Anwar selar tindakan polis terhadap Penyokong Uthaya

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar tindakan polis menahan beberapa orang, termasuk, ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam yang berkumpul bagi membuat laporan polis beramai-ramai berhubung layanan perubatan terhadap tahanan ISA, P Uthayakumar.  

anwar ibrahim special briefing 280209“Manikavasagam tampil membuat laporan kepada polis berhubung kekecewaannya terhadap apa yang berlaku terhadap pemimpin Hindraf itu.  

“Tidak perlu tangkap beliau. Kalau kata beliau mengganggu lalulintas, saya lihat demonstrasi Umno di Pulau Pinang, trafik dikawal di seluruh kawasan,” kata Anwar selepas menyampaikan ucapan khas “Amanat Harapan Rakyat” kepada wakil rakyat dan pemimpin PKR di Shah Alam petang ini. 

“Hendak buat laporan untuk mempertahankan rakan mereka di Kemunting ditangkap. Jadi, nampak polis ini macam alat atau ketua cawangan Umno,” kata ketua pembangkang itu.

Pagi tadi, polis menggunakan meriam air untuk menyuraikan kira-kira 300 orang yang berhimpun di luar ibu pejabat polis Brickfields untuk membuat laporan polis beramai-ramai berhubung layanan perubatan Uthayakumar. 

brickfields uthayakumar hindraf 280209 water cannonAhli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dilaporkan berkata, selain Manikavasagam, polis menahan 17 orang lagi. 

Sementara itu, berucap di hadapan kira-kira 300 hadirin, beliau berkata,  “PKR akan menyerang habis-habisan” dalam tiga pilihanraya kecil yang akan datang – Bukit Gantang, Perak; Bukit Selambau, Kedah dan Batang Ai di Sarawak.

Pilihanraya kecil

Anwar juga dilihat cuba mengambil hati pengundi Sarawak dengan berkata akan mengambil berat isu tanah adat yang disifatkannya sebagai “bukan isu Sarawak, tetapi isu nasional”. 

Beliau juga yakin, penangguhan kenaikan harga tol yang diumumkan kerajaan semalam dan kaitan dengan pilihanrya kecil yang bakal berlangsung April ini. 

“Lepas pilihanraya kecil Batang Ai, percayalah tol akan naik semula macam (harga) minyak naik mendadak selepas (pilihanraya umum) 8 Mac dahulu,” katanya. 

anwar ibrahim special briefing 280209 crowdMenyentuh soal memantapkan jentera parti bagi menghadapi pilihanraya, Anwar menegur sikap ahli partinya yang mengambil kesempatan terhadap kemenangan besar Pakatan dalam pilihanraya umum lalu dengan meminta jawatan pangkat dan jawatan. 

Selain itu, menyentuh krisis perlembagaan di Perak, Anwar mengakui Pakatan “berada di persimpangan jalan”.  

Katanya, isu raja-raja Melayu “perlu ditangani dengan sikap serhana, berhikmah tetapi tegas”.  

“Dalam konteks ini, tiga sikap terhadap raja perlu dibentangkan: Pertama, sikap Hang Tuah yang setia membuta tuli; Kedua, sikap Hang Jebat yang menderhaka dan menumpahkan darah rakyat yang tidak berdosa. Di antara keduanya adalah Bendahara Paduka Raja, yang setia lagi bijaksana.”

 

Polis guna meriam air surai penyokong Uthayakumar

Polis melepaskan tembakan meriam air untuk menyuraikan kira-kira 300 orang yang berhimpun di luar ibu pejabat polis Brickfields untuk membuat laporan polis beramai-ramai berhubung layanan perubatan terhadap tahanan ISA, P Uthayakumar.

brickfields uthayakumar hindraf 280209Polis melepaskan tembakan meriam air itu kira-kira jam 11.55 pagi selepas mereka tidak mengendahkan tiga arahan polis supaya bersurai.

Sebelum itu, kira-kira 50 orang dibenarkan masuk untuk membuat laporan polis berhubung layanan terhadap Uthayakumar.

Mereka terdiri daripada lima wakil dari sembilan negeri dan lima anggota keluarga Uthayakumar.

brickfields uthayakumar hindraf 280209 outside police stationMereka berkumpul hari ini sebagai membantah kerana Uthayakumar – yang menghidap kencing manis – tidak diberi rawatan perubatan sewajarnya.

