AnwarIbrahimClub.com » Bloggers United

3 perkara wajib bagi Kerajaan Najib-Rosmah
Tiga perkara yang wajib dilakukan oleh kerajaan Najib-Rosmah untuk menyelamat harta kekayaan dan kuasa mereka daripada dirampas kembali oleh kuasa orang ramai.

Tiga perkara ini bukan terlalu susah untuk difikirkan. Malah ianya tidak memerlukan bantuan penasihat zionis APCO untuk memunculkan perancangan. Kita sendiri boleh memikirkan tiga pekara ini tanpa memerlukan ijazah PPE dari Oxford. Tahap jaguh kampung dan gedebe politik seperti Ibrahim Ali pun sedar hal ini.

Tiga pekara ini ialah:

1. Anwar Ibrahim mesti di ketepikan;

2. Parti PAS wajib dipisahkan dari Pakatan Rakyat; dan

3. Propaganda untuk menghuru-harakan Parti Keadilan Rakyat wajib diperbesarkan

Ketiga-tiga perkara ini wajib berjalan sarentak. Untuk kerajaan Najib-Rosmah, tiga perkara ini lebih penting daripada dasar ekonomi baru atau model ekonomi baru. Lebih penting dari dasar luar negara. Lebih penting dari Rancangan Malaysia ke-10. Kerana rancangan ini begitu penting sekali, maka kerajaan Najib-Rosmah akan menjanjikan apa saja untuk memastikan tiga pekara ini dapat direalisasikan.

Kerajaan Najib-Rosmah tahu, sedar dan merasakan bahawa susuk Anwar Ibrahim memainkan peranan yang amat penting dalam ikatan setiakawan Pakatan Rakyat. Dengan adanya susuk Anwar maka Pakatan Rakyat dapat berdiri teguh. Mengikut pandangan Najib Rosmah, jika Anwar ‘diketepikan’ maka Pakatan Rakyat akan londeh terbarai. Sama ada ini hakikat atau sebaliknya bukan penting. Yang penting inilah persepsi politik mereka. Politik bukan kebenaran – politik ialah persepsi.

Apa yang kita lihat hari ini – apa yang sedang berlaku di lanskap politik negara ialah gerak kerja jentera dan apparatcik politik Najib-Rosmah sedang menjalankan tugas untuk meminggirkan Anwar.

Dalam strategi politik, langkah pertama sebelum musuh diserang ialah melahirkan satu imej buruk musuh. Ini penting untuk mengolah persetujuan orang ramai. Ketika perang dunia kedua dahulu, tentera Jepun digambarkan bermata sepet, bergigi jongang membawa pedang samurai. Sesudah perang tamat, Jepun dilihat sebagai kawan dan rakan berniaga yang baik. Memunculkan imej hodoh ini amat penting. Jika imej telah buruk maka apa sahaja yang diperkatakan terhadap Anwar akan diyakini umum.

Strategi baru

Langkah pertama ialah mengaitkan Anwar dengan Saiful. Ini juga bukanlah satu langkah yang bijak bergeliga. Menggunakan kes liwat yang diadukan oleh Saiful, telah diteroka lebih awal lagi oleh Mahathir Mohamad pada 1998 dahulu melalui kes seumpamanya terhadap Azizan Abu Bakar.

Apabila Saiful diberitakan tidak membuang air besar selama dua hari kerana menyimpan bahan bukti di dalam duburnya, maka tahap jenaka dan genre lawak Melayu telah melonjak tinggi. Rating Lebai Malang dan Pak Pandir berkemungkinan jatuh. Apek Senario telah menjadi lawak basi. Lubang Saiful naik ke mercu kegemilangan.

Seperti kes Azizan, kes liwat Saiful juga telah tergelincir. Kelihatan propaganda berbentuk ini telah menjelak dan menjelikkan orang ramai. Ini mula disedari oleh Najib-Rosmah. Propaganda kes Saiful yang dirancang untuk memburukan Anwar telah menjadi lawak bodoh dan sedang melawan tuan.

Dengan cepat para apparatcik dan jentera Najib-Rosmah bergerak. Kali ini wajib dimunculkan satu lagi strategi baru – ejen asing. Harus disedari bahawa surah – ejen asing – ini juga telah mula muncul pada 1998. Ketika itu duta Amerika ke Malaysia ialah John R Malot.

Dalam kes pertama tahun 1998, memang telah disebarkan surah bahawa Anwar Ibrahim ini adalah ejen CIA. Apabila berita ini tersebar, kerajaan Amerika telah mengambil langkah yang tepat.

Menurut Pak Duta John R Malot – kerajaan Malaysia telah diberi amaran – jangan campur adukkan kerajaan Amerika dengan krisis dalaman politik Malaysia. Bila amaran ini sampai, maka surah Anwar ejen Amerika pun mati tak berasap.

Pasti perkara yang sama juga telah terjadi sekali lagi, kerana dengan tetiba sahaja media gerombolan hari ini, tidak lagi melaung-laungkan surah ejen asing ini. Pentabiran di Rumah Putih melihat apa yang berlaku sekarang ini sebagai krisis dalaman – tidak ada sangkut paut dengan jabatan risikan mereka. Justeru apabila dikaitkan Anwar dengan CIA, maka pasti pentabiran Obama ini, seperti tahun 1998, telah mengambil pendirian yang sama.

Langkah kedua yang sedang di jalankan oleh apparatcik dan jentera Najib-Rosmah ialah memastikan parti PAS akan meninggalkan Pakatan Rakyat. Ini adalah langkah yang amat strategik dan penting. Kerajaan Najib Rosmah membaca jika PAS dapat dipisahkan dari Pakatan, maka dengan segera Pakatan Rakyat akan luntur dan pecah.

‘Merebut kuasa’

Kita harus menyedari bahawa walaupun PAS mengakui parti Islam – ini tidak memiliki apa-apa makna yang hakiki dalam politik. Kita semua boleh mengakui bermacam-macam. Dalam politik yang direbutkan bukan Allah, Yahwe atau Siddarttha. Politik ialah perjuangan untuk merebut kuasa.

Kuasa diperlukan untuk memastikan lubuk kekayaan dimiliki. Apabila lubuk kekayaan telah dimiliki maka di sinilah akan diuji sama ada parti itu bermazhab sosialis atau kapitalis.

Dalam dunia hanya ada dua sistem ekonomi – kapitalis atau sosialis. Dua sistem ini adalah sistem induk. Selainnya – yang mengakui sistem ini dan sistem itu – hanya pecah-pecahan dari dua sistem ekonomi ini. Seperti kuih bahulu – asasnya adalah tepung, gula dan telur. Warna, corak, rekabentuk hanya tokok tambah untuk mengolah keinginan orang ramai.

Dalam sistem ekonomi kapitalis ini, ada pemimpin PAS yang akan, yang telah dan yang sedang tewas dengan kuasa dan harta kekayaan. Contohnya, kes cerai bekas ADUN PAS dengan isteri keduanya. Sang isteri sedang menuntut berjuta-juta ringgit. Ini kerana sang isteri tahu bahawa sang suami – ketika berkuasa dahulu – pasti ada tanah di sana dan tanah di sini, Ada saham ini dan saham itu. Ini realpolitik. Ianya tidak pula bermakna kita merendahkan keyakinan mereka terhadap Yang Maha Esa.

United Malays National Organisation sedar hal ini. PAS bukan mengajukan sistem ekonomi alternatif kepada kapitalisma. PAS seperti PKR dan DAP, hanya berjanji untuk menguruskan kapitalisme dengan lebih baik. Asas sistemnya masih kapitalisme. Ini hakikat. Ini realpolitik. United Malays National Organisation tahu siapa yang bercita-cita hendak menjadi menteri besar dalam PAS. Gerombolan mengetahui siapa dan siapa yang boleh ‘dimakan’ di dalam PAS. Gerombolan juga tahu siapa yang bermimpi siang dan malam – pagi dan petang – untuk menjadi menteri kabinet dalam kerajaan Najib-Rosmah.

Ini juga hakikat realpolitik. Menafikan ini adalah menafikan bahawa manusia, haiwan dan tumbuhan hidup di alam ini kerana ada cahaya matahari. United Malays National Organisation akan terus mengasak untuk ‘berunding’ dengan PAS. Akan terdengar suara suara lantang menolak. Akan terdengar suara-suara pimpinan PAS menafikan itu dan ini. Dalam realpolitik semua berkemungkinan. Dalam realpolitik, yang dicita-citakan ialah kuasa. Dengan kuasa manusia berpeluang menobatkan dirinya dan mengumpul harta.

Waspada! Percubaan dan langkah-langkah yang diambil oleh Najib-Rosmah untuk berunding dengan PAS ini tidak ada sangkut paut dengan Najib sebagai anak Razak. Kerana Razak dahulu berunding dengan PAS maka Najib sang anak, juga akan berunding dengan PAS. Ini bukan bacaan politik. Ini sembang di warung Mek Jah. Dalam realpolitik yang hakiki ialah kuasa.

Keinginan berunding dengan PAS ini adalah perhitungan realpolitik. Ini kerana sesudah pilihanraya yang lalu United Malays National Organisation telah dilihat sedang menuju ke hari-hari akhir. Justeru untuk menyelamatkan harta kekayaan, perpaduan Pakatan Pakyat yang kompak, wajib dilemahkan.

Setiakawan Pakatan

Kota yang kukuh wajib dibocorkan. Setiakawan Pakatan Rakyat yang mekar wajib dikacau-bilaukan. PAS wajib dipisahkan dari Pakatan. Kalau tidak semua, sebahagiannya. Ini perhitungan politik untuk menyelamatkan harta dan kuasa.

