KENYATAAN TERBUKA Y.B NURUL IZZAH ANWAR BERHUBUNG PERBICARAAN ANWAR IBRAHIM
Tarikh: 2 Februari 2010
Teman-teman seperjuangan sekalian,
Perbicaraan ini merupakan satu percubaan jahat yang bukan sahaja berniat untuk menghina dan menghancurkan karier politik ayah, tetapi juga keutuhan keluarga kami. Perbicaraan ini sekali lagi mengingatkan rakyat tentang penglibatan Peguam Negara, pimpinan tertinggi UMNO dan Ketua Polis Negara dalam perencanaan konspirasi 1998 – dan tentunya pembabitan mereka di dalam kes terbaru ini.
Saya ingin menegaskan dakwaan bahawa kes ini sebenarnya dilengah-lengahkan datang dari pendusta, pemfitnah, dan mereka yang sememangnya tidak faham atau arif tentang sistem perundangan negara.
Sewaktu kes di bicarakan di mahkamah majistret, Peguam Negara bersungguh-sungguh memohon agar kes tersebut dipindah untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Permohonan tersebutlah yang merupakan satu bentuk penangguhan – yang dipinta oleh MEREKA!
Kita semua maklum bagaimana ayah diminta membela diri oleh mahkamah walaupun bukti penting yg menunjukkan wujudnya kes prima facie tidak diserahkan kepada beliau. Ini bercanggah dengan peruntukan undang-undang yang jelas menetapkan kewajipan pihak pendakwa berbuat demikian.
Justeru ayah terpaksa menggunakan saluran mahkamah untuk mendapatkan dokumen tersebut sebelum perbicaraan penuh dimulakan. Malangnya kami pula dituduh cuba untuk melengah-lengahkan kes.
Amat mendukacitakan rayuan kami ke Mahkamah Tinggi untuk membatalkan tuduhan terhadap ayah turut ditolak sungguhpun bukti menunjukkan dakwaan wujudnya elemen “kemasukan” adalah tidak berasas. Selain itu, Mahkamah Rayuan sehingga ke hari ini masih belum menetapkan tarikh perbicaraan.
Sudahlah ayah dinafikan akses terhadap bukti-bukti untuk membela dirinya. Ditambah pula dengan rayuan ke Mahkamah Tinggi yang ditolak serta permohonan kami agar keputusan itu disemak oleh Mahkamah Persekutuan, mana mungkin perbicaraan ini boleh diteruskan?
Kami tidak mengharapkan belas kasihan dari para konspirator tetapi setidak-tidaknya janganlah menuduh kami menggunakan proses mahkamah untuk melengah-lengahkan kes sedang kami sedari awal maklum keputusan mahkamah tidak akan memihak kepada kami. Hormatilah hak kami untuk menggunakan saluran mahkamah demi menegakkan keadilan. Sesungguhnya kami juga mahu keaiban kedua ini berakhir secepat mungkin agar kami dapat menjalani kehidupan seperti insan lain.
Sungguhpun demikian, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang masih terus menyokong kami dalam usaha mengembalikan maruah kami sekeluarga serta maruah negara dan bangsa. Doa dari tuan-tuan Allah sahaja yang dapat membalasnya dan sesungguhnya percayalah kebenaran akan pasti tertegak.Ketabahan dan kesabaran harus diteruskan, terutamanya bila terbayang wajah Mursyidul AM PAS, YAB Menteri Besar Neg Kelantan, AL Fadhil Dato’ Tuan Guru Nik Aziz pagi tadi – hadir bersama , menolak fitnah. Moga Allah SWT berikan kita kekuatan.
NURUL IZZAH ANWAR
- Kes DSAI akan disebut esok
- Forum Bedah Buku “Anwar on Trial: In the Face of Injustice”
- Perutusan Eidulfitri oleh DSAI
- Nik Aziz yakin tubuh kerajaan baru pusat, Pakatan setuju pilih Anwar
- MASA DEPAN BUKIT ANTARABANGSA
Entries (RSS)
Salam Perjuangan Kepada Semua pendokong PR.
Perbicaraan kali kedua terhadap DSAI MERUPAKAN SUATU AGENDA YANG PALING BUSUK DALAM SEJARAH TAMADUN MELAYU MALAYSIA DI ABAD INI.
