Kemaskini: Majlis Iftar AIC bersama DSAI, 11 September 2009

Anwar Ibrahim Club sekali lagi menjemput teman-teman ke Majlis Berbuka &  Solat Tarawikh pada tahun ini. Ia merupakan majlis yang tidak pernah tertinggal dalam agenda diari AIC.

DSAI dengan berbesar hati menjemput Saudara-saudari Untuk hadir ke kediaman beliau pada hari jumaat 11 september 2009, di Bukit Segambut untuk bersama-sama berbuka puasa dan solat terawih. InsyaALLAH, ianya akan lebih menyuntik semangat teman teman dan juga pastinya dapat kita menimba sedikit ilmu dari tazkirah yang bakal disampaikan oleh beliau. Rakan-rakan pelbagai kaum juga digalakkan untuk hadir memeriahkan lagi majlis.

Sesi soal-jawab bersama DSAI juga akan diadakan bermula pukul 6.00 petang. Rakan-rakan digalakkan merebut peluang ini untuk bersoal-jawab bersama DSAI. Gunakan peluang ini untuk bertanyakan soalan-soalan yang sudah lama terpendam di hati.

Aturcara adalah seperti berikut :
6.00 pm – Bicara Santai bersama DSAI
7.21 pm – Berbuka dan solat Maghrib berjemaah
8.25 pm – Solat Isya’ dan Tarawih berjemaah
9.45 pm – Tazkirah oleh DSAI
10.15 pm – Suai kenal ahli baru & sesi ramah mesra
10.45 pm – Majlis bersurai

Tempat adalah TIDAK terhad. Bawak kawan-kawan, sedara-mara, dan bos kat pejabat sekali! sila berikan nama anda di forum: klik sini

Peta Lokasi: Klik disini

Tarikh: Jumaat, September 11, 2009
Masa: 6:00pm – 11:00pm
Lokasi: Kediaman Datuk Seri Anwar Ibrahim
Bukit Segambut , Kuala Lumpur
Malaysia
Phone: 0123705703
Email: marini@anwaribrahimclub.com

Related Post :

Iklan di Sini

More from this category

More from this author

More from our sponsor