Wednesday, 27 June 2012

Program Meet Anwar Perak 23 jun 2012

Pada 23 jun yang lepas kelab Anwar Ibrahim ( AIC ) telah mengadakan program dialog anak muda bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, bertempat di HillCity Hotel Ipoh Perak.

Program ini mencipta sejarah kerana buat pertama kali nya program seumpana ini diadakan diluar lembah kelang, tambahan lagi program itu sendiri telah dirancang dan diaturkan oleh AIC negeri perak sendiri.

Pada program berkenaan, seramai lebih kurang 200 lebih orang peserta yang kebanyakkannya terdiri dari pelajar institusi pengajian tinggi sekitar Ipoh telah hadir dan beramah mesra dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Juga pada program tersebut Saudari Siti Aishah Shaik Ismail yang merupakan Ketua Serikandi PKR telah hadir sebagai Panelis disamping Saudara Rafizi Ramli iaitu seorang anak muda yang sedang kini menjadi perhatian kerana kehebatannya berdebat baru-baru ini.

Tahniah sekali lagi kepada AIC Perak dan rakan-rakan AIC yang menjayakan program ini, AIC selepas ini akan meneruskan jelajah mereka ke Kedah dan Pulau Pinang sebelum melebarkan aktiviti ke seluruh negara.

Dibawah adalah sedikit sedutan video pada program lepas.






















0 comments:

Post a Comment