Tuesday, 6 March 2012

Program #MeetAnwar Siri ke-5: Cepat Sebelum Terlambat, Daftar Sekarang

KUALA LUMPUR 5 Mac: Kelab Anwar Ibrahim (AIC) menganjurkan satu pertemuan santai bersama Datuk Seri Anwar dengan NGO dan orang awam, bagi membincangkan isu melibatkan pentadbiran negara.

Menurut Presidennya, Saifuddin Shafi Muhamad, AIC mengundang Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi berkongsi pandangan dan pengalaman beliau, dalam pertemuan itu.

Program itu, yang kali ke lima dianjurkan AIC, bakal diadakan di Hotel De Palma, Ampang Selangor pada pukul 3 petang hingga 6 petang, pada 10 Mac ini.

Selain Anwar, ia turut menjemput Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai sebagai panel bersama.

Menurut Saifuddin, pertemuan itu diadakan kerana menyedari keperluan dalam mengisi minda dan pemahaman golongan muda dalam setiap isu membabitkan kenegaraan.

“Maka adalah amat penting golongan orang awam ini, terutama anak muda yang tidak sering terdedah dengan ucapan-ucapan khusus tentang isu anak muda, kemasyarakatan dan negara untuk dianjak paradigma mereka menuju ke arah pemikiran yang lebih terbuka dan rasional,” kata beliau.

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung program berkenaan boleh menghubungi Setiausaha AIC, Mazli di talian 012 3981016 atau Sila klik sini



0 comments:

Post a Comment