National Speech ‘Ketuanan Rakyat’ – 8 March 2009
On March 8th 2009 Dato Seri Anwar Ibrahim will deliver a National Address on the one year anniversary of the 12th General Elections in which the Pakatan Rakyat achieved unprecedented gains.

His speech will call for unity among the Malaysian people and declare a firm resolve on the part of the Pakatan Rakyat to work hard to face the challenges of the economic recession, create new jobs for Malaysians and improve access to quality education. He will also highlight the many successes achieved by Pakatan Rakyat governments in the five states to reduce corruption, increase investment and create jobs during a period when thousands of Malaysians have been left unemployed. The speech, which will take place at the Majlis Bandaraya Shah Alam Auditorium, will be broadcast live on TV Antara. It is the first National Address since the March 2008 elections.
Sunday March 8th, 2009
4:30 PM (GMT +
Wisma MBSA, Shah Alam, Selangor
WATCH LIVE ON TVANTARA.com
—————————————————————————
Pada 8 Mac 2009, Anwar Ibrahim akan menyampaikan Pidato Kebangsaan sempena meraikan sambutan setahun kejayaan Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-12 tahun lalu. Pidato beliau akan menumpu pada isu-isu ke arah membina penyatuan rakyat Malaysia. Beliau juga dijangka akan mengumumkan pendekatan yang perlu diambil oleh pimpinan Pakatan Rakyat dalam menghadapi cabaran kemelesetan ekonomi serta perancangan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan usaha meningkatkan mutu pendidikan negara.
Hari: Ahad 8hb Mac 2009
Masa: Jam 3.30 PM
Tempat: Wisma MBSA, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Anda juga boleh menonton siaran langsung acara tersebut di laman http://www.justin.tv/tvantara
PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
Related Post :- None Found
Entries (RSS)
Wan Abu Bakar tahu siapa Nasharudin?
Saya menerima satu email. Ia begitu detail dengan pelbagai maklumat. Oleh kerana saya tak berani nak simpan maklumat-maklumat itu, saya delete email tersebut. Di tempat trash pun saya tekan delete forever. Aku bukannya berani pun. Aku penakut!
Bagaimanapun, saya fikir, ada juga yang boleh dikongsikan seperti berikut (kecuali ayat-ayat laporan dari saya, saya tidak edit email itu):
Email itu ialah mengenai Task Force 2010 ditubuhkan atas dasar mengembalikan kestabilan di Selatan Thai. Ia diketuai oleh seorang berpangkat Jeneral daripada Kor Risik yang dipinjamkan ke Jabatan Perdana Menteri.
Beliau adalah Dato’ Wan Abu Bakar yang berasal dari Terengganu.
Email itu menuduh Ustaz Nasharudin Mat Isa telah terlibat dengan Task Force ini dan telah dua kali menguruskan pertemuan diantara Dato’ Wan Abu Bakar dengan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Bagaimanapun, menurut email itu, Tuan Guru dengan jelas tidak mahu terlibat dengan agenda Task Force 2010 tersebut.
Nasib baik, menurut email itu lagi, Tuan Guru Nik Aziz tidak mahu membabitkan diri.
Ini kerana tidak lama kemudian, menurut email itu, agenda Task Force ini kemudiannya berubah kepada agenda perpaduan Melayu. Ianya mengalih isu Selatan Thai kepada isu menyelamatkan kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi ‘beyond 2010′, menurut email itu. Tahun 2010 ialah tahun asal transisi kuasa antara Abdullah kepada Najib.
Email itu mendakwa, Task Force ini digembeling oleh Dato’ Wan Abu Bakar dan Nasharuddin Mat Isa untuk menganjurkan beberapa pertemuan di antara pemimpin tertinggi UMNO dengan beberapa pemimpin PAS. Akhirnya, Abdullah Badawi membuat pengakuan bahawa sedang ada rundingan antara kedua-dua parti tersebut.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir, Tengku Razaleigh Hamzah dan Muhyidin Yassin bagaimanapun berjaya membangkitkan keberanian terbuka ahli-ahli Majlis tertinggi UMNO dan pemberontakan dalaman berlaku mengakibatkan Abdullah terpaksa berundur sebelum 2010.
