuya….. dah geli geleman dah… tgk muka pun dah meluat

  • lan pekok said:

    kerajaan bn banyak lu punye citer pada hal dah cuak lagi mau hantar pi belajar.mase jadi kerajaan dulu tak mau hantar sekarang baru nak hantar.takpe la kalau lu nak hantar jugak pi hantar.lu org cuba pikir nape kerajaan haramkan 100 kete 100 hari mase tuh pas tu tu tak bagi petronas langsungkan peraduan 300 hari minyak percuma.pade hal kerajaan tu nak makan income tax diaorg,bayangkan lah 100 bijik toyota camry tu,sebijik dah RM170,000 pas tuh dikalikan dgn 100 bijik kan tujuh belas juta (RM17,000,000.) pade hal celcom nak bagi kan kat rakyat tapi diharamkan menyatan ada unsur judi,ini bukan tikam nombor tunggu besok keputusan dah keluar.bayangkan lah kerajaan barisan nasional (BN)MAKAN DUIT YANG CELCOM NAK BAGI KAT RAKYAT MALAYSIA YANG NAK MENGURANGKAN BEBAN RAKYAT .

  • lan pekok said:

    aku rase minyak ni turun sekejap jer pas BN dah kongker balik dia org terus naik minyak khairi menantu pak lah ingat baik sangat ker pade hal siap kutuk PKR siap mencarut lagi ape punye ahli parlimen macam ni.pi sekolah balik laaa menyusahkan org jer.mencarut tuh zaman bdk sekolah jee,habok rokok punye khairi,lu dok kat dewan rakyat untuk memperjuangkan hak rakyat bukan nak nak dengar lu mencarut ada paham.MARI LE KENKAWAN KITA SOKONG PARTI KEADILAN,bagi la parti PARTI KEADILAN menerajui kerajaan kita,bile kite rase tertipu ngan kerajaan lama harus lah kita beralih arah.

  • lan pekok said:

    lupe satu lagi nak tambah BN tu bukan BARISAN NASIONAL sekarang dah tukar nama pulak jadilah BEBAN NEGARA atau pon BARUA NEGARA sekian wasalam besok2 kalau panjang umur kite jumpe lagi

  • Little Neopoleon said:

    MMMMMMmmmmm……. Just nak tunggu 16 Sep (hopely 2008 DSAI – tak sebut bila). If it is reality…. thanks to Allah swt, kerana memakbulkan doa.

    As a person who love a fare and peace Malaysia for Malaysian. Semoga 916 berjaya.

  • lan pekok said:

    wahai kerajaan BN lawatan sambil belajar konon mase kecik2 dulu mak ayah suruh belajar jadi barua org,menipu,mencuri sekolah antar lawatan sambil belajar tak mau nak jadi gengster baru sekarang nak belajar hah luperkan aje.klau dah bebal tu bebal jugak …….biase le mase sekolah dulu banyak main sekarang dah gelabah jadi labah labah laa .macam mane tak gelabah nye org tanye nape minyak naik diaorg dah naik minyak jawap yg bukan2 sayur la ayam la daging la dan macam2 lagi yg bukan2 dijawapnye.dah tu tak boleh tak nak jawap blah pi lawatan sambil belajar.ape nak jadi ngan BN nih org selesaikan laa masaalah kat MALAYSIA ni dulu pas tuh lu org nak blah tak balik2 pon kiter tak kisah.pada kiter org parti BN dah lama mati…… pi mati la BN hidupkan semangat baru(PKR)jangan jadi barua sudah.

  • mengharap said:

    menjadi doa kami agar segera terbentuknya kerajan baru dibawah pakatan rakyat…tak sabar ingin lihat dan rasa perubahan terutama ekonomi yang sangat tenat kini…we want DSAI to be our new PM…..!!!!!!!!!!!mari semua rakyat malaysia terus berdoa mohon pada Allah S.W.T agar tumbang cepat2 BN,cepat2 naik PAKATAN RAKYAT….amin…

  • lan pekok said:

    mintak maaf laa parti BN saya bukan nak mengata tapi kenyataan di mata rakyat .nape org dah tak caya BN sebab lu org banyak cakap daripada kerja.org kat atas sedap2 perabis duit rakyat,rakyat yg kat bawah in berhempas pulas sampai terpulas pulas di buat nye.kate kerja sama saya,mana pi saya,saya pi joli duit rakyat ngan anak hantu saya iaitu khairi habok pon tarak.pas tu pi hantar org lu pi hantar balajar sambil makan angin sambil perabis duit org.bila dah tak cukup duit harga minyak naik balik naik hituh naik hinih turun pon sikit jer.macam mane nak bertahan lame.citer jer lebih wahai wakil2 rakyat sekilian jangan jadikan rakyat ni beban .dah makan duit rakyat pas tu membebankan rakyat udah udah le tu BN oiiiiiiiiii kalah jer laa

  • debak geng said:

    APALAH KTK TUK MENTERI2 BN..X ADA TIME LAINKAH NAK HANTA SI MP TUK PEGI BELAJAR..KENAK TAKUTKAH….MUN PEGAWAI2 NAK BEKELAYAKAN LAIN X LAYAKKAH… X PATUT.PADAH JAK TAKUT

  • Swk_Miri said:

    bkn ape,MP BN yg diantar ke taiwan tu nk dilatih utk bertani cz nk standby kot2 1 hari nnt BN tumbang so ada alternatif la utk mereka2 ni carik mkn…’balik kpg tanam kacang’ …. kita kene peka ttg misi BN / UMNO …

  • Swk_Miri said:

    …ops… tambahan… Hari tu Pak Lah janji nak turunkan harga minyak pd 01.09.2008 …tp mana dieee?????? Smasa warga Permatang Pauh nk turun mengundi, haaaaa masa tulah Pak Lah memainkan peranan ny…turunkan Harga Minyak sebanyak RM00.15 sahaja… Dgn kesahihan ini kita harus sedar yg BN telah menabur gula-gula getah kpd kita …. Pak Lah terdesak krn ingin meraih undi drpd penduduk Prmtg Pauh tp syukur bhawa mereka tdk “buta dan tuli” …. Syabas Permatang Pauh …

  • fahmi husain said:

    janji xleh pakai…buat malu je…..

  • lan pekok said:

    penambahan gula-gula getah tu kalau bole jgn makan banyak nanti rosak gigi,kakau gigi rosak kerajaan bukannye nak tanggung lu tanggung laa sendirl.kalau boleh elakkan daripada makan gula gula getah bahaya untuk masa tua.belum tua gigi dah takde,nak gigit macam mane lu gigit la kerajaan

  • sw said:

    hahahaha….’lawatan sambil belajar’…the funniest thing ever….
    dah macam zaman sekolah plak rasanya. pelik rasanya sampai nak hantar seramai tu untuk lawatan tentang pertanian (iyer ke pasal tani? correct me if i’m wrong), rasanya hantar 5 orang pun dah lebih dari cukup. try tunda tarikh rombakan tu ke 19 ke 20 ke…gerenti lawatan sambil belajar tu pun akan di tambah harinya…
    lawaksss

Trackbacks

There are no trackbacks