Tuesday, 22 May 2012

Kenyataan Media : AIC Sambut Baik Tindakan Bekas Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden membela Dato Seri Anwar Ibrahim


Kenyataan Media : AIC Sambut Baik Tindakan Bekas Peguam Cara Negara II 
Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden membela Dato Seri Anwar Ibrahim
Kenyataan Media Untuk Hebahan Segera
22 Mei 2012
Kelab Anwar Ibrahim (AIC) menyambut baik tindakan bekas Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden yang hadir membela Dato Seri Anwar Ibrahim yang didakwa dibawah Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) dan boleh dihukum dibawah Seksyen 4(3)Akta yang sama kerana menyertai perhimpunan BERSIH 3.0. 
AIC melihat perkembangan itu sebagai sesuatu yang positif kepada segala macam tindakan politik termasuk penggunaan mahkamah,  untuk menanam rasa gentar kepada Pakatan Rakyat yang dilihat semakin menerima sokongan padu rakyat Malaysia secara keseluruhannya. 

AIC yakin penglibatan rasmi Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dalam barisan peguam pembelaan dalam kes ini sebagai isyarat jelas penolakan terhadap segala fitnah terancang dan konspirasi politik yang cuba dikenakan ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim khasnya dan pimpinan Pakatan Rakyat amnya.
Kebanyakkan penjawat awam yang diarahkan melakukan tugas-tugas politik mungkin telah mula bosan dan mual dengan permainan kotor dan membantutkan segala perancangan asal mereka untuk melaksanakan dasar dan visi jabatan yang harus dicapai. 
Maka penyertaan Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden walaupun tidak bersifat politik seperti penyertaan bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari  ke dalam PAS , dilihat sudah cukup sebagai isyarat penolakkan yang harus bijak dibaca oleh regim Najib Razak. Pasti ramai lagi yang sedang menunggu masa untuk mengikut jejak langkah pegawai-pegawai kanan kerajaan ini. 
Selain itu, AIC ingin membangkitkan persoalan samada Dato Seri Najib Razak akan berani menghadapi sebarang pertuduhan rasuah melibatkan Scorpene SSK di Mahkamah Perancis sekiranya beliau dipanggil sebagai saksi dalam pendakwaan itu kelak. Keangguhan beliau menggunakan mahkamah sebagai ‘perisai’ Umno Barisan Nasional harus dibuktikan setimpal dengan keberanian untuk hadir di Mahkamah Perancis.
Anak-anak muda telah melihat keberanian Dato Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan Pakatan Rakyat untuk menghadapi sebarang pertuduhan dan konspirasi ke atas diri mereka, oleh itu jelas rakyat menunggu untuk melihat Dato Seri Najib bersedia dan cukup berani untuk hadir ke mahkamah Perancis. 
Justeru, AIC menyeru Dato Seri Najib Razak memberhentikan tindakan politik kotor di dalam negara dan menghadapi realiti sebenar pertuduhan di mahkamah Perancis. Menjadi tanggungjawab Perdana Menteri Malaysia ini untuk bukan sahaja membersihkan namanya, tetapi menjadi kewajipan beliau membersihkan nama baik Malaysia yang terpalit demi masa depan yang lebih baik.
GENERASI PENGGERAK ZAMAN
Saifuddin Shafi Muhammad
Presiden
Anwar Ibrahim Club
Malaysia

0 comments:

Post a Comment