Friday, 8 March 2013

AIC Pencetus Aplikasi 'Berita Pakatan Rakyat'

PETALING JAYA 7 MAC : Berita dari laman rasmi parti-parti Pakatan Rakyat iaitu Keadilan Daily, AnwarIbrahim Blog, Harakah Daily dan Roket Kini boleh dilayari di telefon pintar Blackberry Appworld dengan nama ‘Berita Pakatan Rakyat’.

Aplikasi yang dibangunkan Anwar Ibrahim Club (AIC) ini khusus untuk pemilik pelbagai versi Blackberry termasuk Playbook dan keluaran terbaru Blackberry Z10.

DSAI_BPR

“Pengguna boleh memuat turun aplikasi secara percuma dari Blackberry Appworld melalui carian Pakatan Rakyat. Ia dilancarkan secara rasmi pada 7 Mac 2013,” kata wakil AIC kepada Keadilan Daily.

BPRKatanya, pengguna telefon pintar semakin ramai dan mereka selektif dalam mendapatkan maklumat. Justeru, ‘Berita Pakatan Rakyat’, adalah aplikasi khusus kepada mereka yang mahu merujuk kepada sumber rasmi parti.

Selain laporan rasmi dari media ‘Berita Pakatan Rakyat’, aplikasi ini turut menyelia khidmat e-mel, facebook, twitter dan kemas kini berita yang boleh disusun sendiri mengikut waktu oleh pemilik telefon pintar.

Untuk muat turun, KLIK INI.

0 comments:

Post a Comment