Tuesday, 25 September 2012

Kejohanan Bowling, AIC Gagal Ke Peringkat Akhir.


22 September lalu telah berlangsung pertandingan boling anjuran Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Lanjan yang diwakili Elizabeth Wong, dengan anjuran bersama Kelab Anwar Ibrahim (AIC), Kumpulan Pemikir Muda (GPM) dan  Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Petaling Jaya Utara dan Parlimen Subang.

Pertandingan bermula jam 3 petang dan berakhir kira-kira jam 7 petang di Pusat Boling The Curve, Damansara itu berlangsung dalam suasana penuh meriah.

Sebanyak empat puluh lapan pasukan telah mengambil bahagian dan hanya 24 pasukan berjaya mara ke peringkat akhir.

Walaubagaimana pun, kumpulan yang disertai oleh ahli AIC gagal untuk mara ke peringkat akhir.

Selain Elizabeth, Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasah turut hadir memberi sokongan dan menyertai pertandingan.

0 comments:

Post a Comment