Thursday, 13 September 2012

Meet Anwar Siri 7 akan ke Borneo



Program Meet Anwar atau Dialog anak muda Bersama Dato'Seri Anwar Ibrahim adalah aktiviti penting yang diadakan oleh AIC (AnwarIbrahim Club), Sepanjang penubuhannya telah 6 kali program ini diadakan bagi memberi ruang anak muda bertemu dan berinteraksi dengan Dato Seri Anwar Ibrahim.

Buat pertama kalinya pada edisi ke 6 di Ipoh perak tempoh hari ia telah mencipta sejarah apabila buat pertama kalinya aktiviti ini dijalankan di luar lembah kelang.

Dan bagi edisi ke 7 ini anda sangat bertuah kerana buat pertama kalinya juga ianya diadakan diluar semenanjung malaysia.

Bagi program siri ke 7 ini Kuching Sarawak telah dipihih bersempena sambutan hari Malaysia, sila rujuk informasi dibawah.

TEMPAT : Grand Continental Kuching Sarawak
TARIKH : 16 September 2012

MASA    : 2.00 Petang - 4.00 Petang

Jadi apa tunggu lagi, sila sahkan kehadiran anda dengan mendaftar supaya dapat menyertai aktiviti ini, cepat, tempat adalah terhad.

Sila emailkan sebarang pertanyaan ke infoaicmalaysia@gmail.com atau klik dibawah untuk daftar secara online atau terus menghubungi Setiausaha AIC Malaysia untuk pendaftaran secara terus di talian 017-2636179 ( sila sms maklumat seperti nama dan nombor IC anda )


0 comments:

Post a Comment