Peserta perkhemahan 1Malaysia lemas

Seorang pelajar perempuan mati lemas manakala dua lagi masih hilang sehingga pagi ini apabila jambatan gantung yang mereka lalui secara beramai-ramai untuk menyeberangi Sungai Kampar putus.

Kejadian itu mengakibatkan 22 murid dihanyutkan air deras. Menurut The Star, 19 lagi murid ditemui selamat.

Jambatan tersebut terletak di Pusat Kokurikulum Daerah Kampar dalam kawasan SK Kuala Dipang. Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 10.30 malam tadi.

Mereka adalah antara 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah yang menyertai aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan.

Operasi mencari dan menyelamat melibatkan 222 anggota yang terdiri daripada polis, Tentera Laut Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Rela, Jabatan Pertahanan Awam dan agensi lain serta penduduk kampung dijalankan sebaik kejadian berlaku.

Agensi berita Bernama pula melaporkan, pelajar perempuan yang lemas itu dikenali sebagai Dina Deve a/p Nathan.

Mayatnya ditemui berhampiran loji sungai terbabit pada kira-kira pukul 8.30 pagi.

“Mayat telah dibawa ke Hospital Kampar di sini untuk dibedah siasat,” kata Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof kepada pemberita di kawasan kejadian hari ini.

Related Post :
    None Found

Iklan di Sini

More from this category

More from this author

More from our sponsor

Comments

  • blackrose said:

    the deaths of those reported unsolved,deaths under investigations resulted in nfa and reported missings have yet to be found and the list kept on going endless.pdrm ,fru and macc go back and do jobs you are paid for by the tax payers.1malaysia the economic downturns spelt hardships to the rakyat.1malaysia programmes for the rakyat met with nothing short of casualties.bn/umno leaders and those in power have ears listen to the wailings and shoutings of children for help during that fateful day.imagine all of the children fightimg for their survivals and what have we?bn/umno leaders and those in power ruthlessly fighting for commissions and projects at the expense of the rakyat.1malaysia what have we?jambatan-jambatan runtoh,bangunan -bangunan runtoh,stadium-stadium runtoh,akhlak leaders and rulers-akhlak runtoh.what is not runtoh?.enriching themselves that will certainly not runtoh.

  • Graduan UiTM said:

    Ada sape-sape sempat snap gambar pintu gerbang, atau pintu masuk utama, atau apa-apa tanda kem 1 Malaysia tu tak? Kalau ada, tolong siarkan dalam blog pro-pakatan.

Trackbacks

There are no trackbacks