Thursday, 10 May 2012

Kenyataan Media AIC: Sokongan Demo Anti Tol, Jangan Perah Titik Peluh Rakyat


Kenyataan Media Untuk Hebahan Segera
Anwar Ibrahim Club
10 Mei 2012



Kelab Anwar Ibrahim (AIC) memberikan dokongan penuh terhadap usaha Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor yang ingin mengadakan Demo Pemansuhan Tol bagi laluan yang menghubungkan Klang, Shah Alam dan Kuala Lumpur dan melibatkan kutipan tol di Plaza Tol Batu Tiga dan Plaza Tol Sungai Rasau.
Selepas hampir 20 tahun beroperasi, kadar kutipan tol di kedua-dua plaza tol ini telah mencecah hampir dua kali ganda  dan kebenaran mengutip tol yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada pihak Plus
adalah sehingga tahun 2018.
Ini bermakna ratusan ribu rakyat terpaksa menanggung beban berterusan selama lebih kurang enam (6) tahun lagi dan ini berlawanan dengan tanggungjawab sebenar kerajaan untuk menyediakan prasarana percuma dan berkualiti kepada rakyat. 
AIC mempersoalkan adakah kerajaan berniat untuk berniaga dan mengaut keuntungan dari rakyat? Ini ternyata apabila rakyat Malaysia bukan sahaja terbeban dengan cukai pembelian kereta, cukai jalan saban tahun tetapi juga terpaksa membayar tol terutamanya di laluan ini yang boleh mencecah RM 4.20 pergi balik.  
Justeru, AIC akan bersama-sama AMK Selangor dan rakyat terbanyak untuk satu demonstrasi aman pada 13 Mei 2012 bagi menuntut pemansuhan dan penutupan kedua-dua tol ini.
Ini adalah satu usaha yang baik dengan mengambil kira kebajikan dan keperluan rakyat dan memberi satu peringatan kepada kerajaan Umno Barisan Nasional bahawa AMK Selangor dan NGO tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk penindasan dan 'perniagaan' atas titik peluh rakyat
Generasi Penggerak Zaman
Saifuddin Shafi Muhammad
Presiden
Anwar Ibrahim Club
Malaysia

0 comments:

Post a Comment