Pertuduhan yang sangat menjijikkan yang memang jelas bertujuan untuk MENGAIBKAN . Suatu pertuduhan yng TELAH DIRANCANG OLEH IBLIS yang bertopengkan manusia.Betapa kejinya perbuatan terkutuk ini hanya kerana gilakan sedikit kuasa yang dberikan oleh Allah swt dan bersifat sementara sahaja.
Golongan yang biadap dan busuk hati ini sanggup menggadaikan maruah seorang muslim yang lain hanya kerana LABA DUNIA yang lambat laun akan ditinggalkan juga kerana kita semua akan kembali dengan HANYA BERSELIMUT PUTIH.
Islam yang sempurna, Islam yang sangat adil,Islam yang addin tidak pernah mengajar penganutnya berbuat sedemikian.MALUNYA RASA DIRI INI BAGAIMANA PUAK-PUAK INI BOLEH MENGAKU KUNUN MEMPERTAHANKAN ISLAM,MEMPERJUANGKAN ISLAM SEDANGKAN PERTUDUHAN YANG DIBUAT KE ATAS DSAI INI TIDAK PERNAH DIDENGAR HATTA D ISRAEL SENDIRI tetapi negara yang kununnya negara Islam sanggup menjual AIR LENDIR untuk mendapat kuasa…..
Salam……..Ya… Allah ya tuhan ku.lindungi lah pemimpin yang aku sayangi ini (Dato’ Seri Anwar Ibrahim) dan selamatkan nye dari tuduhan2 yang merapu n fitnah dari golongan keji itu.ya… Allah.ya… Allah.ya… Allah ya tuhan ku.Amin…
Kenapalah bodoh lagi diperbodohkan…..
Baca lah artikel berkaitan FREEMASON……..
Anda akan faham dengan apa yang sedang berlaku sekarang……
Terutama perkataan ‘Can I Fuck You ? ‘…….
Fikir2kanlah…. Melayu bersorak……..Melayu menangis……. Siapa yang gelak pecah perut ….?????
salam…kami rkyt malaysia fhm dan turut sedih apa yg menimpa DSAI sekeluarga. segala-galanya konsipirasi jahat umno dan sekutunya. percayalah,kami sentiasa berada di belakang dan menyokong serta berdoa agar keadilan sentiasa berpihak kpd DSAI. semoga ALLAH, menjauhi dan melindungi DSAI sekeluarga dari memfitnah dan difitnah,dari menzalimi dan dizalimi serta dari mengkhianati dan dikhianati. mohon ALLAH menjauhi kalian dari golongan firaun dan melaknati org yg tlh menabur fitnah ke atas DSAI. byk2 lah bersabar krn org bersabar itu sentiasa dikasihi tuhan.
Mengapalah orang melayu ni.Menyokong tak kena pada tempatnya.
Pada hemat saya… banyakkanlah membaca.Banyakanlah mencari ilmu.Banyakanlah melayari internet.
Jangan menyokong dengan hanya mendengar cakap2 orang.
Kita ada akal.
Kita ada mata.
Kita ada telinga…..
Jangan menyokong dengan hanya membabi buta….
Ketahuilah apa yang terkandung didalam FREEMASON…..
Carilah maklumat berkaitan FREEMASON……
Anda akan faham sesuatu nanti…….
buluberry,
org melayu memang bodoh,suka diperbodohkan…
terbukti..lebih 50 tahun melayu dibodohkan berbagai rupa…dengan dasar2 dan sistem2 mengongkong yang tidak membina…
kenapa?? supaya melayu kekal mendokong umno
untuk apa?? agar umno kekal berkuasa…agar segelintir pemimpin melayu bisa terus menerus memfeudalkan masyarakat,membobrokkan ummah..
pemerintahan pada mereka ialah warisan…bukan kerana mereka layak untuk berada diatas,tapi kerana mereka mewarisinya dari kepimpinan terdahulu…
era freemason..?? ya memang berlaku dimalaysia..dengan bertopengkan umno,mereka menyusup meneruskan agenda penjajah sejak 1957 lagi..
doa kami utk DSAI x akan pernah luntur. perjuangan kami menentang pemimpin zalim tak akan terpadam. ya Allah, berikanlah DSAI dan keluarganya kekuatan, ketabahan dlm mengharungi konspirasi fitnah ke-2 ini. amin..
Ada kaitan Freemason dengan CIFU ?Perkara baru …insyaallah saya akan cuba cari maklumat.