Pertukaran Venue Seminar Moderator & Fasilitator, Friedrich Naumann

Pada 12 April AIC dengan kerjasama  Friedrich Naumann Foundation akan menganjurkan satu Seminar berkenaan Pengurusan Perjalanan sesuatu Majlis.

Seminar ni bertujuan untuk melatih peserta yang berminat dalam bidang Moderator Forum/Dialog. Peserta akan dilatih untuk menganjurkan program, yang mana  input drpd seminar ni sangat berguna untuk AIC.

Namun begitu, atas dasar menyediakan kemudahan tempat seminar yang lebih selesa, pihak penganjur telah menukar tempat seminar asal daripada Corus Hotel kepada Lanson Place Hotel Kuala Lumpur. Diharap para peserta yang telah mendaftarkan nama mengambil perhatian ini supaya tidak menimbulkan kekeliruan kepada anda pada hari tersebut.

Seminar sehari ini akan dikendalikan oleh dua speaker iaitu:

1. Dr Pimrapaat Desaiderayawong (Program Director, Malaysia Programme)

2. Leong Lai-Ming (FAN Malaysia, Merdeka Centre)

Tempat: Lanson Place Hotel, Jalan Ampang Hilir  55000, Kuala Lumpur.

Tarikh: 12 April 2009 (AHAD)

Masa: 8.30pagi hingga 5.00petang.

*Tempat adalah terhad kepada 50 Peserta yang betul-betul berminat, sila emel Nama, No. Teleph0ne dan Emel anda kepada Setiausaha Agung AIC (Saifuddin Shafi Muhammad) di alamat: armando_digo@yahoo.com atau tidak keberatan menghubungi 019-6053953/016-6724671

Peta Lokasi Lanson Place Hotel:

petalanson

Related Post :
    None Found

Iklan di Sini

More from this category

More from this author

More from our sponsor