Email itu menuduh “Task Force ini juga terlibat dengan mendedahkan maklumat-maklumat Kor Risik Angkatan Tentera Malaysia yang bertujuan menjatuhkan Najib Razak. Antaranya ialah mendedahkan maklumat pembunuhan Altantunya kepada Tengku Razaleigh Hamzah dan kemudian kepada Raja Petra Kamaruddin”.
Setelah ketiadaan Abdullah, dakwa email itu, ada usaha untuk mengekalkan semula Task Force ini. Pertemuan di antara wakil Task Force bersama Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi diadakan, dakwa email itu.
Bagaimanapun, dakwa email itu lagi, Najib Razak tidak berminat kerana dia tahu dan sedar apa yang telah dilakukan oleh Task Force ini ke atasnya. Namun akhirnya, dakwa email itu lagi, Najib lembut hati apabila nama Nasharudin Mat Isa dibangkitkan.
Email itu selanjutnya mendakwa, antara yang akan menjadi usaha terkininya ialah mengembalikan kegemilangan BN dengan membawa semula PAS ke dalamnya. Email itu seterusnya yakin Najib Razak akan menerimanya kerana ia akan meneruskan legasi ayahandanya.
Seterusnya email itu mengemukakan dua persoalan:
Apakah peranan Utusan Malaysia di dalam keprihatinan tiba-tiba terhadap PAS adalah sebahagian daripada agenda Task Force 2010?
Email itu mendakwa “Ya”
Siapakah Nasharuddin Mat Isa?
Email itu menjawab, tanya Dato Wan Abu Bakar.
Di bawah sekali tertulis seperti berikut:
Ikhlas,
Hassan
http://penarikbeca.blogspot.com
Berkaitan:
Saya sokong cadangan Dr Harun Din!
……………………………………………………………………………………………………………………………..
Atau baca sepenuhnya disini
Saya menyokong sepenuhnya cadangan Ustaz Dr Harun Din di dalam apa yang diSMSkan merata-rata sebagai “Jubli Kekempenan Ulama (baca: Ustaz Nasharudin Mat Isa)” di Markaz Tarbiyyah PAS, Taman Melewar:
Keahlian PAS boleh menerima sesiapa sahaja yang Islam dan mereka adalah penentu kepada kepimpinan PAS itu sendiri. Ini akan membuka peluang besar kepada Umno atau musuh luar negara untuk meramaikan ahli PAS bagi tujuan mempengaruhi pemilihan PAS atau memenangkan musuh Islam yang sedang berada di dalam.
Seperti orang lain, saya juga sangat bimbang kepada musuh di luar negara. Sebab itulah, para pemimpin negara atau parti Islam mesti berhati-hati berurusan dengan pihak luar negara terutama negara-negara kuasa angkuh seperti Amerika Syarikat.
Sebab itulah, apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan yang luar biasa dari negara-negara luar, saya rasa tak sedap hati. Saya tak tuduh. Tapi, saya rasa tak sedap hati.
Lebih tak sedap hati lagi kalau wujud dakwaan ada pemimpin PAS yang selalu berseorangan ke Amerika, Australia, Singapura.
Persoalannya, benarkah ada pemimpin PAS yang sering pergi seorang diri ke Amerika, Australia, Singapura dan menginap di hotel enam bintang di pulau itu serta melakukan transaksi melibatkan wang di sana?
Kalau benar, saya rasa tak sedap hati. Saya tak berani tuduh. Tapi kalau benar, saya rasa tak sedap hati.
Maklumlah, ada perkara yang pada awalnya dicelakan sebagai fitnah tetapi akhirnya terbukti memang benar-benar berlaku seperti perkhabaran mengenai berkendak politik dalam gelap dengan Umno.
