Friday, 6 July 2012

Parti Abaya Oleh Bidadari Islam dan AIC dan Bin Nurdin

Pada 8 julai ini, buat julung kalinya, satu acara Abaya Parti akan diadakan di Bin Nurdin cafe and boutique , Seksyen 15 Shah Alam Selangor, bermula dari jam 3.30 petang hingga jam 5.30 petang.

Acara yang diadakan dengan kerjasama bidadari Islam.blogspot.com dan AIC  dan Cafe Bin Nurdin itu antara lain akan mengumpulkan muslimah-muslimah islam untuk bertemu dan berdiskusi tentang banyak hal antaranya yang berkaitan dengan soal kehidupan dan Islam.

Lebih menarik, Ustazah Raudatul Firdaus dari falkulti Kuliah Quran, Sunnah dan Ilmu Wahyu, IIUM dijemput sebagai moderator dalam acara tersebut.

Bin Nurdin cafe dan Boutiqe dengan sukacitanya mengumumkan bahawa pihak Bin Nurdin dengan besar hati menawarkan potongan sebanyak 30% ke atas barangan mereka khas buat sisters yang akan menyertai Abaya Party ini. Banyak koleksi pakaian muslimah, telekung dan tudung di jual di sana. Di samping itu juga ada barangan keperluan lengkap ke haji dan umrah serta buku-buku dan cd agama.

Jadi, AIC, bagi pihak Bidadari Islam. blogspot dan Bin Nurdin mengalu-alukan kehadiran anda yang berkelapangan.

Diharap acara seumpana ini akan memberi manafaat dan dapat dilanjutkan dalam masa-masa akan datang.


Sila klik sini untuk info lebih lanjut berkenaan  Abaya Party Chapter 1

0 comments:

Post a Comment