Lalu kita sampai ke strategi ketiga – mengharu-birukan kerajaan Pakatan Rakyat. Kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah dan Kelantan tidak perlu diganggu-gugat kerana slogan ‘kita semua Melayu dan kita semua Islam.’ Kerajaan Pakatan di Pulau Pinang boleh digugat tetapi ’slow sikit’ kerana

DAP ini lebih senang dikawal kerana Kecinaan mereka. Ahli gerombolan yang meninggalkan parti tidak mungkin akan menjadi ahli DAP.Malah DAP ini juga boleh dibawa berunding jika hari baik dan bulan baik – jika masa dan ketikanya telah ranum. Justeru musuh utama ialah Parti

Keadilan Rakyat dan Anwar Ibrahim. Lalu semua akan dilakukan untuk menggangu-gugat kerajaan Pakatan di Selangor. Lembu, kambing, pasir, tayar kereta, surau, masjid, kuil, sekolah, kasut, punggung – malah apa sahaja yang bersangkutan dengan kerjaaan Selangor – akan digunakan untuk menunjukkan kepada warga Selangor bahawa kerajaan Pakatan ini tidak perlu disokong.

apparatcik dan jentera kerajaan federal sedang digunakan oleh Najib-Rosmah untuk melemahkan kerajaan Selangor. Kes demi kes telah dibuka oleh SPRM terhadap pimpinan kerajaan Selangor. Semua dilakukan untuk menekan agar ada ADUN PKR yang akan berpaling tadah.

Media gerombolan telah digunakan hingga ke tahap maksimum untuk mengolah persetujuan orang ramai. Seluruh Malaysia cuba diberi tahu bahawa krisis yang amat besar sedang melanda kepimpinan kerajaan Selangor. Kerajaan Selangor ini akan runtuh bila-bila masa sahaja dan Khir Toyo boleh kembali berpesta ke Disneyland tanpa soal jawab.

Di mana akhirnya semua ini? Dalam merancang realpolitik, Anwar Ibrahim pasti akan diketepikan. Ini strategi utama. Susuk ini tidak akan diberi peluang untuk bebas bergerak. Jika diikutkan hati nafsu Najib-Rosmah, susuk Anwar ini akan diketepikan sebelum piliharaya Sarawak.

Tetapi bagaimana nanti reaksi kawan-kawan Yahudi Anwar yang selalu diperkatakan itu? Dan bagaimana pula ejen-ejen CIA yang lain? Apakah mereka juga akan datang untuk membantu Anwar? Kini seperti kes Saiful, senjata dan propaganda akan memakan tuannya.

Dalam realpolitik ada yang lebih ‘real”. Yang lebih ‘real’ ialah kuasa rakyat. Kerajaan Selangor mungkin goyang tetapi tidak akan runtuh kerana akarnya semakin kukuh. Kuasa rakyat ini jugalah yang akan menentukan apa yang akan terjadi kepada Anwar Ibrahim.

Justeru United Malays National Organisation hanya ada satu pilihan: mengajak PAS datang berunding. Najib dalam keadaan ini akan menjanjikan apa sahaja. Kalau PAS minta Najib melempang Muhyiddin – pasti Muhyiddin akan kena satu pelempang. Kalau PAS mahu Najib menampar Khairy Jamaluddin – pasti Khairy akan ditampar. Seperti Sultan Mahmud meminang Puteri Gunung Ledang, Najib akan melakukan apa sahaja kecuali PAS tidak akan dibenarkan bertanya berapa orang sebenarnya anak Rosmah Mansor.

Anwar dalam Bicara 4: Isu bersumpah & plot dirancang rapi
Oleh: Amin Ahmad, tulisan siri “Anwar dalam bicara” yang lain boleh diikuti di sini

Saya ulang: teori saya kenapa Saiful Bukhari tergesa membuat pertuduhan jijik kepada Anwar adalah berpunca daripada terdesaknya kerajaan menghalang kemaraan arus reformasi. Ia ditandai dengan beberapa perkara iaitu:

1. Pengisytiharan agenda 16 September 2008.

2. Anwar Ibrahim memutuskan untuk bertanding.

3. Laporan polis berkaitan pemalsuan bukti oleh Ketua Polis Negara dan Peguam Negara.

Saya tidak terkejut jika maklumat ini diketahui oleh sebilangan politikus kerajaan, Ketua Polis Negara dan Peguam Negara. Tapi saya percaya kita wajar terkejut jika sumber utama mereka untuk mendapatkan maklumat ini ialah dari Saiful Bukhari.

Sebolehnya mereka mahu menghalang Anwar dari muncul terus dalam arena politik negara. Sebab itu kemarahan Dr. Mahathir kepada Pak Lah cukup besar (meskipun kejatuhan Pak Lah lebih didorong oleh faktor kelemahan kepimpinan beliau).

Berlindungnya Anwar dalam Kedutaan Turki bukanlah tanpa maklumat sokongan. Selain daripada mengelak ditangkap atas tuduhan jahat ini, beliau tidak menolak kemungkinan ancaman terhadap nyawanya. Umum maklum bagaimana beliau dibelasah, ditelanjangkan, dibiarkan terlantar tidak berubat atau dirawat, malah lebih dahsyat lagi zalimnya Dr. Mahathir membuat pertuduhan bahawa Anwar menumbuk matanya sendiri. Kenyataan ini sebenarnya amat memalukan dan menunjukkan akhlak sebenar Dr. Mahathir sebagai pemimpin.

Bukan itu saja, memang ada beberapa kes termasuk terhempasnya helikopter yang membawa arwah Tan Sri Yahya Ahmad dan isteri di mana ia sepatutnya dinaiki Anwar. Juga dalam isu Arsenik.

Ternyata mereka merancang Allah s.w.t. juga merancang. Jelaslah perancangan Allah s.w.t. adalah yang lebih baik. Balasan Allah s.w.t. sentiasa menanti bagi tiap amal baik dan buruk kita – termasuk saya! Ia akan dijelaskan segera, dilambatkan atau ditangguhkan di akhirat. Dan Dia tidak lalai serta telah menegaskan bahawa hamba-Nya tidak akan diuji setimpal dengan kesanggupan mereka.

Melihat mood 16 September terus marak dan orang tidak mempedulikan langsung malah memperlekehkan tuduhan jahat Saiful kepada Anwar, tiba-tiba muncul tindakan lebih berani yang dibuat beliau: bersumpah.

Sama seperti kes 1998, ada yang menuntut Anwar bersumpah. Saya terasa aneh dan menolak pandangan mufti Perlis pada waktu itu yang turut berpendapat Anwar perlu bersumpah mubahalah. Sejak 1998, Anwar bukanlah tidak pernah dinasihati oleh bijak pandai agama agar tidak termakan dengan tuntutan ini. Pun begitu, akibat tekanan memuncak, terlepas juga beliau bersumpah semasa di Selatan tanah air jika ingatan saya tidak silap.

Kenapa saya mengatakan tidak perlu bersumpah?

1. Dalam kaedah Islam, tuduhan yang dihadapkan kepada Anwar jelas tertera. Ia masuk dalam kategori jenayah di mana ia menuntut proses pembuktian.

2. Sumpah tidak boleh diambil sebagai hujah membuat keputusan di bawah undang-undang jenayah, meskipun benar. Sebab itu dalam hal ketidakadilan, iman kepada Hari Kiamat itu penting – di mana manusia akan dibangkitkan dan berdepan dengan pengadilan Allah s.w.t. untuk setiap zarah kebaikan keburukan kita.

3. Katakan Saiful bersumpah, Anwar juga bersumpah. Ia tidak menyelesaikan keadaan malah tetap perlu kepada beban pembuktian. Peliknya mahkamah kita dalam beberapa kes ialah yang tertuduh perlu membuktikan bahawa mereka tak bersalah tanpa si penuduh perlu membuktikan tuduhan mereka sahih. Ini terkeluar dari semangat Islam. Alasan menyerahkan kepada Allah s.w.t. selepas kedua-dua bersumpah untuk saya tidak memberi keadilan kepada si penuduh dan tertuduh selaras dengan kaedah Islam.

4. Ramai yang lupa dan perlu saya ingatkan semula bahawa segala keterangan di mahkamah dibuat selepas angkat sumpah. Jadi tidak timbul soal Anwar berani atau tidak bersumpah kerana sumpah itu tetap berlangsung di mahkamah jenayah. Untuk rekod, terdapat keterangan polis semasa kes 1998 bahawa mereka sanggup bersumpah di mahkamah! Ini adalah satu kecelakaan dan keangkuhan yang perlu dibendung dari mengambil tempat.

5. Jika sumpah mahu diambil kira sekalipun, ia hanya untuk diri sendiri, bukan kepada pihak lain yang terlibat dalam tuduhan atau pembelaan. Maksud saya, beban sumpah Saiful adalah kepada dirinya, bukan kepada Anwar.

Maka apa?

Saya mengatakan bahawa sumpah Saiful tidak lebih daripada satu permainan minda (mind game) untuk memberi gambaran bahawa beliau di pihak yang benar dan Anwar di pihak yang salah.

Begitu juga kemunculan beliau di mahkamah dengan imej dahi hitam seolah-olah beliau warak. Saya tidak bermaksud mempertikai amalan individu, tapi terlanjur hal ini dipolitikkan beliau sebegitu rupa, maka beliau harus terima bila orang ramai melihat beliau dalam neraca politik.

Ini semua adalah falasi berfikir! Dan menguatkan teori politik di belakang kerja ini ialah pendedahan Ustaz Ramlang Porigi bahawa pegawai Perdana Menteri terlibat mengaturkannya serta pemilihan waktu ketika Anwar bertanding di Permatang Pauh.

