Setelah kita bersama dalam himpunan BERSIH 3.0 yang lalu, pelbagai alasan dan dolak-dalik diberi oleh SPR untuk tidak melaksanakan lapan
tuntutan tersebut, sekaligus memberi persepsi Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR) seakan-akan tiada kemahuan untuk melaksanakan reformasi sistem
pilihan raya.
Jesteru itu seluruh rakyat dijemput hadir beramai-ramai ke Konsert Bersih 8 Tuntutan (8T), Sabtu ini, bagi meneruskan tuntutan 8 tuntutan BERSIH.
Konsert itu dijadual bermula 4.00 petang hingga 11.30 malam di Stadium Kelana Jaya dan masuk dengan derma minimum.
Antara artis-artis yang akan mengambil bahagian dalam Konsert 8T itu
ialah Ito Mohd atau lebih dikenali dengan nama besarnya – Ito Blues
Geng, Julian Mokhtar and The Geng, Republic of Brickfields, kumpulan Dum
Dum Tak, kumpulan Hui Se De Dai dan Ray Cheong.
Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 juga akan mendendangkan satu
lagu istimewa. Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said yang juga Pengerusi
Bersama Bersih 2.0 turut membaca sebuah sajak khusus untuk konsert ini.
Konsert ini adalah untuk bersantai, bergembira sambil mengingatkan
pemimpin kerajaan tentang tanggungjawab yang mendesak agar mereka
melakukan reformasi penambahbaik sistem pilihan raya.
0 comments:
Post a Comment