Dr Harun juga kelihatan bimbang Umno akan mengambil peluang menghantar orang-orangnya “bagi tujuan mempengaruhi pemilihan PAS atau memenangkan musuh Islam yang sedang berada di dalam”.
Memang, semua orang mesti merasa bimbang seperti beliau kalau Umno buat kerja seperti itu.
Kalau benar, ia sama bahaya dengan kenyataan Dr Harun sendiri di muka hadapan salah satu keluaran akhbar Siasah yang mencadangkan PAS dan PKR dibubarkan serta ditubuhkan parti baru yang berketuakan Anwar. Na’uzu biLlahi min zalik!
Mengambil kira kebimbangan Dr Harun itu, saya tertanya-tanya benarkah dua orang yang saya kenali sebagai pak yet Anwar menjadi orang yang mula-mula mengatur pertemuan antara beberapa orang berkedudukan tinggi dalam PAS dengan hamlau-hamlau berkedudukan tinggi dalam Umno.
Jika benar dua orang yang saya kenali sebagai pak yet Anwar itu melakukan kerja sebusuk itu, adakah mereka patut dimaafkan? Saya juga tertanya-tanya adakah mereka sudah berhenti menjadi pak yet Anwar kerana bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak lagi menjadi pembesar Umno dan tidak ada lagi projek untuk diberikan? (Masih ingat business deal di Hotel Ming Court?)
Saya juga tertanya-tanya benarkah wujudnya kutu cikai yang didakwa bernama Datuk Wan Abu Bakar dari Task Force 2010 yang menjadi tok dalang langkah politik beberapa orang dalam PAS? Langkah politik itu pula didakwa bertujuan melunakkan pendirian ahli-ahli PAS terhadap Umno sehingga bersedia berkerjasama dengan parti itu atas dasar memilih darurat yang lebih ringan atau akhafud-dharurain.
Saya sebut kutu cikai kerana kedudukannya yang dilaporkan setakat satu dua takah sahaja di atas pangkat kapten. Jika benar wujudnya kutu cikai itu dan jika benar beliau menjadi tok dalang kepada langkah politik beberapa orang berkedudukan tinggi dalam PAS, tak patut sungguh kalau kutu kemere seperti itu yang menjadi pengatur langkah politik orang-orang yang berkedudukan begitu tinggi serta berilmu tinggi di dalam PAS.
Sedangkan Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusatlah yang sepatutnya memberikan kata putus mengenai langkah politik itu jika benar wujudnya langkah politik berdasarkan propaganda kurang ajar dari kutu cikai yang kedudukannya hanya setakah dua sahaja di atas pangkat kapten itu.
Jangan lupa, Revolusi 1982 di dalam muktamar di Dewan Bahasa dan Pustaka dahulu berlaku antara lain kerana langkah politik PAS sentiasa berlainan dengan keputusan Jawatankuasa Agong PAS ketika itu. Masihkah wujud elite circle yang membuat keputusan di dalam PAS yang di luar dari pengetahuan Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat?
Dengan memohon maaf kepada yang telah pergi dan yang masih hidup dalam keadaan uzur, pada masa itu bergema tuduhan bahawa keputusan di dalam PAS dibuat di “nombor 10 Downing Street” (sebenarnya nombor 10, Jalan Swee Guat iaitu rumah Almarhum Tan Sri Asri Muda) dan dibuat oleh Asri, (Almarhum Puan Sri) Sakinah (Junid) dan seorang lagi yang saya tak gamak sebut namanya kerana dia sangat uzur. Bukan soal benar atau tidak tuduhan itu. Tetapi itulah tuduhan yang sering bergema waktu itu.
Mengenai kutu cikai itu lagi, benarkah kutu kemere itu diupah mencari jalan untuk melanjutkan pemerintahan seorang Perdana Menteri yang dituduh bodoh dan melingkupkan partinya sendiri? Rasa-rasa macam kenal Perdana Menteri yang mempunyai deskripsi seperti itu. Siapa agaknya yang hendak berhenti pada tahun 2010 tetapi dihambat dari kedudukannya sebelum sempat menarik nafas dua tiga kali?
