Monday, 3 September 2012

PERKASA: Dari Kebodohan Yang Menjadi Barah


PERKASA: Dari Kebodohan Yang Menjadi Barah


Anwar Ibrahim Club (AIC) hari ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keganasan dan jahil politik yang berlaku dalam jangkamasa 48 jam yang melibatkan siri Jelajah Merdeka Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat , Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang dalam siri jelajah ke beberapa buah negeri bermula 31 Ogos yang lalu.

Tindakan ganas yang berniat jahat ini dilakukan atas kepercayaan umum bahawa pihak-pihak tertentu sudah mula berasa goyah dan tidak tenteram dengan kemaraan hebat kempen Pakatan Rakyat yang diterima dengan sambutan hangat oleh rakyat tempatan.

AIC enggan mengulas panjang tentang insiden melemparkan cat merah dan batu terhadap bas dua tingkat kerana pelaku jahat itu belum dikenal pasti, tetapi jelas perlakuan biadap ahli-ahli Perkasa melemparkan kasut ketika Dato’ Seri Anwar Ibrahim memberikan tazkirah di Masjid Seberang Pumpong, Alor Star , Kedah Darul Aman adalah satu kebodohan yang telah menjadi barah.

Rujuk http://youtu.be/3Bx-Y8XAuVw 

Semoga Kehancuran Menunggu PERKASA

Rakyat selama ini mendengar insiden menyerang individu atau mana-mana pihak di rumah ibadat hanyalah kedengaran berlaku di negara yang bertelagah seperti di Palestin dan wilayah bergolak Selatan Thai dan dilakukan oleh mereka yang tidak mempunyai nilai dan akhlak sebagai seorang manusia.
Namun apa yang membingungkan, perbuatan biadab ini berlaku di sebuah negara majoriti Islam dan dilakukan oleh sekumpulan orang Melayu yang mengaku memperjuangkan agama dan bangsa. AIC ingin mempersoalkan tentang munasabah serangan melempar kasut kepada individu yang sedang berada di dalam rumah Allah, dan adakah sekadar perbedaan ideologi menjadi penyebab kepada kejahilan tersebut. 

AIC mendesak Ibrahim Ali selaku Presiden PERKASA untuk berani, meminta maaf secara terbuka berhubung insiden malam tadi, atau berundur sahaja jika tidak mampu untuk menguruskan perkara seperti ini dengan baik. Terbukti, ahli-ahli PERKASA sudah tidak menghormati Ibrahim, dan membelakangkannya dengan melakukan perkara-perkara yang mengaibkan maruah agama.

Apakah Ibrahim Ali sudah hilang cengkaman terhadap PERKASA, dan adakah sebenarnya manusia-manusia rendah akhlak ini sudah tidak menghormati peranan Ibrahim Ali sebagai ketua gerombolan ini?


Kebodohan yang dimulakan secara kecil-kecilan oleh si jahil politik, kini telah menjadi barah yang menular dalam masyarakat. Inilah yang ingin dibina dan dipersembahkan oleh mereka ini, sedang konon negara menuju satu perubahan pemikiran yang lebih membina.

Maka tanggapan ramai pihak bahawa hujung sisa perjuangan Umno BN sudah sampai ke penghujungnya adalah satu manifestasi nyata yang tidak banyak perlu diwacanakan. AIC melihat ini sebagai babak terakhir dalam menilai tahap pemikiran dan mentaliti rendah kumpulan ultra perkauman ini. 
Keganasan seperti ini bukan baharu, tetapi dijenamakan semula dalam bentuk yang lebih memualkan. Disaat politik Pakatan Rakyat kini bergerak dalam semangat menyatukan rakyat, sang PERKASA masih lagi berdondang untuk menyemarakkan kebencian dan kali ini orang Islam Melayu yang menjadi mangsa , malah lebih dahsyat mereka ini menjadikan masjid sebagai medan tempur untuk menghancurkan sesama sendiri.

Nabi Muhammad SAW pernah menyebut ketika Fathul Makkah, “Sesiapa yang berlindung di dalam  kawasan Kaabah, maka dia selamat. Dan barangsiapa yang berlindung di rumah Abu Suffian, maka dia selamat”  menjadi bukti betapa Rasulullah sendiri menyatakan betapa rumah ibadah menjadi tempat perlindungan penting bagi mereka yang memerlukan, hatta sewaktu perang.

Tetapi PERKASA ini lebih menakutkan, dan ternyata mereka golongan fasik yang tidak takut dosa dan semoga kehancuran lah yang menunggu mereka yang jahil dan biadap ini.

GENERASI PENGGERAK ZAMAN
Saifuddin Shafi Muhammad
PRESIDEN
AIC MALAYSIA

2 comments:

kahsinaw said...

Mungkin PERKASA tu dah sememang nya bodoh dan jelek dari tindakan2 yang telah di lakukan selama ini tapi macam mana pula pemimpin agung kita " was caught with his pants down " Dia sepatutnya boleh melihat kehadapan dan boleh menganticipate kehadiran PERKASA ataupun pengacau pengacau yang lain. Untuk mendapat perhatian penyokong2 setempat mungkin ceramah atau kuliah patut diadakan di luar kawasan mesjid kerana dengan alasan apa sekalipun mesjid tidak bolih di cemari dengan insiden2 sebegitu dan pemimpin agung kita mesti merasa dan perihatin tentang perkara ini. Pemimpin yang agung mesti pandai megelak dari perkara sebegini berlaku.

kahsinaw said...

Even though UMNO was found to have abused the mosque on numerous occasion with their unbecoming disrespect for the sancticity of the place of worship it should not be our excuse to follow their nonsensical antics

Post a Comment