Laporan Majlis berbuka puasa AIC
Majlis berbuka puasa AIC bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya diadakan dengan kehadiran hampir 200 orang tediri dari Anak Muda, Pimpinan dan Mahasiswa dari beberapa Universiti tempatan. Sambutan dari mahasiswa amat mengalakkan.

Seusai dengan itu, sesi perkenalan dan sembang santai memulakan acara tepat jam 6.15petang membicarakan tentang iklim politik semasa dan perkembangan negara. DSAI memetik keyakinan mengenai liberalisasi dan reformpemerintahan Indonesia yang dilakukan BJ Habibie dan membandingkan dengan Malaysia.
Sembang santai berterusan dengan soal jawab, sehingga waktu berbuka dengan menjamah kurma dan juadah ringan. Seterusnya sembahyang magrib diimamkan DSAI sendiri, dan hadirin menjamu selera dengan makanan yang lebih berat. Disambung dengan sembahyang isyak dan terawih.
Seterusnya DSAI memulakan Wacana yang cukup menyegarkan beliau menekankan penghayatan ramadhan sebagai madrasah ruhiyyah, mengimbau gagasan yang ditinggal Ustaz Fadhil Noor dan pertemuan dengan Fathi Yakan di Riyadh dan Umar Telmasani di Kaherah, gagasan Al-Biruni dan Akbar.

Beliau memetik Armatyha Sen (Pemenang Nobel Ekonomi) dan beberapa Sarjana mengenai liberalisasi ekonomi yang menekankan perlaksanaan bersederhana, merupakan kunci “serampang dua mata” bagi menguruskan ekonomi semasa beliau menjawat Menteri Kewangan selama 8 tahun.
Mengimbau bacaannya di Penjara mengenai makasid syariah, sejarah pertembungan dan pencerahan barat dan karya genius Shakespeare serta beberapa dialog Filasuf agung dunia.
Beliau juga menyentuh, Ronggo Warsito merupakan seorang pujangga besar Jawa dan karya hebatnya Serat Keladita menekankan puisi Jaman Edan.

DSAI Menekankan tangungjawab Mahasiswa dan betapa perlunya Universiti tempatan mempunyai Barisan Profesor yang idealis dalam membentuk masa hadapan negara. Beliau membidas kebejatan golongan pendidik sekarang yang gentar akan seruan pemerintah.
Sesi berakhir dengan soal jawab oleh beberapa mahasiswa, beliau menekankan betapa peri pentingnya masa di kampus.
Related Post :- None Found
Entries (RSS)