Friday, 8 February 2013

Perutusan Tahun Baru Cina 2013


Kelab Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakan-rakan terutama yang berbangsa Tionghua. Semoga kemakmuran dan kebahagian sentiasa melingkari kehidupan semua.

Tahun ini mengikut kalendar Cina merupakan tahun Ular dimana ianya adalah lambang kesabaran, toleran dan mengerti berpuas hati. Ular juga dikaitkan dengan sifat panjang umur. Ular adalah spesis yang diam dan tenang, penyegan, waspada dan sentiasa menyendiri, tidak menyerang kecuali bila rasa diancam, terganggu atau sedang mencari makanan, namun tidak rakus atau tamak. Bertajam lidah adalah senjata yang dimilikinya, cerdik berhubungan dan bijak berbincang.

Walaupun ini adalah kepercayaan sesuatu kaum, tidak salah kita mengambil sedikit sebanyak perkara positif untuk dipelbagaikan dalam kehidupan kita. Sikap yang baik ini sekiranya diadaptasi dalam kehidupan kita akan membentuk kesinambungan bangsa yang kuat dan gagah, merempuh ke hadapan setiap cabaran dan halangan yang mendatang.

Dalam kemeriahan menyambut perayaan, Kelab Anwar Ibrahim ingin mengingatkan akan keselamatan diri dan keluarga semua terutama ketika pulang merayakan bersama keluarga tercinta. Sentiasa berhati-hati dan berwaspada agar tiada kemalangan jiwa yang terjadi, sentiasa sabar ketika berada di jalanraya.

Semoga perayaan ini dapat kita gunakan untuk mengeratkan perpaduan antara kita. Semaikan rasa kepedulian antara kita dengan tradisi kunjung mengunjung dan hormat menghormati. Bagi yang pulang ke kampung halaman, sebarkan semangat reformasi dan perubahan yang sedang melanda tanahair ini. Semoga kesejahteraan menjadi milik kita semua. Gong Xi Fa Cai!

'Generasi Penggerak Zaman'

Mazli Muhammad
Setiausaha,

AIC Malaysia

0 comments:

Post a Comment