Tuesday, 29 May 2012

Kenyataan Media: PEMBUNUHAN DI SYRIA, MALAYSIA PERLU KE HADAPAN

KENYATAAN MEDIA AIC
PEMBUNUHAN DI SYRIA, MALAYSIA PERLU KE HADAPAN


Kelab Anwar Ibrahim (AIC) Ingin menarik perhatian semua pihak mengenai perkembangan terbaru yang berlaku di Syria, Tragedi kemanusiaan terburuk angkara Rejim Bashar Al-Assad. Disamping Liga Arab & Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) menganjurkan gencatan senjata, berlaku serangan terbaru di Wilayah Houla, seramai 108 orang dilaporkan terbunuh, seramai 49 adalah kanak-kanak dan 34 wanita.

Kejadian Ini hampir sekali mirip tragedi “Sebrenica Massacre” yang berlaku di Bosnia yang diaggap tragedi paling hitam sejak pembunuhan pada Perang Dunia Ke-2.

Majlis Keselamatan PBB sebulat suara mengutuk penggunaan kereta kebal dan meriam dalam satu serangan tentera Syria di bandar Houla. Angka kematian akibat kebangkitan penduduk Syria menentang pemerintahan Presiden Bashar Al-Assad sejak tahun lalu dilaporkan mencecah lebih 12,000 orang.

AIC menyeru ahli-ahli politik Malaysia, di samping kesibukan merancang percaturan masing-masing menghadapi Pilihanraya Umun,adalah lebih mendesak untuk menyatakan pendirian di peringkat antarabangsa terhadap tragedi buruk ini. Badan-badan politik khususnya Sayap Pemuda Jangan hanya melihat isu Palestin-Israel sahaja yang perlu melompat untuk dilaungkan.

AIC juga menyeru masyarakat awam agar lebih mengambil inisiatif menyedarkan kenalan mereka untuk membawa isu ini lebih ke hadapan, Sesungguhnya tiada tempat bagi Rejim yang zalim membunuh rakyatnya di dalam tamadun kita.

HASANI MOHAMED
Koordinator Media
Kelab Anwar Ibrahim (AIC)

0 comments:

Post a Comment