Abdullah & Anwar di Hulu Langat?

TIGA jam sebelum Menteri Kewangan, Mohd Najib Razak membentangkan bajet mininya di Parlimen jam 4:00 petang ini, berlangsung satu peristiwa diluar jangka yang penuh tandatanya, iaini Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi duduk serumah dan makan tengah hari bersama Anwar Ibrahim. 
Peristiwa bersejarah ini berlaku di Madrasah Nurul Iman, Hulu Langat, Selangor. Abdullah dan Anwar sama-sama hadir pada majlis sambutan Maulid Rasul dan Sambutan Tamat Latihan Kerohanian 40 tahun Syeikh Mahmud Al-Majzub, dan menjadi tetamu kehormat mundir madrasah berkenaan. 

Kehadiran Anwar hari ini memang dinanti-nantika oleh kira-kira 1,000 hadirin dan para jemputan termasuk para ulama dari Asia Tenggara, sebaliknya kedatangan Abdullah secara tiba-tiba itu benar-benar mengejutkan dan di luar jangka. 

Abdullah dijangka hadir ke madrasah berkenaan esok untuk merasmi persidangan dan pertemuan para ulama. Kehadiran Abdullah lewat tengah hari ini menjadi tanda tanya sebab pada waktu sama jemputan khasnya ialah Anwar Ibrahim. 
Abdullah tiba lebih awal dari Anwar, iaitu jam 12:18 tengah hari manakala Anwar bersama isterinya, Wan Azizah Ismail tiba kira-kira 20 minit kemudian. 

Kedua mereka dibawa naik ke rumah Syeikh Mahmud untuk makan tengah hari sama-sama. 
Abdullah dan Anwar berada di dalam rumah berkenaan lebih 1 jam setengah. Mereka keluar dari rumah berkenaan untuk mendirikan solat Zohor bersama jam 1:40 petang. 

Difahamkan semasa di dalam rumah Syeikh Mahmud, pertemuan enam biji mata berlangsung antara Abdullah, Anwar dan Syeikh Mahmud. Satu perundingan juga dikatakan berlaku dengan Syeikh Mahmud menjadi perantaranya! 
Semasa mendirikan solat Zohor kedua mereka duduk di saf pertama di mana Abdullah berada di sebelah kanan, Syeikh Mahmud manakala Anwar berada di sebelah kiri Syeikh Mahmud. 

Selepas solat Zohor, Abdullah diminta memberi ucapan ringkas begitu juga Anwar bagaimana pun Anwar tidak berucap. Dalam ucapannya Abdullah menjelaskan sesuatu yang baik itu kalau didoakan ia akan menjadi kenyataan. Selepas selesai solat Zohor dan ucapan ringkas kelihatan Abdullah dan Anwar bersalaman dan masing-masing melemparkan senyum. 

Pertemuan dan gelagat kedua pemimpin itu benar-benar mengejutkan para hadirin dan jemaah. Masing-masing tertanya-tanya dengan peristiwa berkenaan kerana ianya dikatakan bukan dirancang oleh sesiapa tetapi mempamerkan keadaan yang sungguh menyenangkan orang ramai. 
Orang ramai begitu bangga dan puas dengan pertemuan kedua mereka yang dlihat sebagai bermusuhan selama ini dan diharap dapat berdamai untuk kebaikan negara, bangsa dan agama. 

“Apa yang berlaku hari ini adalah sejarah, dan kita harap ianya jadi!” begitulah komen salah seorang ahli jawatankuasa madrasah berkenaan enggan menjawab apakah kedatangan kedua mereka sudah dirancang dan apakah yang dimaksudkan ‘jadi’ itu? 

Abdullah meninggalkan madrasah berkenaan kira-kira jam 2:15 minit petang manakala Anwar jam 2:50 petang kedua-duanya dijangka menuju ke Parlimen untuk mendengar pembentangan bajet mini oleh Najib. 

Ulasan dan analisa lanjut mengenai peristiwa ini akan menyusul selepas ini. [h langkat 3:45 pm 10/03/09] 

http://msomelayu.blogspot.com/

Related Post :
    None Found

Iklan di Sini

More from this category

More from this author

More from our sponsor

Comments

  • Tuan CObra said:

    Apa juga tajuk @ Topik perbincangan adalah RAHASIA 6 mata sahaja, yang menentukan Allah SWt sahaja yang bisa memberikan Kemudahan dan Keberjayaannya. Namun Kalau Pekatan untuk Kehancuran tidak ada gunanya. Harap2 Pa’Lah Pemimpin yang Ikhlas. Kerana sebelum ini Semangat 46 pun terkubur juga gara2 Pekatan oleh dr.Mahatir. Pa’Lah pun tidak boleh mempertahankan Jawatan PM nya apa tah lagi membawa Gabungan/Perancangan yang di harap2kan? Itu komen peribadi saya sahaja.

  • abdussalam said:

    Bismillahhirrahmanirrahim

    Siapa sebenarnya Syeikh Mahmud atau Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Mahmud al-Kedahi?