Orang Melayu khususnya, dan rakyat umumnya bukan bodoh untuk tahu bahawa memang ada sejumlah manusia yang sedia bersumpah ketika terdesak untuk mempertahankan diri. Semoga Allah s.w.t. melaknat mereka yang bersumpah palsu!

Anwar dalam bicara 3: Saiful Bukhari & persoalannya?
Oleh: Amin Ahmad, tulisan siri “Anwar dalam bicara” yang lain boleh diikuti di sini

Kecoh isu kemasukan Saiful Bukhari ke pejabat Anwar Ibrahim sampai ke telinga saya oleh teman-teman UNITEN yang mengenal beliau. Bagi mereka, ini satu bentuk ancaman kepada parti dan sekaligus perjuangan reformasi.

Sejak dulu saya memang menjarakkan sedikit kepentingan parti dan reformasi. Jujurnya saya lebih sayang perjuangan reformasi berbanding parti. Sebab itu saya sering disindir kerana tidak mahu aktif sebagai ahli parti. Ya, tentu saja ada pro dan kontra, tapi untuk menjadikannya isu “yang mana lebih baik” bagi saya tidak perlu.

Parti ada peranannya, mereka yang tidak berparti juga ada peranannya. Dalam parti ada struktur. Justeru, kelemahan ahli parti sedikit sebanyak menyumbang kepada ketidakstabilan struktur. Kelemahan adalah sifat manusia, saya tidak ralat. Di luar parti beerti tidak perlu terlalu menjaga struktur. Sebab itu kita boleh tengok manusia bebas seperti Isham Rais, Raja Petra dan lain-lain termasuk Mat Saman Kati bebas mengkritik parti dengan berani dan tanpa berselindung.

Ya, kritikan mereka mungkin berlaku tanpa cebisan puzzle yang cukup tapi dalam masyarakat terbuka, pertikaian mereka boleh dijawab secara terbuka juga. Sebab itu dalam hal pertikaian ini sebolehnya kita tuntut politik berasaskan idea, bukan politik maki hamun, politik kelompok dan politik sentimen-prejudis.

Dari faham ini, kita perlu sediakan ruang untuk berbeza pendapat. Kesilapan kita ialah menganggap kebenaran itu seperti seketul batu. Politik adalah sains sosial yang penuh seni. Sebab itu kita sering melihat Anwar menangguhkan keputusan muktamad kepada idea agar ia boleh diperbincangkan secara menyeluruh. Kita bertekak saban waktu untuk hal-hal yang tidak membangun, tapi meruntuh.

Berbalik kepada Saiful Bukhari, adakah dia seorang yang punya idea? Jika ya, apa idea-ideanya dalam reformasi? Dia mengaku pengkagum Anwar dan kawan-kawan hanya menjawab bullshit! Sambil menyusup melalui Rahimi (rakan sekolah lama beliau), kempen menyokong UMNO-BN terus dibuat kepada rakan-rakan UNITEN khususnya di laman sosial Friendster.

Hakikatnya Saiful tidak pernah dan tidak akan menyokong Anwar! Beliau juga tidak pernah dan tidak akan menyokong Najib. Ya, jangan terkejut! Beliau adalah opportunis yang akan membaham sesiapa saja yang dia fikir mampu.

Saiful mengatakan bahawa beliau dibayar gaji RM 1000, elaun 1000 USD dan bayaran lain pada waktu tertentu sehingga HK 10 000. Wow! Kerja orang lain buat dan dia hanya perlu buat panggilan dan ambil fail dibayar begitu tinggi? Rasanya lebih baik diberi kepada Eekmal, Setiausaha Akhbar Anwar Ibrahim sekarang yang kalau Eekmal itu sebuah buku ilmiah saiz sederhana, Saiful tidak mencapai kulit buku pun!

Jadi timbul persoalan, duit siapa sebenarnya Saiful sebat? Mungkin kita boleh bertanya dengan sejumlah peniaga khususnya di Sabah dan Sarawak yang ‘dikapur’ oleh Saiful. Jangan lupa tanyakan juga ‘kisah wanita’, jika ada. Saya berminat untuk melihat slip gaji beliau, jika ada.

Dalam Twitter baru-baru ini juga dipersoalkan sewa kondo Saiful bernilai antara RM 7000 hingga RM 15 000 sebulan, siapa yang bayar-nya? Jika ditanya saya, jawatan Saiful yang paling cocok hendak dinamakan ialah staf sementara, tidak lebih daripada itu. Jika ia disewa sejak sebelum berkhidmat atau semasa berkhidmat dengan Anwar, saya suka untuk tahu siapa pembayarnya dan bukti bayarannya.

Kesilapan Anwar, bukan saja Saiful mendapat maklumat tentang ‘lompat parti’ dan Anwar akan bertanding di Permatang Pauh tetapi ia dipanjangkan ke pengetahuan pihak ketiga dan anda boleh terus meneka siapa pihak ketiga ini. Jika perbualan sms Najib dan peguam Shafie boleh dicetak keluar dan terpaksa diakui oleh Najib, saya tidak tahu tapi percaya bahawa maklumat boleh didapati. Elok hal ini disiasat peguam.

Jadi, saya melihat sikap tergesa-gesa Saiful Bukhari membuat laporan polis terhadap Anwar tidak lebih daripada keadaan yang memaksa. Ianya hal persaingan masa. Hal ini insyaAllah akan saya tulis dalam siri akan datang.

26hb Saiful mengaku diliwat, 28hb beliau menghilangkan diri dan membuat laporan polis selepas membuat pemeriksaan di hospital seperti yang didakwanya. Anehnya, 27hb beliau masih dapat hadir dan menjadi tukang angkat minuman dalam satu pertemuan Anwar dengan ahli Kelab Anwar Ibrahim (AIC). Gambar ini sedang tersebar di internet.

Kita harus bertanya di mana ‘trauma’ beliau ketika bertemu Najib beberapa hari sebelumnya? Semua ini tidak masuk akal!

Tapi anda jangan terkejut, masih ada yang tetap mahu membelanya. Dan jika kita selongkar lebih dalam, kita tahu semua pembelanya datang dari minda dan sistem perlindungan berlabel UMNO-BN.

Ia nanti akan dilapik dengan sejumlah kata sentimen bertulis Melayu, Islam, Aman, Perpaduan dan sebagainya. Hakikat sebenar ialah Kuasa, Harta, Hawa Nafsu dan Kezaliman.

Semoga Allah s.w.t. melaknat para penzalim!

Anwar dalam bicara 2: siapa Saiful di pejabat Anwar?
Oleh: Amin Ahmad, tulisan siri ”Anwar dalam bicara” yang lain boleh diikuti di sini

Taktik yang dipaparkan dalam perbicaraan mahkamah adalah sama. Kebenaran tidak lagi penting tetapi apa yang diungkapkan dari imaginasi liar Saiful Bukhari boleh dimuatkan di ruangan berita.

Ia tidak lain dan tidak bukan bagi mencalar imej Anwar Ibrahim dan ini adalah mind game yang saya maksudkan dalam tulisan pertama.

Dalam tempoh bicara, akan dimuatkan sejumlah pertanyaan untuk menambah rasa sangsi kepada Anwar Ibrahim. Antara pertanyaan yang dimuatkan ialah: “Kenapa Anwar Ibrahim ambil drop-out kerja dengan-nya?”.

Kisahnya bermula sekitar seminggu sebelum Pilihan Raya. Waktu itu sejumlah anak muda yang sebahagiannya bernaung di bawah Anwar Ibrahim Club giat mengikut rombongan Anwar berkempen.

Tiba-tiba muncul Saiful Bukhari dalam kelompok ini.

Ya, Saiful Bukhari berjaya menyusup masuk bersama kelompok ini melalui sahabat lamanya Rahimi yang bekerja sebagai pembantu di pejabat Anwar Ibrahim.

Kehadiran Saiful Bukhari tidak disenangi mereka yang kenal dengan beliau, khususnya bekas pelajar Universiti Tenaga Nasional. Salah seorang daripadanya ialah saudara Najwan Halimi yang menulis siri Musang Berbulu Ayam di blognya (najwanhalimi.com).

Najwan ialah bekas rakan sebilik Saiful semasa di tahun pertama. Saiful dalam kenyataan kepada rakan-rakannya sering memaklumkan bahawa “Ibunya sedang menderita barah dan ayahnya telah mati”. Ya, khabarnya Saiful tidak begitu gembira dengan ayahnya pada waktu itu.

Blog lama beliau www.saifulbukhari15.blogspot.com (saya tidak ingat alamat sebenar tapi ingat no. 15 itu kerana ia nombor calon ketika beliau bertanding dalam Pilihan Raya kampus) memuatkan retorika palsu dan cercaan dari rakan-rakan di UNITEN akibat ‘kehilangan’ beliau selepas terpilih menjadi anggota Majlis Perwakilan Pelajar di sana.

Sejak di kampus, beliau memang dikenal sebagai pro-kerajaan dan anti-Anwar Ibrahim.

Tidakkah Anwar Ibrahim mendengar kritikan Najwan Halimi kepada Saiful Bukhari?

Tidak, beliau mendengar.

Tapi bagi mereka yang kenal dengan Anwar Ibrahim, malah bagi siapa saja yang biasa dalam dunia dakwah, sangka baik dan beri peluang adalah kata yang lekas keluar dari akal-fikir, hati dan mulut. Apatah lagi bila yang dicurigai beria-ria mengatakan dirinya insaf.

Saiful terus kekal menyibukkan diri di pejabat Anwar Ibrahim – di Petaling Jaya dulunya – selepas Pilihan Raya. Beliau sendiri mengakui tidak ada surat dikeluarkan kepada beliau berkaitan pekerjaan.

