Kenyataan Media: AIC gesa Selangor Pertimbang Saranan UNiSEL
Kelab Anwar Ibrahim (AIC) menggesa agar Tan Sri Khalid selaku Menteri Besar Selangor dan pengerusi kepada Pendidikan Industri Yayasan Selangor Sdn Bhd (PIYSB), yang bertangunggjawab sepenuhnya menguruskan Universiti Industri Selangor (UNiSEL), agar mempertimbangkan secara serius dan bersegera seruan warga kampus UNiSEL untuk menukarkan Canselor mereka sekarang, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor.
Seruan ini telah dibangkitkan oleh pelajar sendiri dalam satu sessi soal-jawab bersama Ketua UmumParti Keadilan Rakyat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, ketika program “Forum dan Pidato Memperkasakan Mahasiswa & Realiti Politik Kampus” di kampus UNiSEL Bestari Jaya, Batang Berjuntai pada hari Khamis lepas.
Seluruh dewan yang penuh sesak dengan warga kampus mengangkat tangan dan bersorak selepas Anwar mengajak pelajar untuk mengundi terhadap cadangan seorang pelajar agar Rosmah digantikan. Ini merupakan isyarat yang sangat jelas bahawa terdapatnya keresahan yang sangat kuat di kalangan warga kampus tentang status Canselor mereka sekarang.
AIC khuatir jika suara warga kampus ini tidak dipedulikan, kelak ia akan memberi kesan negatif yang lebih besar ke atas warga UNiSEL serta menjejaskan prestasi serta motivasi pelajar universiti itu sendiri secara khususnya.
AIC juga ingin mencadangkan kepada Kerajaan Selangor agar menangani masalah ini dengan :
1. Mengadakan sessi terbuka bersama pelajar untuk memahami rasional keresahan mereka dan mencari penyelesaian bersama, ATAU
2. Memperbaiki imej Rosmah agar khidmat dan fungsinya sebagai Canselor UNiSEL boleh dibanggakan oleh seluruh warga universiti tersebut, ATAU
3. Menimbangkan secara serius saranan warga UNiSEL untuk menggantikan Canselor mereka dalam masa terdekat.
Apapun, AIC melihat bahawa Kerajaan Selangor tidak boleh berdiam diri dan harus memberi reaksi dalam perkara ini.
Warga kampus, seperti juga rakyat, mempunyai hak untuk diwakili oleh figur yang boleh mereka banggakan.
Dalam hal ini, warga UNiSEL juga mempunyai hak untuk mempunyai Canselor yang mereka rasakan sesuai untuk mengangkat maruah dan semangat mereka dalam menjadikan Universiti Selangor sebagai sebuah universiti yang disegani dan dihormati.
AIC sekali lagi menyarankan pada Kerajaan Selangor melalui Menteri Besar agar perkara ini diambil perhatian secara serius dan bersegera.
“Pemangkin Agenda Perubahan”
Muhammad Shukri Md Saad
Presiden
Kelab Anwar Ibrahim (AIC)
(shukri@anwaribrahimclub.com)
- Pelajar UNISEL mahu Rosmah undur
- Forum memperkasakan mahasiswa & realiti politik kampus
- Forum memperkasakan mahasiswa & realiti politik kampus
- Wacana Ekonomi Ummah (WEU 09) – 28 Mac 2009
- Galeri Gambar: Pidato Kempimpinan, UNISEL
Entries (RSS)
asslamualaikum…mmg saya sgt2 bersetuju kalau Unisel ditukar canselor…..kalau blh lah secepat mungkin pun lagi lah elok…
Dari segi image yb rosmah tak empunyai apa apa problem nak katakn tak cantik beliau cantik,nak katakan tak fotogenik beliau genit dan gendik.Penampilan beliau senantiasa vague cuma satu saja yang amat menonjol beliau terlalu berat,sarat ngan beban bagi rakyat nak pikul elok aja diberhentikan.Waktu rehat tu bolehlah yb bukak fail fail yang disapu bawah karpet tu ya! !.