Kenyataan Balas AIC, Menjawab pertuduhan Hishamuddin

Maka gegak gempitalah Ketua Pemuda Umno dengan hamburan demi hamburan yang dituju kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.Tidak cukup dengan fitnah dan kezaliman yang dilancarkan ke atas Pakatan Rakyat, hari iniHishamuddin Tun Hussien melalak lagi.

Kononnya mempertikaikan dasar yang lapuk dan usang dianggap salah. Kononnya usaha menyanggah kesalahan pemerintah dan menawarkan alternatif yang lebih baik dikira satu petualang.

Apakah mempersoalkan dasar afirmatif yang menindas dikira satu tindakan yang salah?Kita sama sekali tidak akan menafikan hak melayu bumiputera sebagaimana yang dijelaskan di dalam Perlembagaan Persekutuan, tetapi yang dipersoalkan ialah tindakan menghalalkan penguasaan sesetengah pihak untuk memastikan khazanah negara dibolot rakus oleh hubaya-hubaya yang angkuh dan sanggup menindas bangsa sendiri di atas nama bangsanya.

Kita tidak bersetuju dengan kebebasan tanpa limitasi dan tanggungjawab,tetapi kita juga sama sekali tidak bersetuju dengan tindakan menyekat kebebasan media,kebebasan bersuara dan kebebasan berhimpun sebagaimana dititip jelas dalam Perlembagaan Persekutuan.

Di bawah regim Umno-BN, menempelak pemerintah tatkala mereka melakukan kesalahan adalah dosa yang maha besar. Sebaliknya budaya ampu,julang menjulang adalah mauduk wajib jika mahu terus kekal di persada.

Menempelak Anwar Ibrahim sebagai petualang melayu hanya memalitkan si penuduh semata-mata.

Mana lebih dasyat: memperjuangkan keadilan untuk semua atau membunuh potensi bangsa melalui sistem pendidikan yang rapuh yang mengabaikan kelangsungan bahasa ibunda?

Mana lebih keparat: memupuk persefahaman membentuk kerajaan atas dasar prinsip perjuangan, atau menjatuhkan kerajaan pilihan rakyat dengan berselindung di balik imuniti istana?

Mana lebih khianat: memperjuangkan dasar tadbirurus yang kompeten,adil dan telus atau mempertahankan dasar yang menindas, mengayakan puak sendiri, dan membunuh potensi orang lain?

Mana lebih bangsat: memupuk perpaduan antara kaum ke arah menjulang ketuanan rakyat, atau menyemai kebencian atas sentimen perkauman yang sempit,jumud dan kolot?

Gema di dalam Dewan Tun Dr Ismail di PWTC mungkin menggamit suasana,tetapi apakah mungkin rakyat terkesan dengan retorik tahunan yang bergema atas sentimen sempit yang makin parah dan usang?

Hishamuddin boleh terus berkokok, dan Pemuda Umno boleh terus bersorak. Tetapi rakyat masih kenal fungsi akal: untuk menilai secara rasional, mempertahankan yang hak dan membunuh kebathilan!

Timbalan Presiden

KELAB ANWAR IBRAHIM (AIC)

http://www.anwaribrahimclub.com/

Related Post :
    None Found

Iklan di Sini

More from this category

More from this author

More from our sponsor

Comments

  • lanzz said:

    mana lebih bangang :tidak layak bertanding dalam pemilihan umno kerana rasuah tapi jawatan sebagai ketua menteri dikekalkan
    mana lebih bodoh :dipercayai rasuah tetapi agen yang dijadikan mangsa tetapi diberi peluang terakhir
    mana lebih buta :projek jutaan jutaan ringgit di Ali Baba kan begitu sahaja secara terang terangan
    mana lebih cacat :negara kite dikatakan negara yang tak bertamadun kerana petelingkahan ahli ahli politiknya antara kerajaan dengan
    pembangkang

  • Tuan CObra said:

    Hisamudin yang saya kenal sedikit sebanyak tidak akan BERKESEMPATAN untuk menduduki Kerusi Ampuk PM, Kerana beliau belum cukup kuat menduduki Kerusi PM Malaysia tu. Kewibawaan beliau belum lagi terserlah. Kerana Najib hanya seketika sahaja menduduki Kerusi BASI PM ni…Teori R.A.H.M.A.N ni akan berakhir ditangan Najib Insyallah….PRU KE-13 saya bukan mendahului Allah SWT tetapi Fenomena sekarang ini benar2 Gawat untuk BN lagi menjadi Pemerintah Kerajaan Pusat. Mungkin Kerajaan Negeri Johor dan Sarawak sahaja lagi Kerajaan Negeri yang bisa bertahan selepas PRU ke-13 nanti…Kerajaan Negeri yang lain Hampir pasti disepu bersih oleh PR…Itupun kalau PR masih BERSATU dengan ke 3 3 Parti yang sedia ada…..Pemimpin2 PAS Khasnya Datuk Hj Hadi Awang dan Timbalan Presiden PAS Janganlah terlalu GHAIRAH mahu Menubuhkan Kerajaan Campuran dengan BN, Kerana mereka itu adalah Racun buat PR. Kenapa berpuluh puluh tahun menjadi Pembangkang sekarang baru nak fikir Gabung Kerajaan? Macam Fikiran tidak Siuman lagi….

Trackbacks

There are no trackbacks