Beberapa anak jari kaki kiri Uthayakumar mengalami kecederaan pada 31 Januari lalu ketika berada di Kem Tahanan Kamunting.

Pada 20 Februari lalu, Manikavasagam dilaporkan berkata, jika keadaan itu berterusan, ‘beratus-ratus” laporan polis akan dibuat terhadap pihak berkuasa hari ini.

brickfields uthayakumar hindraf 280209Menurut ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, 17 orang ditahan termasuk ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam dan penyelaras badan pemantau polis dan jawatankuasa hak asasi manusia, S Jayathas.

Gobind Deo berada di balai polis untuk memberi sokongan kepada mereka.

Bagaimanapun, pada kira-kira jam 12.45 tengahari, orang ramai sudah beredar dan hanya tinggal polis dan para wartawan di situ.

Gobind persoal tindakan polis

Sementara itu, Gobind mempersoalkan tindakan polis yang didakwanya berbeza ’standard’ dalam mengawal keadaan.

brickfields uthayakumar hindraf 280209 water cannon“Saya tidak faham, setiap kali masyarakat India buat laporan polis, kena tangkap. Hantar memorandum dan bawa bunga pun kena tangkap, kenapa?” katanya.

Beliau sebaliknya mempersoalkan tindakan Pemuda Umno menyerang dua ahli Parlimen termasuk bapanya, Karpal Singh, tetapi tiada tindakan yang diambil terhadap mereka.

Ekoran itu, beliau kemudiannya memasuki ibu pejabat polis untuk mendapatkan penjelasan selanjutnya.

Dalam sidang media sejurus mendapatkan penjelasan daripada pihak polis, Gobind berkata, 17 orang telah ditahan oleh polis kerana didakwa engkar mematuhi arahan polis untuk bersurai.

brickfields uthayakumar hindraf 280209 water cannonBagaimanapun beliau berkata, mereka tidak melakukan sebarang kesalahan kerana hadir di situ untuk membuat laporan polis dan tidak berniat untuk melakukan kesalahan atau kekecohan.

Tambahnya, mereka juga ditahan untuk diambil kenyataan dan beliau meminta pihak polis membebaskan mereka yang ditahan.

Menurutnya, beliau memohon penjelasan daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berhubung alasan polis menggunakan meriam air untuk menyuraikan penyokong pemimpin Hindaraf tersebut.

Tiada laporan polis

Gobind berkata, laporan polis tidak dapat dibuat ekoran polis melepas tembakan meriam air ke arah penyokong yang hadir.

brickfields uthayakumar hindraf 280209 marching to stationMenurutnya, tiga orang telah dihantar ke hospital iaitu seorang perempuan dan dua lelaki.

Sebelum itu, kira-kira jam 10.45 pagi, penyokong Uthayakumar berarak dari  deretan kedai di persimpangan Jalan Sultan Abdul Samad, menuju ke Ibu pejabat polis Brickfields yang terletak kira-kira 150 meter dari tempat mereka berkumpul.

Mereka melaung-laungkan “Makkal Sakthi” sambil membawa sepanduk “Justice For Indians“, “Treat Uthaya as human. Sent him to hospital” beserta foto wajah pemimpin Hindraf itu.

Turut menyertai dalam perarakan tersebut adalah beberapa pemimpin Hindraf termasuk Koordinator Penyelaras Hindraf, RS Thanenthiran.

brickfields uthayakumar hindraf 280209 outside police stationHasil perbincangan dengan Ketua Polis Daerah Brickfileds, Wan Abdul Bari Wan Khalid, ahli Parlimen Teluk Intan, M Manogaran memberitahu kepada penyokong bahawa pihak polis membenarkan 50 orang termasuk ahli keluarga P.Uthayakumar membuat laporan polis.

Turut sama dalam perbincangan tersebut, antaranya, dua ahli Parlimen – Manikavasagam dan M Ravi (PKR-Port Dickson) – serta Thanenthiran dan Jayathas

Katanya, polis juga memberi kerjasama yang baik serta memberi jaminan tidak akan membuat sebarang tangkapan.

Sementara itu, Wan Abdul Bari Wan Khalid ketika dihubungiMalaysiakini enggan mengulas jumlah penyokong yang ditahan polis.

SAKSI VIDEO

Related Post :
    None Found

Iklan di Sini

More from this category

More from this author

More from our sponsor