Friday, 22 June 2012

Keputusan Euro 2012, Portugal menang , Czech Putih Mata

Portugal menang tipis 1-0 menewaskan Republik Czech dalam perlawanan suku akhir pertama Euro 2012 di Stadium National, Warsaw awal pagi ini.

Dengan kemenangan tersebut, Portugal layak ke separuh akhir dan bakal berdepan dua pasukan gergasi Eropah sama ada Sepanyol atau Perancis yang mana nasib mereka akan ditentukan pada perlawanan suku akhir ketiga pada 24 Jun ini.

Gol tunggal kemenangan Portugal dijaringkan oleh penyerang sensasi mereka Cristiano Ronaldo pada minit ke-79.

Gol jaringan Ronaldo berpunca daripada hantaran lintang rakannya Joao Moutinho dari arah kiri pintu gol Republik Czech, sebelum penyerang itu menanduk  bola ke gawang yang dikawal oleh Petr Cech.Serangan dan 'set-pieces' Portugal - yang dibimbing oleh jurulatih Paulo Bento - tidak putus-putus mengkucar-kacirkan pertahanan Republik Czech sejak awal permainan separuh masa pertama lagi.

Hantaran silang, sepakan percuma, tandukan dan 'counter attack' yang digerakkan antaranya oleh dua pemain sensasi Portugal - Cristiano Ronaldo dan Nani - juga membuatkan penjaga gol Republik Czech Petr Cech bekerja keras menangkis serangan Portugal.

Manakala jentera Republik Czech pula dilihat pincang tanpa kelibat 'playmaker' Tomas Rosicky yang dibelenggu kecederaan, menyebabkan jentera tengah gagal mencipta banyak peluang dan ruang untuk jentera serangan merobek gol Portugal.

Malang bagi Republik Czech selepas menunjukkan prestasi cemerlang dalam peringkat kumpulan A dengan menewaskan Greece dan Poland.

Ini kerana gawang mereka diasak dari segenap posisi dan penjuru padang oleh Portugal.

0 comments:

Post a Comment