Forum Bedah Buku “Anwar on Trial: In the Face of Injustice”
Program Forum Bedah Buku “Anwar on Trial: In the Face of Injustice”, akan membincangkan sejarah perbicaraan yang mencetuskan kontroversi lewat 1998/1999. Forum akan disampaikan secara santai, kupasan bahasa undang-undang yang mudah difahami rakyat kebanyakan dan diulas oleh panelis yang pakar.
Tarikh: Sabtu, October 10, 2009
Masa: 2:00pm – 5:30pm
Lokasi: Yayasan Aman No17, Jalan 16/2, Petaling Jaya 46350, Selangor, Malaysia
Panelis:
1) Dato’ Fauzi abdul rahman (Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
2) Latheefa Koya (Ketua Penerangan KeADILan)
3) YB Nurul Izzah anwar (MP Pantai Dalam)
Berkenaan Buku “Anwar on Trial: In the Face of Injustice”
Pembicaraan Anwar Ibrahim seputar lewat abad ke dua puluh telah mengubah landskap badan kehakiman Malaysia selamanya.Setelah dijatuhkan salah dan disumbat ke dalam penjara selama 6 tahun, Anwar telah menjadi simbol pencari kebenaran dan penegak keadilan oleh generasi muda.
Anwar on Trial: In the Face of Injustice membawa pembaca melihat kembali perjalanan pembicaraan Anwar atas tuduhan rasuah pada tahun 1998/1999. ditulis oleh peguam anwar yang hadir sepanjang pembicaraan, buku ini menceritakan pengalaman terus penulis tentang apa yang berlaku di dalam dan di luar Mahkamah.
Pawancheek Marican mengkaji bagaimana badan kehakiman Malaysia dikasi secara sistematik dan berubah menjadi anak catur pemerintah yang kesannya akan kekal dirasai untuk satu masa yang lama.
Buku ini menelanjangkan kerja jijik politikus yang mahu terus berkuasa disebalik larangan peguam Anwar untuk membongkar konspirasi hinggalah peranan Peguam Negara dalam kes ini yang menimbulkan syak.
Buku ini tiba tepat pada masanya ketika Anwar menghadapi satu lagi pertuduhan liwat, tapi kali ini beliau bebas di rumah sendiri dan sebagai Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen.
http://www.gerakbudaya.com/products-page/asian-studies/anwar-on-trial–in-the-face-of-injustice/
Related Post :- Kes DSAI akan disebut esok
- Nik Aziz yakin tubuh kerajaan baru pusat, Pakatan setuju pilih Anwar
- KENYATAAN TERBUKA Y.B NURUL IZZAH ANWAR BERHUBUNG PERBICARAAN ANWAR IBRAHIM
- Anwar: Pakatan pertahan Islam dan hak istimewa Melayu
- Anwar Ibrahim in second sodomy trial

Entries (RSS)