Mungkin sebab itulah projek kutu cikai itu dinamakan Task Force 2010.
Jika benar berlakunya langkah politik berasaskan proganda kutu cikai itu, benarkah propaganda kutu cikai itu dipercayai oleh orang orang-orang yang berilmu tinggi termasuk yang mempunyai ijazah dalam bidang ekonomi, ijazah sarjana malah ada yang mempunyai PhD?
Jika benar mereka terpedaya dengan propaganda taik kucing kutu cikai itu, tidakkah mereka tahu bahawa karut-marutnya itu adalah sebahagian dari grand design untuk menyelamatkan dan mengekalkan kuasa seorang Perdana Menteri yang dituduh bodoh dan melingkupkan partinya sendiri?
Jika benar, mengapa mereka menjatuhkan kedudukan mereka kepada penipuan kutu cikai yang yang kedudukannya hanya setakah dua sahaja di atas pangkat kapten itu? Benarkah kutu cikai itu menjalani kehidupan yang tidak bertepatan dengan apa yang dihalal dan diharamkan oleh Islam? Jika benar, adakah orang-orang berkedudukan tinggi di dalam PAS itu tidak tahu perkara tersebut?
Dalam pertemuan antara beberapa orang berkedudukan tinggi dalam PAS dengan hamlau-hamlau berkedudukan tinggi dalam Umno selepas pilihan raya umum tahun lalu itu, benarkah pengarah jawatankuasa tertentu di dalam PAS memberitahu Tun Abdullah Ahmad Badawi bahawa tokoh-tokoh muda di dalam PAS mudah sangat diyakinkan supaya menerima langkah politik berdasarkan propaganda kutu cikai itu?
Benarkah Dr Harun sendiri mengadakan tiga kali pertemuan dengan Abdullah. Saya tidak tuduh dan hanya bertanya. Saya juga tidak tahu sebab pertemuan itu, jika ia benar berlaku. Mungkin Abdullah hendak ubat.
Saya sama sekali tidak bersetuju dengan usaha mewujudkan kerajaan katak 16 September (lihat posting saya, “Tun boleh la, Tun Banyak duit“). Tetapi saya lebih tidak bersetuju jika benar dakwaan bahawa kenyataan penentangan pengarah tertentu terhadap empayar katak itu dibuat berdasarkan keputusan apa yang didakwa sebagai “komiti Wan Abu Bakar” itu.
Saya amat sedih apabila ada yang mendakwa bahawa program di Markaz Tarbiyyah semalam adalah extension dari usaha demi usaha untuk menepis keresahan ahli-ahli PAS terhadap langkah-langkah politik yang diilhamkan oleh perancangan busuk kutu cikai itu.
Allah Maha Menyaksikan segala-galanya. Saya tidak tahu dan saya bertanya. Dan, jika saya mereka-reka fitnah, Allah jua yang akan menghukum saya. Kepada Allah saya menyerah diri.
http://penarikbeca.blogspot.com
…………………………………………………………………………………………………………………………..
Baca beberapa kali kedua – dua posting dari Penarik Beca ini, baru lah aku faham apa yang telah berlaku… sedang berlaku dan akan berlaku dalam PAS terutamanya menjelang pemilihan yang akan berlangsung beberapa hari lagi…
Sebenarnya ini kes berat, kalau tak percaya baca betul-betul dan faham mengikut apa yang hendak disampaikan oleh penarik beca … kalau tak faham atau nnak jelas lagi tanya penarik beca sendiri….
posting ini juga ada kaitan ke arah untuk memahami permulaan jalan cerita yang sebenarnya…
Nak jelas lagi untuk mengetahui cara tali barut UMNO ini beroperasi baca di sini
Dikirim dalam News & Politics