Friday, 5 October 2012

Program Peluncuran Dan Bedah Buku Bertajuk "Pendedahan di Parlimen"



Pada 9 Oktober ini bertempat di Dewan Yayasan Selangor Petaling jaya, akan diadalan majlis peluncuran buku dan bedah buku pertama Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU – Political Studies for Change) berjudul “Pendedahan di Parlimen: Dasar dan Cabaran Malaysia”.

Istimewanya kerana buku ini ditulis kata pengantarnya oleh Ketua Pembangkang Dewan Rakyat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Disunting oleh Pengarah Eksekutif KPRU, Ooi Heng kandungan nya banyak memberi tumpuan kepada topik-topik penting tatkala Malaysia berada di ambang perubahan. 

Buku setebal 290 halaman ini merupakan penerbitan bersama KPRU dengan Strategic Information and Research Development Center (SIRD) dan boleh dibeli dengan harga
RM28 (tidak termasuk kos kiriman).

Anda dijemput untuk sama-sama hadir ke program ini bermula jam 8.00 malam hingga 11.00 malam.

0 comments:

Post a Comment