    1)Tarekat di madrasah nurul iman pimpinan “Syeikh Muhyiddin” Abdul Qadir Mahmud Al-Kedahi/Mahmud “al-Majzub” ini telahpun difatwakan menyeleweng oleh bekas mufti selangor, Dato’ Haji Ishak Bin Haji Baharom (semoga Allah mengampuninya dan merahmatinya) pada tahun 1995. Ia difatwakan dibawah nama ajaran Aurad Ismailiah.
    Rujukan:
    http://www.muftiselangor.gov.my/E-Book/KoleksiBukuPanduanFatwa/FatwaWartaKerajaanSelangor25%201991-1997.htm
    Fatwa Kerajaan Selangor diwartakan pada 25 Oktober 1995

    2)Fatwa ini boleh juga didapati di dalam website rujukan rasmi fatwa di Malaysia :
    http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=445

    3)Tarekat ini juga telah disenaraikan dalam “AJARAN-AJARAN SESAT YANG TELAH DIWARTAKAN” (nombor 45: Tarikat Aurad Ismailiah) yang boleh didapati pada website JAKIM berikut:
    http://www.islam.gov.my/ppi/profil.html

    4)Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam Negeri Kedah pada 25.4.1979 memutuskan mengharamkan ajaran yang dibawa oleh En. Mahmud bin Abd. Rahman dan para pengikutnya kerana membawa, mengajar dan menyebarkan ajaran salah disisi syariat Islam kepada masyarakat Islam.
    Ini disalin dari booklet bertajuk:
    Himpunan Ajaran, Amalan dan Fahaman Yang Telah Difatwa dan Diwartakan Menyeleweng Dan Sesat Dalam Negeri Selangor oleh JAIS

    5)Berikut saya pastekan dari booklet JAIS penerangan mengenai fatwa berkaitan.
    (Dengan kerjasama Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak (Fatwa) Negeri Selangor)

    Booklet berkenaan bertajuk:
    Himpunan Ajaran, Amalan dan Fahaman Yang Telah Difatwa dan Diwartakan Menyeleweng Dan Sesat Dalam Negeri Selangor
    (Diterbitkan oleh Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Agama Islam Selangor)
    Cetakan Pertama – 2000
    Cetakan Ketujuh – 2006

    Aurad Ismailiah
    (Ajaran Mahmud bin Hj Abd. Rahman)

    Latar belakang
    1. Beliau berasal dari Bt. 5, Sik, Kedah.
    2. Selepas ajarannya difatwakan haram di Kedah beliau telah berpindah ke Selangor.
    3.Ajaran beliau berkembang di Surau Nurul Iman Bt. 12 3/4, Jalan Sg. Long, Hulu Langat..
    5. Semasa di Kedah, ajaran ini berkembang di Kg. Hangus, Kupang dan Kg. Kijang Baling.
    6. Beliau selalu bertapa di Gua Bukit Enggang Kedah yang dianggap Gua Hira dan batu besar di dalamnya dianggap Hajarul Aswad.

    Ciri- Ciri Kesalahan
    1. Pengikut dikehendaki membayangkan wajah guru ketika berzikir dan bersuluk.
    2. Semasa berpuasa dan bersuluk, pengikut tidak dibenarkan memakan yang berdarah dan minum seteguk air sahaja bila dahaga.
    3. Semasa upacara berzikir, guru akan memukul lantai menggunakan rotan menyempurnakan rentak ratib.
    4. Kemuncak ratib ialah apabila pengikut-pengikut melompat tidak sedarkan diri.
    5. Mendakwa menerima wahyu dari langit.
    7. Menganggap diri dan amalan mereka lebih suci dan tinggi martabatnya dari orang-orang lain yang tidak mengikut ajaran itu.
    8. Membuat pengakuan dan dakwaan yang aneh seperti dia tidak siuman semasa hendak menerima ajaran itu ketika bertapa di Gua Bukit Enggang, beribadat dalam gua yang digali, dianugerahkan oleh Allah kepadanya mengenal yang hak dan yang batil tanpa belajar serta Allah memperlihatkan kepada dunia ini yang penuh dengan dosa.
    10. Lafaz zikir yang asalnya “Lailahaillallah” telah diubah di dalam masa berzikir kepada lafaz yang lain daripada yang asal.
    11. Di dalam berzikir (beratib) diangkat suara dan diselangselikan dengan pukulan rotan untuk menyamakan rentak irama ratib itu dan berlaku kelakuan-kelakuan yang melanggar adab zikir, ada yang menari, ada yang menyulu, ada yang tonggeng buyung, ada yang terselak kain, ada yang menangis. Kejadian-kejadian ini mengikut dakwaan En. Mahmud menunjukkan pengikut-pengikutnya banyak dosa. Tetapi mengikut dakwaan pengikut-pengikut mereka ketika itu telah sampai puncak kelazatan.
    12. Zikir (ratib) yang tiada ketahuan itu dikatakan zikir isi, manakala zikir orang kebanyakan yang terang lafaznya dikatakan zikir kulit.

    Aku berlindung dengan Allah dari kesesatan dan kejahilan dan aku berlindung dengan Allah dari tipudaya syaitan
    Wallahualam

    “Dan Al-Quran itu pula tidak sekali-kali dibawa turun oleh Syaitan-syaitan. Dan tidak layak bagi Syaitan-syaitan itu berbuat demikian dan mereka juga tidak akan dapat melakukannya. ” [Asy-Syu'araa':210-211]

    “Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. ” [Al-Baqarah:208]

Trackbacks

There are no trackbacks