ASET YANG BERNILAI:
Mahasiswa merupakan aset pelaburan jangka pajang yang cukup bernilai
bagi sesebuah negara. Merekalah golongan berpendidikan yang akan
menyumbang banyak kepada pembangunan negara. Bagaimana golongan yang
dikatakan berpendidikan ini mampu memberikan hasil yang terbaik kepada
negara sedangkan isu-isu semasa dan pengetahuan am berkaitan politik ini
disorokkan dari mereka? Adakah wajar kita membiarkan mereka mengadap
buku 24 jam semata mata tanpa mengetahui apa pun yang berlaku di
sekeliling mereka?
MASA LAPANG: Mustahil
kalau kita ingin mengatakan semua mahasiswa yang tidak ambil tahu
berkenaan politik menghadap buku 24 jam. Habis, ke mana masa mereka
disalurkan? ada yang bergiat dalam aktiviti mahasiswa, aktiviti
kemasyarakatan dan sebagainya, namun perlu diingat, berapa ramai yang
menghabiskan masa mereka dengan bermain game, tengok bola, gossip pasal
artis, ber ‘facebook’ dan ‘chat’ sehingga pukul 3 pagi, saya tidak
mengatakan itu perkara yang salah dan tidak salah kalau sekadar ingin
melepaskan tension. Namun seandainya mereka mempunyai masa lapang untuk
dihabiskan kedalam aktiviti tersebut, salahkah ada yang meluangkan masa
untuk mengikuti perkembangan politik diluar?
POLITIK KAMPUS: Hampir
semua IPT mempunyai proses pemilihan pemimpin pelajarnya yang
tersendiri, kalau politik kampus boleh diiktiraf oleh HEP sesebuah IPT
demi mendidik pelajar berkepimpinan dan cakna masalah mahasiswa, kenapa
perlu dikekang penyabitan mereka dengan isu politik semasa? alih-alih,
isu politik semasa jugalah yang akan mempengaruhi kehidupan mahasiswa
didalam kampus, baik secara langusng atau tidak langsung.
FANATISM: Saya tidak
menolak, wujudnya golongan fanatik yang dengan jelas memihak kepada
parti politik tertentu. Golongan fanatik yang menolak pandangan dan
pendapat pihak lain sememangnya harus ditolak, tidak wajar sekiranya
mahasiswa berfikir dari satu perspektif sahaja sedangkan apa yang perlu
kita fikirkan ialah berkenaan rasionaliti sesuatu isu yang dibangkitkan.
Pembangkang atau kerajaan, mana-mana mahasiswa bebas memilih pihak yang
mereka mahukan. Jadi apa yang membezakan siapa yang ditunggang dan
siapa yang tidak? Ianya adalah berkenaan kebolehan berfikir secara
rasional atau tidak terhadap sesuatu isu.
PERPECAHAN MAHASISWA:
Kita secara umumnya akan sentiasa berbeza pendapat,meskipun dalam
kumpulan yang sama, dan disinilah perlunya perbahasan secara ilmiah atas
dasar rasional perlu dilaksanakan. Tidak wajar diwujudkan kebencian
terhadap golongan tertentu hanya kerana mereka bereza pandangan dan
pendirian. Disinilah kita perlu melihat kepada titik persefahaman dan
toleransi. Jangan sibuk mencari siapa salah dan siapa yang betul, jalan
penyelesaiannya cukup mudah, apa yang baik kita terima, apa yang tidak
kita tolak.
STUDY DULU: “study dulu,
pastu barulah berpolitik”. Tak dinafikan, study sememangnya tuntutan
paling utama bagi seorang mahasiswa, namun persoalan yang saya ingin
tanyakan, apakah fungis sebenar IPT? Melahirkan sebuah mesin yang
produktif atau graduan yang berguna? Terlalu banyak ilmu yang boleh
dipelajari tanpa perlu mengikuti silibus sesebuah pelajaran, dan PNGK
bukanlah penentu kebijaksanaan dan kematangan seorang graduan. Nilai
ilmu itu sendiri terlalu tinggi dan tidak akan mampu terungkap walaupun
dengan pangkat PhD. Sangat rugi sekiranya seseorang mahasiswa
menggunakan alasan study untuk tidak ambil cakna isu-isu politik.
Tulisan Dikirim oleh,
Mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Induk
0 comments:
Post a Comment