Thursday, 28 June 2012

Program Forum Oleh Akademi Pak Sako Malam Ini



Malam ini bertempat di Dewan Himpunan Cina, akan diadakan satu forum anjuran Akademi Pak Sako dengan tajuk "Artis Berpolitik, Sekadar Glamor Atau Prinsip" pada jam 8.30 malam.

Antara Panelis pada malam ini adalah Saudara Zad Zaidi, iaitu presiden SENIMAN. Saudara Hasmi Hashim yang merupakan Penulis lirik lagu Awan Nano dan Aktivis PAS iaitu Saudara  Hairie Othman yang sebelum ini dipertanggungjawabkan memegang watak Utama dalam filem "letfenan Adnan.

Forum yang julungkalinya diadalan ini antara lainnya akan merungkai persolan mengapa artis sudah mula berani untuk menyatakan pendirian politik mereka kepada umum, apakah hanya kerana mahu  menjadi lebih glamor atau sememangnya mahu menyatakan prinsip perjuangan yang mereka fahami.

Jadi buat anda yang berkesempatan, sila lah luangkan sedikit masa anda untuk turut serta dalam proogram forum pada Malam ini.

0 comments:

Post a Comment