Wednesday, 15 August 2012

Install Android di netbook

Tutorial hari ini bertajuk - Android for netbook. bulan lepas, gua dah berjaya install Android version 4.0.3 - Ice Cream Sandwich pada netbook Toshiba NB200 (standard spec). kejayaan ini telah menyebabkan gua dihujani soalan 'how to' daripada kawan dekat dan kawan facebook. disebabkan menjelang raya ni gua sibuk dan malas nak menjawab bermacam soalan, maka gua kongsikan cara nak install android untuk netbook di sini.

*gua tak bertanggungjawab kalau ada perkara yang tidak diingini berlaku ketika cubaan meng-install android pada netbook atau laptop korang. gua sendiri pun ikut tutorial yang gua google dari internet. harap maklum.

ok, berikut antara peralatan yang diperlukan :
1. netbook atau laptop
2. pendrive 2GB sebagai USB installer
3. SD card 4GB (sebab gua tak install dekat hard disk, nak install dekat hard disk pun boleh)
4. internet (untuk download Androidx86 dan untuk bertanya google)

gua pakai SD card free gift masa beli kamera dulu. sticker android tu beli dekat ebay
pertama sekali, sila masuk ke [www.android-x86.org] dan pilih android version berapa yang nak di-install dan laptop model apa yang korang pakai. sebagai contoh gambar dibawah, walaupun netbook gua (Toshiba NB200) tidak tersenarai, gua gamble download model ASUS eeepc punya sebab spec hardware dia lebih kurang sama. nak tau spec ngam atau tidak, itu kena tanya google. klik pada tulisan 'view', dan terus download.


siap download, jadikan pendrive sebagai bootable usb drive. kalau belum ada usb installer, boleh gunakan unetbootin atau universal usb installer. rujuk gambar bawah sebagai contoh.



lepas siap bootable usb drive, hidupkan netbook/laptop dan terus boot dari USB. netbook gua kena tekan F12 untuk masuk ke boot menu. netbook/laptop lain, mungkin lain caranya.


ok, lepas berjaya boot dari usb, boleh terus install Android. boleh ikut cara gua di bawah (rujuk gambar) atau boleh rujuk sifu lain di SINI atau SINI. kalau tak berjaya juga, boleh google sendiri atau tanya di mana mana forum yang aktif membincangkan topik android for netbook.









lepas siap proses install Android, cabut pendrive, restart netbook dan masuk semula ke boot menu. dalam kes gua, disebabkan gua install dekat SD card, jadi gua kena boot dari SD card untuk masuk ke Android ICS.




abaikan je warning ni sebab gua pakai Toshiba, bukan ASUS. so far takde masalah.


kalau dah keluar tulisan Android tu, maknanya syukur alhamdulillah. teruskan dengan setup sampai siap.

berjaya!

boleh tengok dekat setting

pastikan wifi function. android tanpa internet ibarat kereta tanpa minyak.

kalau semua dah ok. boleh la download dan install apps, games dan sebagainya. tapi tak semua app compatible dengan Android netbook ni. benda free tak payah la nak demand macam macam.

live wallpaper! cuma gerakkan mouse middle button untuk pergi ke slide sebelah. nak tekan+tarik ke kiri/kanan pun boleh tapi leceh sikit. pakai touchpad pun boleh kalau suka.

widget pun berfungsi dengan baik

nak update status facebook pakai keyboard boleh, nak klik pakai mouse pun boleh, nak touchscreen je tak boleh :)

semua dah ok, apa lagi, drag racing online laa!

kalau jumpa dengan racer bernama TapahMali, sila bagi laluan. kah kah kah!

sekian, semoga berjaya.


Kredit Blog Semut dan Papan kekunci

1 comments:

connectingbharat.com said...

Thanks for telling how to install android because I am facing many problems.

Post a Comment