Monday, 9 April 2012

Runding Cara: "PTPTN dan Masa Depan Pembiayaan Pendidikan Tinggi"



Dengan segala hormatnya Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor menjemput semua masyarakat, mahasiswa dan aktivis pelajar ke program Runding Cara: "PTPTN dan Masa Depan Pembiayaan Pendidikan Tinggi" yang khusus akan membicarakan tentang kajian pinjaman PTPTN.

Program akan diadakan pada 10 April 2012 bermula pada pukul 8.00 malam sehingga 10.30 malam bertempat di Ballroom, Quality Hotel, Shah Alam.


Ketua Eksekutif Sdr Rafizi Ramli akan membentangkan kajian awal mengenai kedudukan PTPTN dan beberapa model pembiayaan pendidikan tinggi yang akan dibincangkan dengan pimpinan siswa, aktivis pelajar dan orang ramai.

Sesi ini terbuka kepada orang ramai yang akan turut disertai oleh YB Nurul Izzah, YB Amiruddin, YB Nik Nazmi dan YB Sim Tze Tzin serta pimpinan muda dari kalangan wakil rakyat di Selangor.

Satu sidang media akan diadakan sebelum rundingcara bermula. Kehadiran saudara/saudari adalah sangat dialu-alukan.


Sekian, terima kasih.



PEJABAT PENASIHAT EKONOMI NEGERI SELANGOR

0 comments:

Post a Comment