TVAntara, Saluran Informasi Terbaru Pakatan Rakyat
Pada 5 Januari 2009, Gabungan PKR, PAS & DAP melalui Pakatan Rakyat maju setapak lagi dengan pelancaran sebuah saluran alternatif secara dalam talian yang boleh diakses melalui: http://www.tvantara.com/
TVAntara ditubuhkan melalui kerjasama Unit Penerangan Parti PKR, PAS & DAP, sebagai alternatif kepada saluran media sedia ada yang dilihat semakin hari tegar memutarbelitkan berita dari pihak Pakatan. Selaras dengan kepesatan Teknologi Maklumat yang semakin berkembang, Visi TVAntara antara lain memaparkan Koleksi terbaru Visual, Video, Audio dan berita perkembangan politik Malaysia dengan jujur, adil dan bebas.
Menjelang hari Pembuangan Undi pilihanraya kecil P036 Parlimen Kuala Terengganu, Pasukan Media TVAntara turut berkampung di sana untuk membuat liputan mengenai perkembangan terkini yang berlaku secara “live” kepada anda dari sana.
P/S: Para Bloggers digalakkan untuk membuat promosi atau “linkback” ke website kami…
Related Post :
- None Found


Entries (RSS)
Tv pelapor yang terbaik.
Teruskan agenda perjuangan melalui sebaran maklumat TVantara anda. Keadilan dan kebenaran pasti akan menjamin kestabilan dan kecemerlangan.
kenapa tv antara xboleh buka..?
“This web site at http://www.tvantara.com has been reported as an attack site and has been blocked based on your security preferences.”
salam… apa sudah jadi dgn tv antara? kenapa x leh bukak dah?
alamaak….baru nak tengok….dah x leh ……….sapa punye keje dah..!!!
PENGUMUMAN WEB TVANTARA – Kini tvantara boleh dilayari seperti biasa menggunakan alamat http://www.tvantara.com menggunakan semua browser. Selain itu, tvantara kini juga boleh dilayari menggunakan laman cerminan http://www.tvantara.net