Siasat kematian Kugan Ananthan – Anwar

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Hrkh) – Penasihat KeADILan Dato’ Seri Anwar Ibrahim menggesa agar sebuah badan siasatan yang bebas dan telus diwujudkan serta merta bagi menyiasat insiden kematian Kugan Ananthan, seorang pemuda India di Balai Polis Taipan, USJ, Subang Jaya ketika masih ditahan.

Katanya kejadian ini mengingatkan kepada insiden M. Ulaganathan, juga mati ketika masih ditahan polis malah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ketika itu memutuskan bahawa kematian M. Ulaganathan adalah disebabkan kecuaian dan pengabaian melampau pImageihak polis

“Berulangnya insiden seperti ini pasti menghakis keyakinan rakyat terhadap kewibawaan pihak polis sebagai sebuah institusi keselamatan.

“Bagi memastikan keyakinan rakyat dipulihkan, saya menuntut agar sebuah badan siasatan yang bebas dan telus diwujudkan serta merta bagi menyiasat insiden kematian Kugan Ananthan,” katanya dalam satu kenyatan media kepada Harakahdaily.

Katanya foto serta bukti yang menunjukkan adanya kecederaan pada si mati sudah tentu membangkitkan rasa tidak puas hati bukan sahaja kepada keluarga mangsa, malah juga kepada seluruh rakyat Malaysia yang mahukan institusi polis memulihkan kembali kewibawaannya.

Selaku ahli parlimen dan Ketua Pembangkang Dewan Rakyat beliau komited untuk membawa isu tersebut ke Dewan Rakyat kelak.

“Beserta dokongan rakan-rakan ahli-ahli parlimen lainnya kami akan mencari jalan untuk meningkatkan tahap profesionalisme pihak polis serta memulihkan keyakinan rakyat terhadap institusi keselamatan tersebut.,” katanya. – azm _

Related Post :
    None Found

Iklan di Sini

More from this category

More from this author

More from our sponsor

Comments

  • siti zaharah said:


    go for another royal commission people like my friends. hit syed hamid albar the the botak hard. only knows to talk rubbish. you dont charge the policemen and the selangor cpo, you want to charge the ministers’ who when for their aid. the botak needs a kick on his backside.

Trackbacks

There are no trackbacks