Monday, 9 July 2012

Abaya Party Episod 1

Pada Ahad lepas, 08-07-2012 yang lalu, Bidadari Islam dengan kerjasama AIC Malaysia dan Bin Nurdin Cafe telah berjaya menganjurkan Abaya Party Episod 1.

Program yang bermula lebih kurang jam 3.30 petang itu dianggap sangat berjaya dan sangat memberangsangkan, ini kerana dalam tempoh yang sangat suntuk acara tersebut berjaya menarik kehadiran sekitar 20 orang lebih golongan wanita dari pelbagai peringkat usia, untuk sama-sama berkumpul, berdiskusi dan bertukar-tukar pendapat dalam acara serderhana namun meriah itu.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Bidadariislam.blogspot kerana berjaya menganjurkan acara ini, dan jutaan terima kasih kepada kepada Bin Nurdin kerana memberikan ruang untuk program ini dijalankan di premis mereka, diharapkan program ini dapat dilanjutkan pada masa akan datang.

Sedikit gambar pada acara tersebut.
















1 comments:

Mohd Fuadirriza said...

Alhamdulilah, sesuatu yang bagus dan diteruskan pada masa akan datang. pendekatan dan program ilmiah bergini memberi kematangan dalam membicarakan tentang Islam serta wanita..
good job

Post a Comment