Friday, 29 June 2012

Jerman Tersungkur, Italia Mara Ke Akhir

Itali mengejutkan naib juara Euro 2008 Jerman, apabila menewaskan negara yang terkenal dengan tembok Berlin itu, 2-1, dalam perlawanan separuh akhir di Stadium Warsaw, awal pagi ini.

Kedua-dua gol tunggal Itali dijaringkan oleh pemain penyerang sensasi Mario Balotelli pada minit ke-20 dan ke-36.

Gol pertama Itali dijaringkan melalui tandukan hasil hantaran lintang penyerang Antonio Cassano dari arah kanan pintu gol Jerman.

Manakala gol kedua Itali, berpunca dari hantaran jauh oleh Riccardo Montolivo, menyebabkan Mario terlepas daripada perangkap offside, terus membawa bola sebelum melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Jerman Manuel Neuer.

Sementara gol Jerman dijaringkan oleh pemain tengah Mesut Ozil pada masa kecederaan separuh masa kedua (minit ke-92) melalui sepakan penalti selepas bola terkena tangan pemain pertahanan Itali.

Dengan kemenangan tersebut, Itali 'The Azzuri' akan bertemu dengan Sepanyol 'La Roja' dalam perlawanan akhir pada 2 Julai nanti.

Sebelum ini, kedua-dua pasukan bertemu di peringkat kumpulan, dan perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Dalam perlawanan penuh dramatik awal pagi ini, kedua-dua pasukan menyajikan serangan balas tanpa henti dengan kawalan bola dan taktikal teratur serta percubaan yang menarik sejak wisel permulaan dibunyikan.

0 comments:

Post a Comment