Saturday, 31 March 2012

Dialog Profesional Muda Bersama DSAI

Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor hari ini menganjurkan program dialog antara profesional Muda bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua pembangkang Parlimen yang juga merupakan penasihat ekonomi negeri selangor.
 
Program yang menghimpunkan lebih kurang 110 orang profesional muda ini bermatlamat membuka peluang kepada mereka untuk bertanyakan apa juga soalan secara langsung kepada bekas timbalan perdana menteri yang juga menteri kewangan selama 8 tahun itu.

Beberapa soalan berkaitan isu semasa ditanyakan dalam program berkenaan, antaranya isu yang berkaitan dengan ekonomi, sosial, pendidikan dan banyak isu rakyat yang mahu diketahui oelh rakyat.

Program seperti ini sepatutnya diambik peluang oleh golongan muda, kita sebagai anak muda tidak seharusnya berfikir tentang kerjaya, berhibur saja, program peningkatan minda seperti ini seharusnya menjadi salah satu aktiviti yang menjadi kemestian bagi anak muda.

Program wacana minda ini merupakan platform terbaik bagi anak muda yang bakal memacu pembangunan negara.

0 comments:

Post a Comment