Rahimi dan Saiful menghidu peluang untuk bekerja sebagai Setiausaha Anwar Ibrahim bila Nik Nazmi, Sim Tze Min dan Nurul Izzah (semua mantan Setiausaha Anwar) menang dalam Pilihan Raya. Ya, selepas Pilihan Raya Anwar memang ‘patah tangan’ kerana banyak urusannya tidak ada staf yang membantu. Dato’ Salehuddin juga telah diangkat sebagai Setiausaha Agong parti, justeru pentadbiran pejabat Anwar Ibrahim jadi tidak terurus.

Waktu itu terdengar khabar perebutan jawatan “pemegang diari merah” (Setiausaha Sulit) Anwar Ibrahim.

Hakikatnya, Anwar pernah menyarankan kepada Rahimi dan Saiful agar “pergi sambung belajar” sebagai satu kaedah sopan untuk mengatakan “anda tidak mampu menggalas kerja-kerja yang memerlukan kualiti kepakaran lebih tinggi”. Apa yang berlaku ialah mereka buat pekak badak!

Mereka jadi amat tidak selesa apabila Anwar memanggil balik orang kanannya dari United Kingdom untuk berkhidmat. Beberapa kali dalam mesyuarat diarahkan agar “diari merah” diserahkan kepada orang kanan ini (saya pilih untuk tidak menulis namanya) namun tidak diendahkan oleh Rahimi dan Saiful.

Memandangkan keterangan di mahkamah masih dan baru berlangsung, saya tidak bercadang menulis semua perkara di sini. Bukan kerana sub-judice, tapi ia mungkin melibatkan banyak isu lain yang sedang bergerak sama selain isu ini. Tapi saya yakin kisah sebenarnya lambat laun akan sampai ke pengetahuan umum.

Untuk saya, Anwar memang berlaku silap saat “memberi peluang” kepada Saiful Bukhari masuk ke pejabatnya. Paling tidak jika mahu bersangka baik pun, bukan di pejabat beliau Saiful harus bekerja.

Namun sebagai orang yang pernah dilatih di medan dakwah, saya faham benar sikap bersangka baik yang tebal dalam diri Anwar.

Saya berharap para peguam Anwar akan menyelongkar bahagian waktu sebelum Saiful benar-benar bertapak di pejabat Anwar dengan penuh kegusaran.

Saya juga pernah mendengar bahawa memang ramai mengakui bahawa Saiful “boleh bekerja” dalam pengertian membuat panggilan dan menguruskan fail bagi pihak Anwar. Saya hanya mahu katakan bahawa untuk kerja-kerja yang telah selesai dan hanya perlu menjadi tukang ambil, tukang buat panggilan dan sebagainya, ia kerja yang biasa dan bukanlah hebat sangat sebagaimana yang cuba digambarkan oleh Saiful dan juak-juak UMNO-BN.

Saiful hanyalah penggemar Syed Hussein al-Attas, penulis buku politik di Janda Baik itu dan bukan Profesor Syed Hussein al-Attas!

Anwar dalam bicara siri 1
Oleh: Amin Ahmad, tulisan siri “Anwar dalam bicara” yang lain boleh diikuti di sini

Kebetulan. Sebaik saya memutuskan untuk berhenti menulis siri Reformasi Tanpa Anwar setakat yang ada, bicara di mahkamah bermula. Saya telah nyatakan dengan jelas bahawa siri Reformasi Tanpa Anwar bukan bermaksud menafikan sumbangan beliau – bodohlah jika saya berfikir begitu.

Apa yang saya cuba garap secara longgar barangkali dalam siri tulisan tersebut ialah untuk menghimbau pengalaman Reformasi sejak 1998 hingga 2008 dari perspektif saya. Namun saya tidak memuatkan kisah perbicaraan beliau kerana ternyata Pawancheek Marican lebih konklusif dalam bukunya – Anwar On Trial.

Risiko untuk Anwar ke penjara sekali lagi bukan tidak ada. Sebab itu apa yang perlu kita fikirkan ialah di mana 1000 lagi Anwar yang akan bangkit selepas Anwar dipenjarakan?.

Dari apa yang digambarkan di mahkamah, jelas ternampak kesungguhan pihak tertentu memastikan Anwar ke penjara sekali lagi, paling tidak sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.

Telahan ini boleh dilihat dalam banyak perspektif.

Ada yang bertanya kenapa Anwar si pemberani itu begitu pesimis? Mereka berkata bahawa Anwar sedang mengolah persetujuan umum bahawa beliau akan kalah dan kekalahan itu beerti ketidakadilan sedangkan beliau belum didakwa. Dan mereka menambah bahawa sikap itu tidak adil. Lebih parah lagi mereka mempersoalkan Anwar: Jika tidak percaya polis, kenapa buat laporan polis? Jika tak percaya mahkamah, kenapa pergi bicara, lari sajalah ke luar negara.

Dari asas ini, mereka terus mempertikaikan reaksi-reaksi Anwar rentetan gugatan berterusan mereka kepada keutuhan Pakatan Rakyat pimpinan Anwar dengan persetujuan tiap parti politik yang membentuknya.

Apa yang mereka buat ialah “permainan minda” (mind game). Permainan minda ini adalah taktik biasa orang politik termasuk Anwar. Cuma yang penting ialah kita harus tahu membezakan keutamaan permainan ini.

Untuk saya dalam permainan apa pun yang bersifat pertandingan, yang bersaing mahu menang. Mahu menang itu satu hal, bagaimana cara hendak menang pula adalah satu hal yang lain.

Dalam permainan, keadilan adalah teras kepada undang-undang yang diwujudkan. Dalam permainan berpasukan, misalnya Malaysia lawan England, alasan handicap yang sering jadi hujah kelompok pencinta perlindungan (patronage) tidak timbul. Belum pernah kita dengar jika Malaysia lawan England pengadil akan memberikan kelebihan gol kepada Malaysia sebelum sepak mula permainan. Sejarah jadi saksi bahawa pasukan bola sepak Malaysia meski gagal ke Piala Dunia berbanding England tidaklah selemah yang disangka (dalam konteks Malaysia lawan England!).

Tapi berbeza dengan kes politik yang kita depani sekarang.

Jelas parti yang membentuk kerajaan menguasai media arus perdana atau dalam konteks yang lebih luas ialah mengawal kebebasan rakyat, sekurang-kurangnya untuk tahu perkara sebenar dalam erti kata pandangan berimbang.

Juga telah menjadi rahsia umum kepada rakyat bahawa jika bertarung dengan mereka yang punya kuasa khususnya orang politik, jawabnya mudah: kalah!

Rakyat tahu ia kadangkala, bahkan selalu mungkin tidak adil. Tapi apakan daya, hatta pensyarah saya sendiri dulunya sering menanam pandangan “kita ini timun, mereka durian, kita ni digolek luka menggolek luka”.

Ya, ‘dosa besar’ yang kita biarkan ialah mendidik ‘jiwa-jiwa yang tewas’ dalam diri manusia.

Saya bersyukur hidup dalam ‘acara sejarah’ di mana sikap kita dituntut. Bukan kerana saya suka Anwar difitnah tapi saya tahu bahawa Allah s.w.t. tidak akan membiarkan pengakuan iman kita tanpa diuji.

Kenapa saya katakan fitnah dan ada niat jahat di sebalik dakwaan ini?

Belum, ya kita belum pun mendengar penghujahan kedua pihak. Tapi penghujahan harus bermula dengan tuduhan.

Jika kita balik semula sejenak ke awal pertuduhan, kita dapat lihat bagaimana liatnya pertuduhan dipanjangkan kepada yang tertuduh. Lebih dahsyat ialah bila kita dimaklum bahawa pertuduhan tersebut mengatakan ‘kes itu’ berlaku ‘suka sama suka’.

Tidak lama selepas itu, dalam satu kenyataan akhbar Saiful Bukhari diucap tegas bahawa ‘kes itu’ berlaku secara paksaan.

Harus diingat di sini bahawa kertas pertuduhan hanya sepatutnya muncul selepas keterangan penuduh diambil!

Jadi, siapa merangka kertas pertuduhan tersebut sehingga begitu sekali bunyinya? Tidakkah ia menunjukkan ada satu usaha tergesa-gesa untuk memastikan Anwar ke penjara sekali lagi? Tak perlu Anwar, tanyakan saja pada diri anda jika anda berada dalam situasi beliau, apakah beliau ada pilihan untuk percaya?

Ya, Anwar memilih untuk bertarung dalam permainan yang beliau tidak percaya boleh memberikannya keadilan. Tapi anda mungkin silap baca – bahawa pilihan Anwar menunjukkan sifat negarawan pada beliau. Beliau mahu rakyat percaya kepada sistem kepolisan, kehakiman dan undang-undang itu sendiri. Tapi sistem tidak bergerak sendiri, ada penggerak sistem yang berada di atas undang-undang (above the law). Ini yang semua harus jelas. Penghargaan terhadap sistem tidak pernah beerti meredhai kezaliman penggeraknya, tetapi kita langsung harus berdepan dengannya untuk menzahirkan keadilan.

Dan seruan Reformasi antara lain ialah melawan kezaliman ini! Lawan Tetap Lawan!

Amin Ahmad, 28 ialah penulis amatur. Beliau akan mengulas isu perbicaraan Anwar dari masa ke masa, mengikut perspektif beliau.

Mahathir ‘agong tanpa tengkolok’
Selepas menimbulkan kegemparan, sehingga ditahan Kementerian Dalam Negeri (KDN), buku Barry Wain tidaklah terlalu mengejutkan dan tidak pula benar-benar “baru”.

