Program Jelajah 10 Kota “Anwar on Trial: In the Face of Injustice”

anwar_ontrial_200x299

Program Jelajah Forum Perbincangan Buku “Anwar on Trial: In the Face of Injustice”, akan membincangkan sejarah perbicaraan yang mencetuskan kontroversi lewat 1998/1999. Forum akan disampaikan secara santai, kupasan bahasa undang-undang yang mudah difahami rakyat kebanyakan dan diulas oleh panelis yang pakar.

Buku Anwar On Trial nukilan Pawanchek Marican merupakan satu bentuk pendedahan kronologikal bersabit konspirasi terancang ke atas YB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membawa kepada penahanan beliau selama 6 tahun di Sungai Buloh. Kupasan ini ternyata menarik memandangkan berlaku kelompongan fakta yang sangat ketara di peringkat pendakwaan sehingga menyebabkan kes ini menjadi batu tanda runtuhnya integriti sistem kehakiman Negara selepas pemecatan Tun Saleh Abas pada akhir tahun 80-an.

2. Perbicaraan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar yang dijadualkan berlangsung pada Januari 2010 ternyata mengulangi kelompongan perbicaraan pada tahun 1999 apabila kredibiliti penuduh, Saiful Bukhari Azlan semakin dipertikai. Ini ditambah dengan birokrasi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang masih gagal bertindak ke atas permohonan qazaf yang dikemukakan oleh Datuk Seri Anwar.

3.Forum ini yang dianjurkan bersama oleh Yayasan Aman dan Kelab Anwar Ibrahim (AIC) bertujuan untuk merungkai konspirasi ini berdasarkan perspektif perundangan sivil dan syariah melalui tokoh-tokoh yang diketengahkan kelak.

Senarai Tarikh Program Seluruh Negara

Untuk Kemaskini Jadual Terkini, Sila Klik di Sini

Objektif Program

1. menyedarkan masyarakat mengenai kepincangan sistem undang-undang dan pencabulan hak asasi melalui sistem kehakiman yang pincang.

2. Mengupas kes Datuk Seri Anwar daripada perspektif sivil dan syariah

3. Pendekatan santai untuk mempermudahkan golongan sasaran memahami intipati penyampaian para panelis.

Maklumat program akan diupdate dari semasa ke semasa.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Sdr Saifuddin Shafi Muhammad di talian 0196053953 atau lawati laman web rasmi Program Jelajah di http://anwaribrahimclub.com/land/10kota/

Related Post :
    None Found

Iklan di Sini

More from this category

More from this author

More from our sponsor

Comments

  • aboonidale said:

    wahai Anwar Brahim,
    masa kan benang yang basah bisa ditegakkan.
    kejujuran dalam kepimpinan sememangnya tiada justeru kalau dicanangkan keseluruh antero pun tidak akan berjaya mempengaruhi akal fikiran rakyat yang semakin jelas kenal akan kaca dan berlian.Pengkianat negara,bangsa serta agama adalah musuh yang mesti dihapuskan!

  • Mahasiswa berjiwa rakyat said:

    indah bahasa dari rupa.. saudara aboonidale, pengkhianat dan pejuang maknanya berbeza sekali. jika seseorang yang sanggup bergadai nyawa, membanting tulang, hanya sekadar untuk membela nasib orang lain yakni rakyat yang malang, mendapat pemimpin yang berkuku besi, bertaringkan harimau, yang menggunakan kuasa sebagai sumber untuk merebut harta kekayaan untuk kepentingan kroni dan keluarga itu harus dibela, harus dijaga, mana pergi hak kita sebagai warga malaysia, yang inginkan kebebasn bersuara, menjatuhkan pemimpin yang seumpama firaun, bertakhtakan ringgit, bermodalkn kuasa??? sedarlah wahai sahabatku, masih belum terlambat untuk kita mngubah nasib anak cucu kita.. jika pejuang bangsa itu sendiri, dicaci dihina, siapa lagi yang ingin memperjuangkan hak kita?? senang untuk berkata-kata kosong, tapi bukan senang untuk memperjuangkan hak rakyat yang dirampas oleh si lanun derhaka.. bertopengkan insan tapi hakikatnya, iblis!! keji dan zalim!!!
    sekian,.
    yang ikhlas…

    Mahasiswa berjiwa rakyat

Trackbacks

There are no trackbacks