Wednesday, 2 May 2012

Akademi Pak Sako Anjur Forum Pasca Bersih esok

Satu Forum Pasca BERSIH 3.0 akan diadakan esok pada 03 mei 2012 pada jam 830 malam di Dewan himpunan Cina Kuala Lumpur.


Antara panel yang akan bersama dalam forum tersebut antara lain ialah Saudara Hishamuddin Rais, ahli jawatankuasa pemandu BERSIH dan juga seorang blogger terkenal.

Antara lain yang akan turut serta ialah Dr Aziz Bari, seorang bekas pensyarah  yang juga adalah seorang pakar perlembagaan serta tokoh Akademik terkenal di negara ini.

Saudara Haziq Abd Aziz pula akan memberikan pandangan mewakili mahasiswa, terlibat secara langsung dalam tuntutan mahasiswa sebelum ini, beliau adalah antara mahasiswa yang berkhemah di dataran bagi menuntut pemansuhan PTPTN.

Sementara itu Saudara Fathi Aris Omar akan turut serta, beliau adalah editor Malaysiakini, akan memberi pandangan tentang "media Blackout" dari sudut perspektif seorang pengamal media.

Forum ini dibawakan kepada anda oleh akademi Pak Sako

Jadi apa tunggu lagi, anda dijemput beramai-ramai ke Dewan himpunan cina Kuala Lumpur, esok malam untuk sama-sama menilai apa yang terjadi pada Himpunan BERSIH yang lalu, jadikan forum ini sebagai salah satu kemestian, kerana kita perlu menjadi rakyat yang berfikir, bukan rakyat yang dibodoh-bodohkan oleh pemerintah yang sedang rakus mengaut kekayaan.

0 comments:

Post a Comment