Cuma ia mungkin menarik bagi karya jenis biografi seorang tokoh politik apabila susunannya itu diulas dengan kritis oleh seorang bekas editor kanan.

Sebahagian besar Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times rangkuman maklumat yang sudah diketahui umum, khususnya di kalangan peminat tegar politik sejak selepas merdeka, termasuk melalui ceramah politik, gosip dan terbitan alternatif.

Generasi Lim Kit Siang atau Anwar Ibrahim misalnya, apatah lagi pemimpin politik berstatus mereka berdua, mungkin tidak terpukau dengan buku setebal 363 halaman ini.

Jadi, saya hairan kenapa KDN perlu memerap buku tersebut sejak beberapa minggu lalu.

Apakah rahsia yang hendak disembunyikan daripada kita, generasi muda politik yang baru belajar menggali sisi-sisi gelap Dr Mahathir? Apakah agenda tersirat KDN dan menterinya Hishammuddin Hussein – untuk menyelamatkan imej mantan perdana menteri itu?

Dengan menangguhkan pengedaran buku itu, kelihatannya kerajaan cuba menyelamatkan imej Dr Mahathir, atau legasinya, walaupun dengan mencemarkan imej Najib Razak sendiri – tokoh yang dikatakan, pada kalangan tertentu, warisan Mahathirisme!

(Dr Mahathir sendiri menggesa Malaysian Maverick diedarkan.)

Satu contoh bahan yang tidak mengejutkan itu: krisis Dr Mahathir dengan raja-raja Melayu seperti sering dirujuk sebagai episod pencemaran imej institusi istana pada 1992 hingga awal 1993. Pencemaran – di sisi pembangkang – bagi menunjukkan sikap hipokrit Umno yang sering pula melaung-laungkan membela istana.

Pada 18 Januari tahun itu, selepas serangan psikologi yang bertubi-tubi terhadap institusi raja, perlembagaan negara dipinda bagi membolehkan satu mahkamah khas dibentuk untuk mengadili sultan yang terlibat dalam salah laku di luar tugas rasminya.

Cara BN, yang dikepalai perdana menteri waktu itu, memburuk-burukkan raja khususnya melalui filem-filem klasik hitam putih di rancangan TV bersama rencana-rencana dan ulasan-ulasan politik di akhbar seolah-olah Umno atau BN sedang merencanakan projek pembentukan sebuah negara republik.

Tetapi Wain, yang menulis bab khas episod ini ‘Agong yang tidak dimahkotakan’, merumuskan betapa bekas PM itu tidak perlu sebuah republik kerana tindakannya melucutkan semua kehebatan istana berjaya mengangkatnya sebagai kepala negara berstatus ‘agong’.

“The erosion of the rulers’ stature and influence ‘diminished their constraining role in tempering the exercise of executive powers’, which Dr Mahathir proceeded to wield with unprecedented latitude.

“In a remade constitutional landscape, he had no need to contemplate a republic. He was the uncrowned king,” catat bekas pengarang kanan Asian Wall Street Journal itu.

Walaupun insiden 1993 menjadi ingatan kolektif ramai aktivis muda politik, kebanyakannya pula sudah melupai atau tidak menghargai kepentingan insiden awal sedekad sebelumnya.

Insiden yang jauh lebih signifikan daripada mengekang kemelampauan institusi diraja seperti pindaan 17 tahun lalu. Dalam bahasa Dr Mahathir sendiri, sewaktu berucap bagi mengikis lagi martabat istana pada 1993, beliau berkata:

“Tetapi sekali lagi mengikut sistem di Britain, undang- undang hanya menjadi sah setelah ditandatangani oleh raja. Di Britain, ini tidak menjadi masalah kerana raja tidak mungkin menolak nasihat jemaah menteri.

“Tetapi di Malaysia perkataan nasihat, yang penggubal perlembagaan percaya akan mempunyai makna yang sama seperti di Britain dan juga di zaman penjajah, tidak ditafsirkan dengan jelas. Oleh itu pihak raja boleh menolak nasihat kerajaan.

“Jika Kerajaan diakui terdiri daripada wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat untuk menentukan rakyat berkuasa, tetapi nasihat kerajaan berkemungkinan tidak diterima, ini bererti demokrasi berparlimen tidak wujud dan rakyat tidak berkuasa sepenuhnya.

“Dalam perkara-perkara tertentu bukan sahaja persetujuan Yang di-Pertuan Agong diperlukan, tetapi juga persetujuan Majlis Raja-raja.”

Insiden 1983 mengubah sama sekali lanskap demokrasi Malaysia dengan membuang kuasa Istana Negara, dan Majlis Raja-raja Melayu, sebagai kuasa penyemak dan pengimbang – kuasa keempat seperti sering dikhayalkan oleh Raja Dr Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.

Dengan terhakisnya cap mohor diraja daripada rang undang-undang yang diluluskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara, Dr Mahathir boleh berbuat apa sahaja sesuka hatinya.

Pindaan perlembagaan 1983 ini pula diusaha dengan penuh sulit dan rahsia sehingga digelar Wain sebagai “kerahsiaan yang belum pernah lagi berlaku dalam kehidupan bernegara” di Malaysia.

Dengan lesen besar yang diperolehinya, bermula era baru kepemimpinan politik Dr Mahathir dan fasa-fasa gelap demokrasi negara.

Selebihnya, apabila kita merenung kembali ke belakang seperti analisis Human Rights Undermined: Restrictive Laws in a Parliamentary Democracy demokrasi kita telah menelusuri liku-likunya yang malang mulai tanggal itu …

Belajar daripada Amir
Oleh: Hasmi bin Hashim

Ketika manusia di Semenanjung Tanah Melayu masih terpinga-pinga untuk memahami apa sesungguhnya makna sebuah nusa bangsa; ketika laungan “merdeka” barangkali masih pelat dilaungkan; di Sumatera, mati seorang anak muda dalam satu rusuhan “Revolusi Sosial” tatkala Indonesia baru setahun menjadi Indonesia.

Nama anak muda itu, Tengku Amir Hamzah Pengeran Indera Putra, atau di dalam sekian banyak tulisannya, lebih dikenali sebagai Amir Hamzah. Kematiannya, terkorbannya dia pada usia 35—hanya berbeza 2 tahun lebih tua berbanding usia saya sekarang—cukup memberikan dukacita.

Berbanding dengan generasi terdahulu, atuk atau bapa-bapa kita, mereka masih kenal dengan bukan sahaja Amir Hamzah, tetapi puisi-puisinya. Ada yang menghafal, dan tak dianggap karya Amir sama ada yang terhimpun di dalam “Nyanyi Sunyi” mahupun “Buah Rindu” sebagai ‘milik’ Indonesia, meskipun Amir sendiri berasal daripada keluarga bangsawan Melayu Langkat. Paling tinggi pun, Amir akan dibanggakan sebagai “Bujang Melayu” seperti yang diungkapnya sendiri.

Kesetiaannya, rasa cintanya, dan betapa dia sebagai “manusia moden” adalah antara jutaan jiwa Nusantara yang berhendak akan sebuah negeri. Mahu menjadi seperti banyak bangsa lain, terutamanya di Eropah dan Barat, di Timur Tengah dan benua Amerika, yang masing-masing mempunyai negeri; mempunyai ‘rumah’. Paling jelas di dalam hembaran akhir buku koleksi puisi “Buah Rindu” (yang pertama kali dicetak pada 1959 oleh P.T. Dian Pustaka sehingga yang di tangan saya cetakkan ke-5 iaitu pada 1985), Amir mencatatkan kebanggaannya kepada apa yang beliau dendami sebagai nusa-bangsa. Tulis Amir: “Kebawah peduka Indonesia-raya | Kebawah lebu Ibu-ratu | Kebawah kaki Sendari-dewi”.

Dia yang mati muda, barangkali juga dengan semangat itu, ya… tatkala negeri atau ‘rumah’ yang beliau idamkan tak sampai setahun merdeka. Sekaligus, kita sama ada pernah atau belum, pasti di satu saat bertanya, apa ertinya menjadi sebuah bangsa? Soalan yang hampir sama dengan, apa ertinya berada di dalam sebuah negara?

Lebih 50 tahun ini, apabila kita meninggalkan “Zaman Indonesia”, meninggalkan nama Amir Hamzah yang pernah dibanggakan oleh tuk-ayah kita, meninggalkan cerita gelora kemerdekaan Tanah Melayu dan kemudiannya apa yang kita kenal, ‘rumah’ kita sebagai “Malaysia”; seolah-olah tak siapa akan mampu meninggalkan dua soalan tadi. Yang terus-menerus dipertanyakan, sampai hujung dunia. Termasuk oleh generasi selepas kita kelak.

Perhatian saya bukan terkorbannya anak muda, sementara kita tahu, anak-anak muda memang menjadi benteng depan di dalam sekian banyak perjuangan. Amir contohnya. Juga di China, di medan Tiananmen apabila mahasiswa dirempuh oleh pasukan tentera negara China; apabila anak muda dianggap sebagai musuh oleh pemerintahnya sendiri. Dan, tak kurang dianggap, dilabel sebagai “musuh negara”. Kita tidak mudah lupa, bagaimana di Korea Selatan pada detik-detik getir jendela demokrasi hendak dibuka, demokrasi sepertimana yang wujud hari ini, juga terpaksa mengirim nyawa anak-anak muda dan mahasiswa di dalam rusuhan di Gwangju. Belum lama peristiwa itu, pada awal 1980-an.

