Wednesday, 23 May 2012

Persamaan Anwar, Ghandi dan Mandela

Anwar Ibrahim, apakah ada rakyat Malaysia yang sudah pandai hafal sifir sembilan tidak mengenali beliau?, sudah tentu jawapannya tidak kerana Anwar Ibrahim bukan setakat terkenal di malaysia tapi boleh kira hampir satu Dunia mengenali beliau (tolak kawasan pendalaman amazon dan kawasan yang tiada sambungan Internet).

Anwar Ibrahim ini nama besar dalam dunia, bolehlah diletak sebaris dengan Matma ghandi, dengan Nelson Mandela, kerana Anwar juga pernah merasa merengkok dalam penjara kerana melawan ketidakadilan oleh pemerintah.

"tukanglawan" tidak bercadang mengulas artikel ini dengan cara yang terlalu sukar, bukankah lebih elok jika penceritaan itu ringkas tetapi jelas, jadi kita gunakan perbandingan mudah dan terus tuju kepada penjelasan.

Begini, Jika kita lihat perjalanan hidup Ghandi, bukankah Ghandi menempuh perjalanan sukar, merengkok dalam penjara kerana menentang dasar penjajah british, sama seperti apa yang Anwar lakukan sekarang, Anwar menentang dasar kerajaan yang menyisihkan kepentingan rakyat.

Ghandi berjuang tuntut kemerdekaan kerana tidak sanggup rakyatnya diperlaku buruk oleh penjajah, Anwar berjuang kerana juga tidak mahu rakyat terus diperbodohkan oleh Umno BN.

Nelson Mandela pula pernah dulu bangun kerana menentang penindasan terhadap masyarakat kulit hitam di afrika selatan, apakah itu tidak sama seperti apa yang dibawakan Anwar lakukan sekarang?, Kerana bagi Anwar, melayu , Cina dan India itu anaknya, dan setelah dasar apartheid dihapuskan, bukankah Afrika selatan mampu hidup lebih harmoni dan tiada syak wasangka antara satu sama lain.

Sama keadaannya dengan malaysia. Umno itu bolehlah kita anggap melaksana dasar Apartheid kerana sibuk berjuang untuk melayu sahaja (Bukan berjuang tapi sebenarnya memperbodoh melayu) umno juga berpura-pura buat kerjasama dengan MCA dan MIC tapi menyisihkan bangsa lain.( baca sini)

Hal itu tidak pula berlaku pakatan rakyat, beza warna kulit itu memang sudah tidak wujud lagi, Hitam, putih langsat atau sawo matang mereka kini sudah mampu duduk semeja. isu antara kaum, Pemahaman budaya dan beza Agama semakin tidak lagi asing antara satu sama lain.

Jesteru sudah tiada lagi perbezaan warna kulit, sudah lebih faham berkenaan budaya dan sensitiviti agama dan bangsa lain, hubungan dalam Pakatan rakyat itu lebih erat, semangat setiakawan dan saling menghormati hidup subur sekali, itu berbeza dengan umno yang masih mahu hunus keris dalam zaman nuklear ini, umno makin jumut dan ketinggalan zaman, umno sampai kiamat masih tidak mahu terima bangsa lain.

Anwar susuk yang selalu jadi serangan Umno, berjaya menyatukan pelbagai bangsa dan fahaman agama atas satu meja. Anwar juga berkemampuan selesai isu berbangkit dengan sangat berkesan dan mapuh. apakah perdana menteri Malaysia berkemampuan lakukan itu?, apakah Mahathir mampu?, apakah paklah mampu dan apakah najib mampu lakukan itu?, "tukanglawan tidak lihat mereka mampu.

Najib jika dia mampu, sudah pasti kaum tionghua tidak nekad menolak BN,

Kerana kemampuan Anwar itulah, perdana menteri Malaysia punya"tugasan utama". 

Apa "tugasan utama" perdana menteri Malaysia?, tugasan utama mereka ialah menjatuhkan Anwar dengan apa cara sekali pun, kerana mereka sedar jika umno tumbang, umno sudah tidak akan mampu bangun kembali.

Kenapa "tukanglawan" kaitkan Anwar, Ghandi dan Mandela?, 

Kerana mereka ini pejuang hebat, dalam perjuangan mereka kepentingan rakyat adalah perkara utama.

Mereka ini pernah dipenjarakan namun akhirnya bangkit dan jadi wira negara, mereka tidak hanya lahir dan jadi pemimpin untuk mengisi kekosongan jawatan, ereka menjadi pemimpin hebat kerana kemampuan mereka, kerana idealisme mereka.

Mereka pilih menempuh perjalanan sukar, dipenjara dan terus berjuang melawan rejim yang menekan rakyat.

0 comments:

Post a Comment