Friday, 6 April 2012

Dialog Serantau: ASEAN Dalam Dinamika Perubahan - Bicara Dua Tokoh Rantau Asean Terkemuka



Satu dialog bersama tokoh cendekiawan yang didatangkan khas dari Indonesia akan berlangsung pada 6 April 2012 pada pukul 9.00 pagi bertempat di Dewan Annexe, Bangunan SUK Selangor Darul Ehsan.


Tokoh yang dimaksudkan ini adalah Bapak Adi Sasono, Mantan Presiden Ikatan Cendekiawan Muslim Indonesia (ICMI) dan juga Mantan Menteri Koperasi & Usahawan Kecil Menengah Indonesia ketika zaman Reformasi. Turut hadir adalah Dato Seri Anwar Ibrahim, Penasihat Ekonomi Negeri Selangor dan Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Tajuk dialog itu adalah "Dialog Serantau: ASEAN Dalam Dinamika Perubahan" akan mengupas isu Asean secara lebih jelas serta melihat sejauh mana perkembangan Asean mampu mempengaruhi perubahan negara-negara dalam kelompoknya seterusnya memberi kesan kepada blok benua yang lain.

Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan berbesar hati menjemput semua untuk hadir dan jamuan ringan disediakan untuk para peserta. Penyertaan adalah percuma.


0 comments:

Post a Comment