Yang muakhir adalah kembali di Indonesia, di dalam peristiwa “September 1998” kalamana kebangkitan rakyat menuntut Reformasi, juga sekali lagi kita saksikan ada jiwa anak mahasiswa yang terkorban. Saya sendiri tak mungkin lupa di Palestin beberapa tahun lalu, seorang gadis Yahudi-Amerika, Reachel Corrie digilis mati oleh jentera berat tentera Israel.

Tiap-tiap perjuangan kebebasan dan demokrasi, ternyata cukup mahal harganya. Bukan hanya perlu dibayar dengan korban dan perjuangan yang getir, tetapi sering membaham nyawa anak-anak muda. Hakikat ini seakan-akan membuka kenyataan betapa kekuasan politik selalunya terkait dengan “yang tua” dan penentangan atau pembaharuan selalu diwakili oleh “yang muda”.

Amir, di dalam puisinya “Hanyut Aku”, dia telah merintih. Begini:

Hanyut aku, kekasihku!

Hanyut aku!

Ulurkan tanganmu, tolong aku.

Sunyi sekelilingku!

Tiada suara kasihan, tiada angin men-dingin hati, tiada air menolak ngelak.

Dahagakan kasihmu, hauskan bisikmu, mati aku sebab diammu.

Saya menduga, Amir seakan-akan berbicara dengan Tuhan… sebuah keluh-resah yang tak akan berpenghujung, melainkan di liang lahad. Namun, saya juga membayangkan dia seakan berdiri di hadapan Negara. Sementara, Negara bukan makhluk, melainkan—seperti falsafah Tuhan di satu sudut tafsirannya—adalah konsep. Atau seperti yang diungkapkan oleh Amir sendiri di dalam puisi “Padamu Jua”, sebagai “tiada rupa”. Maknanya, tidak berjisim, tidak berwajah…

Khayalan Amir memuncak kepada sesuatu yang tidak terlihat oleh mata kasar, kepada sesuatu yang “tiada rupa” apabila di satu saat lain, katanya:

Nanar aku, gila sasar

Sayang berulang padamu jua

Engkau pelik menarik ingin

Serupa dara dibalik tirai.

Apapun yang dirintihkan oleh seorang penulis, pemuisi bahkan pejuang kemerdekaan seperti Amir, di antara semua keinginan dan semangatnya itu adalah apa yang kita sebut sebagai “idealisme”. Persoalan tatkala berhadapan dengan sosok Negara, seperti soalan yang sering dipertanyakan oleh cikgu di sekolah waktu kecil, “apakah yang kita mahu?”

JATIDIRI WARGANEGARA

Jawapan yang juga daripada cikgu-cikgu kita, adalah, “berbakti kepada agama, bangsa dan negara”. Itu jawapan yang standard. Sekaligus doktrin yang dipaksakan. Nah! Tanyakan sahaja kepada orang politik yang tinggi sehingga perdana menteri atau kepada pemimpin peringkat bawah, di dalam perjuangan ini… apakah yang mereka mahu? Jawabnya, barangkali masih tidak ubah seperti anak-anak murid tadi, “mahu berbakti kepada agama, bangsa dan negara”!

Maksud saya, apakah kita tidak pernah berfikir lebih dalam daripada jawapan yang standard itu… mencari dasar-dasar persoalan. Sekurang-kurangnya daripada mana idealisme itu hadir (?)—sementara di sekeliling kita, ramai sekali yang mahu atau telah menjadi pemimpin, telah juga kemelesetan idealisme. Penyertaan di dalam parti politik, misalnya, dengan cita-cita materialisme.

Kalau ini terjadi, kalau ini terjadi dengan meluas pula, ia adalah malapetaka kepada bangsa kita. Kepada negara ini. Dan pada saya, ia memang sebenar-benarnya telah berlaku dan sedang melebar, bukan sahaja di kalangan orang politik, tetapi di pelbagai peringkat dan kita semua tahu, mengumpul pengalaman dan cerita runcit-runcitan saban hari. Kalau dahulu dituduh ia menular di kalangan parti politik, tetapi kini, ia semakin parah termasuk berlaku di kalangan badan-badan bebas dan di luar kekuasaan politik pemerintah.

Agaknya, selain tatkala Kesultanan Melayu Melaka jatuh hampir 500 tahun lalu, malah satu-persatu kerajaan dan kesultanan di Nusantara tumbang kepada kuasa luar akibat korupsi, rasuah, kecura-ngan amanah serta sifat tidak matang raja dan penguasanya, keadaan kita hari ini antara tragedi dan malang paling parah sepanjang wujudnya bangsa kita di dunia ini.

Berebut untuk berkuasa, bererti berebut untuk mendapat peluang membikin kekayaan dengan enteng. Tidak timbul langsung, soal amanah dan tanggungjawab. Tidak seperti, misalnya, Paduka Dewi Airlangga: Sanggrama Wijayatungadewi.

Siapa dia? Dia adalah pewaris takhta sebuah kerajaan kecil di Tanah Jawa: Kerajaan Airlangga. Baginda cantik. Baginda juga dikenang orang kerana menolak untuk dilantik menggantikan tempat ayahanda baginda, sehingga menjadi keributan seketika apabila penolakan itu sampai ke cuping pengetahuan raja. Namun, selepas dijelaskan betapa Wijayatungadewi sangat bimbang memikul tanggungjawab, maka kerana itu ia mengundur tidak mahu merebut kekuasaan tertinggi. Dewi pun mendapat penghormatan tinggi daripada ayahanda baginda dalam pidatonya:

Yang, walau tidak didukung oleh perbuatan—justeru

Hal itu jelas oleh tidak adanya tindakan—adalah

Sesuatu yang patut ditiru

Tentang pandangan yang tinggi mengenai kewajiban-kewajiban sebagai ratu.

Seandainya dia tidak menghormati jabatan sebagai ratu, dia tentu,

Walaupun tidak memenuhi syarat-syarat sebagai ratu,

Menginginkan naik ke singgahsana dan rakyat,

Yang kemudiannya harus menyembah kepadanya,

Kerana dia adalah ratu atas kehendak dewata,

Akan runtuh bersama kerana dia tidak kuat

Dengan demikian dia berjasa.

Tentulah tidak mudah untuk kita mencari seorang yang punya kesedaran sepertimana Wijayatungadewi. Betapa dia tahu, dia lemah. Dia tidak layak. Justeru kalaupun diikut nafsu untuk menjadi yang tertinggi di dalam pemerintahan, kerana “Takdir Tuhan” (atau dalam pidato di atas disebut sebagai “atas kehendak dewata”), mahupun di dalam konsep moden disebut sebagai “natural leader”, maka akibatnya buruk… akan runtuh bersama kerana dia tidak kuat. Maknanya, keruntuhan barangkali kerajaan, barangkali empayar dan tamadun itu seluruhnya.

Kisah di Airlangga itu, adalah teladan, dengan mesej betapa keinsafan (antara sendi penting “idealisme’… bolehlah dianggap begitu) adalah hal pokok bagi seseorang yang menempatkan dirinya di posisi kepimpinan. Selain, saya wajar juga memetik maksud al-Quran dalam suruh Adh-Dhuha (ayat 10) di mana peringatan Tuhan bahawa perlunya sikap pimpinan itu pertama-tama tidak bengis-sombong: wa-ammasaa-ilafala-tanhar: “Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik.”

NILAI KEPIMPINAN

Sepintas “Riwayat Hidup Kongfusius” tulisan Qu Chunli di dalam terjemahan oleh Institut Kajian Dasar (IKD), 4 tahun lalu, antara perenungan baik terhadap kesedaran etika dan akhlak yang harus ada pada pimpinan. Mahaguru besar yang hidup di zaman Chunqiu (770-476 S.M.) itu pada suatu hari mendapati seorang pengawal pejabatnya telah menghalau seorang budak miskin yang mahu bertemu dengannya. Apabila dia mendapat tahu akan sikap pengawalnya itu, maka dia sendiri mencari dan memanggil budak miskin itu untuk ditanyakan tentang masalah yang dihadapi, tentang makan-minum yang khabarnya selalu tidak cukup.

Perbandingan dengan hari ini, sikap pengawal yang angkuh dan mengambil mudah sedemikian tampaknya menjadi sikap pimpinan politik. Sekali lagi, tidak kiralah di peringkat atas, tengah atau bawah. Persoalan yang sukar, adalah di mana dapat kita temukan sikap rendah hati dan penuh kesedaran yang sewajarnya dimiliki sepertimana yang ditunjukan oleh Konfusius.

Peribahasa Melayu “bersultan di mata, beraja di hati” adalah amaran awal bagaimana autoritarian, pemerintahan kuku besi malah kediktatoran wujud. Dek lamanya cengkaman ini, ditambah dengan kepalsuan media, maka rakyat yang hidup di bawah langit mendung pemerintahan kuku besi menjadi alah bisa tegal biasa. Tidak merasakan bahawa mereka terkongkong. Tidak merasakan betapa perlunya demokrasi dan kebebasan, dan memakai nama “kestabilan” seolah-olah lebih tinggi daripada harga diri manusia.

Memang, “kestabilan”—termasuk kestabilan ekonomi—telah menjadi nama molek dan muluk kepada kongkongan. Apa yang disebut oleh seorang Pemenang Anugerah Nobel Ekonomi, Amartya Sen sebagai “Thesis Lee” adalah keanehan atau paradok modeniti. Singapura beliau angkat sebagai contoh di mana rakyatnya dilihat selesa berada di bawah sistem yang penuh cerucuk yang melukai demokrasi. Tak perlu ada demokrasi, apatah lagi kebebasan kerana apa yang penting adalah mereka merasakan ‘selamat’ hidup di bawah sistem autoritarian sedemikian adanya.

