Kenyataan Rasmi AIC UK, berhubung tindakan FRU dan KDN

 

AIC UK mengecam tindakan FRU dan KDN 

Tanggal 08-03-08 yang lalu telah melahirkan satu azam baru untuk rakyat Malaysia mencorak system pentadbiran yang adil dan telus. Berlandaskan prinsip kemanusiaan, mesra dan berdedikasi. Tapi malangnya , hanya baru setahun rakyat baru mula untuk menikmati itu semua, keangkuhan KDN dan FRU yang merogol dan mencabul hak ini telah menaikkan semula kemarahan rakyat.

aic-uk

Pertama, penyekatan untuk mengedar dan menerbitkan Suara Keadilan dan Harakah ini ternyata dengan jelas bahawa satu pengaruh dari pihak Kerajaan UMNO untuk menyekat kebenaran dan keghairahan rakyat yang ingin tahu dengan lebih tepat tanpa penyelewangan maklumat. AIC UK sungguh kecewa dengan tindakan ini, yang mana KDN sewajibnya bertanggunjawab memastikan cetakan ini berterusan demi menjaga perpaduan rakyat Malaysia bukan menjaga kedudukan pemimpin yang sombong dan lupa daratan.

AIC UK, dengan ini menyatakan pendirian kami, bahawa tindakan KDN itu adalah satu tindakan yang bertunjangkan kuasa bukan kerana maruah bangsa, agama dan negara. 

Kedua, kami dikejutkan dengan tindakan biadab FRU yang menyerang ribuan rakyat semasa menghadiri ceramah di SG Petani. Tindakan ini sungguh mencerminkan kerendahan moral pimpinan UMNO dan pihak berkuasa yang hanya akur dengan keperluan individu demi menyelamatkan karier politik mereka. AIC UK juga mengecam sekeras-kerasnya tindakan FRU yang membedil gas pemedih mata dan semburan air pada himpunan tersebut. Ini sungguh memalukan Malaysia di mata dunia. Apakah demokrasi sudah mati?. Ataupun demokrasi itu hanya pada mereka yang berkata “Yes Sir” sahaja.

Tindakan FRU ini juga adalah satu tindakan yang kurang ajar. Setidak-tidaknya tentera Amerika dulu memburu Almarhum Saddam kerana kerakusan kuasa dan minyak. Tapi berbeda di Malaysia, rakyat diserang, pemimpin diburu kerana mendedahkan kebenaran dan keprihatinan pada rakyat. Nyata, mereka lupa siapa mereka. Mereka berkuasa kerana rakyat – mereka mati juga kera

na rakyat. 

AIC UK tetap bersama rakyat, mempertahankan yang benar dan memperjuangkan keadilan. Moga perjuangan kita berterusan hingga kembalinya keadilan, kebebasan dan kemerdekaan di tanah air yang tercinta.

Reformasi!!!!


Julailey Jemadi

+447889125195

AIC UK

http://nayeelaqmarsyauqina.wordpress.com

Related Post :
    None Found

Iklan di Sini

More from this category

More from this author

More from our sponsor