Sunday, 8 April 2012

Mahasiswa, Bangkitlah Untuk Hak Anda

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mensasarkan 5000 mahasiswa dan ‘mangsa’ hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan turun berhimpun menuntut pemansuhan pinjaman itu bulan depan.

Perhimpunan itu akan diadakan pada 14 April ini di Dataran Merdeka bermula jam 2 petang, lapor Malaysiakini.

Perkara itu diumumkan Pengerusi SMM Muhamad Safwan Anang dalam sidang medianya di Kuala Lumpur pagi ini.


Ia simbolik kepada kerajaan, bahawa mereka tidak lagi dipercayai, untuk membawa agenda pendidikan percuma dan mansuhkan PTPTN,” katanya.

Turut hadir dalam sidang media itu wakil Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Muhammad Afiq Asyraf, penggerak “Kelab Mangsa PTPTN” bawah Parti Sosialis Malaysia (PSM) Mandeep Singh dan Setiausaha Agung Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia, Mohammad Hafizudin Abdul Mukti.

Sementara itu, Mohamad Hafizudin berkata perhimpunan itu juga bagi menuntut kerajaan memberikan pendidikan percuma kepada rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama, bermula tadika sehingga PhD.

Katanya saban tahun, semakin ramai graduan menganggur dan dibebani hutang akibat pinjaman dan faedah yang ditetapkan PTPTN.

“Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan hasil kutipan cukai dan hasil sumber ekonomi yang kain seperti petroleum, balak dan sebagainya.

Melalui hasil cukai sahaja, rakyat berhak mendapat pendidikan percuma daripada peringkat tadika hinggalah PhD,” katanya sambil menambah ia tidak mustahil dilakukan seperti diamalkan beberapa negara.

Hafizudin mendakwa kerajaan terlalu boros berbelanja atas keperluan lain yang sia-sia termasuk dakwaan rasuah yang berleluasa sehingga menyebabkan negara rugi dan menanggung hutang berbillion ringgit.

0 comments:

Post a Comment