Musuh luar diciptakan. Tidak terlalu sukar. Krisis adalah perlu, kerana itu, kita kadang kala menjadi begitu sukar memahami bagaimana hubungan, misalnya Singapura-Malaysia payah sangat untuk dipulihkan. Sering tegang di sana-sini. Sementara, ketegangan ini adalah sangat mustahak kepada kedua pemerintah untuk mewujudkan rasa ketakutan dan ancaman kepada negara, justeru untuk menjadikan rakyatnya bersatu. Menyokong dan berbuat mengikut arahan sepertimana sepanjang masa seakan-akan rakyat berada di dalam keadaan darurat atau perang.

Dunia baru, politik akan datang adalah politik yang perlu bebas daripada sebarang strategi yang mengorbankan hak-hak rakyatnya. Apatah lagi mengorbankan demokrasi dan kebebasan. “Politik intrik” sedemikian hanya merugikan sementara psikologi Perang Dingin masih dieksplotasi untuk menggambarkan seakan-akan di luar sempadan negara sentiasa ada musuh yang menunggu untuk menyusup masuk dan menyerang kita—sementara sejak sekian lama, kita mendengar “penjajahan bentuk baru” berulang kali dilaungkan sebagai alasan untuk mengacip kebebasan dan hak rakyat.

Betapa hari esok, adalah hari untuk anak-anak muda dan perlu turut sama digariskan—tidak dilepaskan hanya kepada “yang lain.” Barangkali begitulah yang pernah diyakini oleh Amir meski beliau sendiri mati muda. Persoalannya sekali lagi, apa ertinya ‘rumah’ atau Negara ini kepada kita? Soalan yang entah bila akan terjawab secara penuh. Tiap anak muda adalah intan, dan bukannya kaca.

Kalau benar bagai dikata,

Kaca ku genggam menjadi intan;

Ribuan pahlawan di depan mata,

Siap siaga mara ke depan.

Andai semua kebobrokan ini disedari dan diambil kira, meninggalkan “politik intrik” ternyata adalah satu keperluan, bilamana politik dan kepimpinan bukan lagi semata-mata gelanggang yang berselirat tipu helah, seperti yang selalu diperkatakan oleh generasi muda apabila memandang jelek terhadap politik.

Politik dan kekuasaan itu juga berakhir, di mana ia bermula: Innamal-a’malu-bilniat. Selepas itu, tidak ada apa lagi yang terselindung dan mampu disembunyikan.

Hasmi bin Hashim, seorang penulis yang berpolitik dan juga seorang politikus yang menulis.

*Tulisan ini asalnya berjudul “Idealisme, Etika dan Gagasan” disediakan untuk Kem Kepimpinan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) anjuran Sekretariat Belia Negeri Selangor (SBNS) bertempat di Hotel Empress Sepang pada Sabtu dan Ahad, 24-25 Oktober 2009.

http://jalantelawi.com/?p=1029

Analisis Bagan Pinang: Persimpangan kritikal buat semua?
ANALISIS

Benar, Tan Sri Isa Samad menang besar di Bagan Pinang. Semua pihak akur yang Isa memang sukar digugat di Bagan Pinang, bahkan di seluruh kawasan parlimen Telok Kemang, yang beliau adalah Ketua Bahagiannya. Menawan kerusi ini dari Isa, semacam hendak merampas Permatang Pauh dari DS Anwar. Bukan senang.

Bukan sahaja pihak lawan, bahkan MB Mohd Hassan dan tidak keterlaluan kalau dikatakan DS Najib, Presiden Umno itu pun tak boleh cabar Isa di situ. Sebab itu hanya dituruti saja kehendak penyokong tegar Isa. Kalau bertanding bebas pun dikatakan Isa akan menang.

Sebab itu, Umno tidak ada pilihan kecuali untuk meletakkan Isa juga, meskipun disanggah kedua-dua mantan Presiden, Tun dan Timbalannya, Ku Li. Mentelahan, setelah kalah 7-0 dalam p/raya kecil di Semenanjung dan 4-0 di tangan PAS, Umno tekad dan desperat untuk menang, walau dengan apa jua cara pun. Persetankan pengkritik.

Formula mereka mengena. Bahkan mereka untung besar. Pimpinan Umno bersorak dan berkokok sekeliling kampung. Lama mana media BN akan mainkan belum pasti.

Umno akan berhenti bersorak ketika mereka sedar bahawa Bagan Pinang, tidak menggambar Malaysia sebenarnya. Kemenangan Bagan Pinang sukar untuk dijadikan ukuran. Yang menang pun, mengikut ramai pundit politik bukan Umno/BN tetapi Isa Samad!

Sememang Isa adalah peribadi yang rata-ratanya disenangi banyak pihak. Orangnya mudah bicaranya tidak canggih seperti juga pemikiranya. Namun Umno sendiri tahu bahawa Isa bukanlah tokoh yang hendak di’ikonkan’ Umno. Isa adalah sebaliknya dari cita-cita pembaharuan mereka. 22 tahun menjadi MB bukan masa yang singkat. Tapi Isa gagal menjadi mercu-tanda atau lambang kemegahan Umno. Mereka jua tahu dan faham.

Tidak banyak yang mampu dibariskan Umno bagi memperagakan pencapaiannya. Sebaliknya setiap hari kempen menyaksikan jentera penerangan PAS/PR menyenaraikan kepincangan, ketimpangan dan ketidaksudahan kerja tangan Isa. Masih banyak yang berbaki yang tidak sempat didedahkan kempen Pakatan.

Samada kegagalan itu akibat rasuah, kronisme atau pendeknya ketidakcekapan kepemimpinannya atau ‘Plainly Incompetent’ dalam bahasa inggerisnya, dengan izin. pengundi Bagan Pinang tidak peduli samasekali. Mereka sudah tekad untuk mengundi Isa. Umum kurang faham sebabya.

Kajian sikap dan persepsi menunjukkan pengundi hanya memberikan 8% perhitungan kepada soalan isu-isu kempen, sementara meletakkan 45% perkiraan calon dan 30% kepada parti yang bertanding. Sukar menembusi pengundi seperti ini. Ini kepelikan Bagan Pinang yang penganalisis kerusi empuk atau pengamat maya kurang faham.

Nah, sekarang Najib berdepan dengan dilema besar. Umno dikatakan akan kembali releven kerana kemenangan Isa Samad. Ironisnya Umno semacam mendapat talian hayat dengan Isa. Umno yang mengambil tindakan disiplin menghukum Isa kerana politik wang atau rasuah, kini terpaksa bersandarkan Isa untuk membenteras imej Rasuah parti Melayu terbesar itu. Ini cukup menyeksa Najib dan pimpinan Umno.

Bahkan mungkinkah Najib terpaksa mengintai-ngintai peribadi-peribadi seangkatan Isa. Mungkin mantan Ketua Menteri Melaka, mantan MB Pahang, Perlis dll, andainya berlaku pulak pilihanraya kecil lagi di negeri-negeri Umno/BN ini. Apakah golongan dari orde lama ini yang akan diharapkan menghidupkan Umno kembali seperti yang ditunjukkan di Bagan Pinang? Bagaimana dengan pemunggaran semula Umno?

Masih banyak kerusi-kerusi seumpama Bagan Pinang yang Umno masih boleh menaruh harap untuk menang besar di Negeri Sembilan, Melaka atau Johor. Kemudian berkokok kuat-kuat bahawa rakyat telah kembali kepangkuan Umno/BN. Najib silap dan partinya pun silap membuat ektrapolasi atau rumusan borong seperti itu untuk seluruh negara. Hati kecil mereka tahu bahawa dakwaan mereka tidak dapat mereka benarkan sendiri.

Kemenangan Umno di Bagan Pinang ialah kedudukan ’status-quo’. PAS turun sebagai ‘underdog’ dan Umno sebagai ‘juara menanti’ atau ‘incumbent’. Macamlah PAS menang di Bukit Gantang, Penanti dan Manik Urai, atau PKR memenangi kerusi Permatang Pauh. Kelainan hanyalah terdapat pada kerusi Kuala Terengganu yang ditawan oleh PAS dari Umno. Itu boleh berkokok kuat-kuat. Itu lonjakan dan prestasi luarbiasa namanya.

Sebaliknya, Najib dan media BN terlalu ghirah untuk meyakinkan bahawa slogan 1-Malaysianya telah diterima rakyat dengan kemenangan Isa. Maka apakah Isa itu 1-Malaysia ke? Apa barang ini 1- Malaysia? ‘Maskot’nya Isa Samad ke?

Kini Najib terperangkap dengan kelemahan kepimpinannya sendiri. Umno terlepas peluang di Bagan Pinang untuk memerdekakan ahli, pengundi dan rakyat. Beliau gagal menampilkan orang muda, profesional dan mungkin juga bersih untuk proses penambahbaikan atau ‘reengineering’ Umno.

Umno mahu terus mencandukan rakyat dengan imbuhan, sogokan dan gula-gula yang mampu ditaja oleh seorang mantan MB yang mewah setelah 22 tahun ‘mengemudi’ negeri terbanyak itu.

Umno tidak bersedia bermain di pentas ‘Politik Baru’ �politik berteraskan pengundi yang dibekalkan maklumat, lantas keberanian memilih sesiapa pun yang mereka tanggap mewakili cita-rasa dan harapan mereka.

Justeru, Najib gagal meyakinkan rakyat seluruhnya bahawa dia komited untuk memerangi rasuah dan politik wang. Mereka tahu bahawa Isa bukan ikon ‘pembenteras rasuah’ bahkan sebaliknya. Di satu sisi, nampaknya MCA jauh lebih berani membuat tekad perubahan dalam pergolakan dalaman parti itu mutakhir ini.

Umno telah menggunakan Mesyuarat Agung parti itu untuk menjadi pemangkin proses pemulihan dan rawatan parti itu? Umno masih mahu mencuba. Pindaan perlembagaan parti itu dalam mesyuarat khasnya telah dijadikan retorik terbuka ke atas komitmen tersebut. Hanya masa akan menentukan komitmen mereka terhadap program pembasmian rasuah dan pemunggaran semula Umno.

Apakah keberanian menciplak slogan dan retorik Pakatan yang nyata lebih selesa dengan pendekatan ‘Inklusif’ dan ‘Rentas-Kaum’ dalam advokasi tawaran politiknya, seperti mana slogan Pakatan atau PAS contohnya dengan slogan ‘PAS Untuk Semua’?

Apakah Umno akan mengendurkan paksi ‘Ketuanan Melayu’nya sekaligus terpaksa mengakui kelebihan slogan Pakatan dengan satu yang Inklusif yakni ‘Ketuanan Rakyat’. Umno jelasnya tercepit dan terperangkap dengan dogma pemikiran lamanya. Kini kesemua dogma itu menghantui kesinambungan survivalnya dalam arus Politik Baru.

Umno takut untuk membuat perubahan besar meninggalkan paksi lamanya kerana takut kehilangan sokongan tegar Melayunya. Umno tidak pasti akan dapat mengembalikan sokongan India dan Cinanya dengan pendekatan baru ini, tapi yang jelasnya Umno khuatir kehilangan sokongan undi Melayunya, andaikata gagasan ini ditolak oleh pengundi tegar Melayunya bahkan sesetengah pemimpin dan ahli akar-umbinya. Ini dilema Umno dipersimpangan ini.

Mungkin ada yang menelah, apa kurangnya PAS dan Pakatan?

Episod-episod pertentangan samada di antara parti-parti komponen Pakatan atau dalaman mana-mana parti itu sendiri, samada dalam PAS atau PKR, adalah bibit-bibit pencerminan konflik dan dilema yang sedang dilalui Pakatan. Ini pengamatan penulis.

Sebaliknya Pakatan jangan bermudah untuk menyembunyikan hakikat ini. Lebih berani Pakatan menangani ini permasalahan ini secara kolektif dan konsisten, lebih baik natijahnya bagi Pakatan. Menyapunya ke bawah karpet hanya akan melengah letupan bomb jangka ini. Ia tetap akan meletup.

PAS dan Pakatan boleh sahaja meletakkan kekalahan di Bagan Pinang kepada masalah Undi Pos atau keganasan pihak lawan sehingga mencetuskan ‘fear factor’ khususnya di kalangan pengundi Cina dan India di estate- estate. Mungkin ada kebenarannya.

Namun ramai yang mahukan keputusan Bagan Pinang menjadi satu ‘wake-up call’ atau kejutan dari mimpi enak Pakatan, yang sejak selepas Mac 2008 di perkuatkan dengan kemenangan 7-0 ke atas Umno/BN di Semenanjung.

Mereka mahu PAS dan parti-parti komponen Pakatan, wajar menjadikan PRK Bagan Pinang sebagai satu ‘peringatan tegas’ bahawa ‘Road-Map’ ke Putrajaya tidak semudah dan semanis yang dituturkan pemimpin Pakatan.

Kalau benar-benar Agenda Perubahan Besar PRU ke-13 mahu digapai dan direalisasikan, maka tahap kesiapsagaan dan keserasian bekerja sebagai sebuah Koalisi Politik yang bakal menjadi Kerajaan Pusat, semestinya diperbaikki segera. Mereka mahukan Pakatan menunjukkan keupayaannya untuk bertindak sebagai satu Koalisi yang mantap dan kredible. Mereka mahu pertelingkahan titik bengit dan perhitungan kepentingan partisan atau parokial parti-parti komponen Pakatan diselesaikan segera dengan bijak dan cermat.

Percakaran dan perbalahan di antara pimpinan komponen Pakatan khususnya yang menerajui kerajaan negeri atau di Pusat disaran dihentikan segera. Mekanisme mengatasi perbezaan dan pertikaian polisi khususnya yang berunsur ras, kaum dan agama mesti diurus dengan bijak, cermat dan berkesan. Sikap berdolak-dalik atau tidak konsisten dan komited dengan dasar-dasar yang disepakati tidak wajar diberi ruang untuk menjadi cemohan dan modal politik pihak lawan mendakwa kerapuhan perpaduan Pakatan.

Tindakan disiplin terhadap sesiapa pun pimpinan yang tidak mengikut peraturan-peraturan yang disepakati oleh Muafakat Politik di peringkat Majlis Presiden mesti dikuatkuasakan dengan tegas.

Pakatan wajar tahu bahawa PRU ke-13 tidak akan dimenangi dengan hanya kebencian rakyat terhadap Umno/BN. Mereka mahu PAS, DAP dan PKR tidak bercakaran tentang isu agama, perundangan dan kepentingan kaum. Rakyat mahu saksikan formula baru Pakatan. Mana Agenda Ekonomi Baru Malaysia? Mana agenda pemulihan keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia di bawah Pakatan? Mana agenda pembangunan yang lebih lestari, mapan dan berteraskan kesejahteraan rakyat? Bagaimana Pakatan akan mendemokrasikan ekonomi negara?

Mana agenda pembangunan yang tidak membawa kemusnahan alam sekitar dan kerosakan nilai insaniyah? Mana agenda urus-tadbir yang baik Pakatan yang membezakan kebobrokan Umno/BN? Kesemua ini mesti ditampilkan supaya rakyat mampu menilai Pakatan sebagai kerajaan menanti. Mereka juga mahu Pakatan didaftarkan segera dan tampil sebagai satu Koalisi Politik yang kuat dan kredible.

Bagan Pinang jelasnya adalah hak milik Umno/BN sekali lagi. Isa Samad telah memenangi pertempuran kali ini. Umno/BN berjaya mengekalkan kerusi ini. Namun dalam 3 hari selepas Bagan Pinang, Umno mahu meyakinkan rakyat di seluruh negara bahawa mereka telah berubah. Mereka sudah melalui transformasi.

Yang jelasnya banyak retorik oleh pemimpin yang dilaungkan dan kata-kata molok tentang transformasi dan perubahan. Dalam 3 hari belum ada apa-apa yang di lihat rakyat lagi, cuma kata-kata mereka yang didengari. Kesemua itu telah dilalui dulu. Legasi itu akan berulang lagi. Benarkah seperti kata Timbalan Presidennya bahawa Umno telah bersedia bertempur? Hebat. 3 hari bertempek dan bersorak, Umno telah meyakinkan seluruh dunia bahawa mereka telah berubah, telah merawat segala gejala-sindrom kerakusan kuasa, rasuah dan amaln politik wang pimpinan mereka. Aneh.

Penulis berkeyakinan hanya kelompok yang berjaya membaca kehendak rakyat dan aspirasi pengundi serta mampu menampilkan kepimpinan yang kompeten, berwiba, telus, berani dan beramanah sahaja yang akan bakal memenangi perperangan PRU ke-13.

Pakatan atau BN kah yang memilikki ciri-ciri kepemimpinan ini?

Masa akan menentukan. Allah Lebih Mengetahui.

Penulis adalah Pengarah Operasi jentera PAS pilihan raya kecil Bagan Pinang yang juga anggota Parlimen Kuala Selangor._

Franz Magnis-Suseno, Perspektif tentang Bahasa, Budaya & Bangsa
Franz Magnis-Suseno, lahir Eckersdorf pada 1936, orang Jerman, tumbuh dalam pendidikan awal Perancis, kemudian melepaskan semua itu lalu memileh menjadi warganegara Indonesia. Itu tahun 1977, setelah 16 tahun berkhidmat dalam gerakan Katolik di Indonesia. Dewasa ini, Romo Magnis ini, begitulah yang sering dipanggil padanya, bertugas sebagai professor di Sekolah Tinggi Filsafat Driyarkara (STF Driyarkara), Jakarta. Tesis doktoralnya pula adalah tentang Marxisme di Universität München. Justeru, dengan latarnya, pengetahuannya, dan kerencaman bahasanya, termasuk Bahasa Jawa yang amat dikuasainya, maka wawancara AQIL FITHRI—yang merupakan zamil Cendikiawan Awam Asia 2009/2010, Nippon Foundation, Jepun—ini cuba melihat beberapa beberapa persoalan yang melibatkan budaya dan bahasa nusantara, menerusi perspektif bukan-Malaysia, malah bukan-Asia sekalipun, tapi kini seperti katanya sendiri, “lebih mencintai Indonesia dari Jerman.”

Franz Magnis-Suseno di bilik pejabatnya di Sekolah Tinggi Filsafat Driyarkara © Aqil Fithri.

Sebenarnya, apakah ertinya budaya? Apakah budaya hanyalah warisan, sejarah, tradisi, dan apa-apa yang berkait dengan masa lalu?

Sebenarnya budaya itu cara manusia menjalankankan kehidupan. Tidak hanya kegiatan seharian, tapi juga melaksanakan hal tersebut dalam kerangka yang memuat makna, seperti adat, pola komunikasi, cara bertemu dengan orang sesuai dengan emosi yang diharapkan, dll. Barangkali budaya juga boleh mengungkapkan diri dalam bentuk seni. Maka, dalam erti ini sebetulnya tidak ada kelompok orang yang tidak punya sebuah budaya. Tapi, setiap budaya itu memang berbeza, juga terdapat kekhasan budaya-budaya itu berbeza, bahkan ada kelompok orang yang mengalami budaya yang terfragmentasi. Ini berlaku kerana terdapat cabaran moden yang tidak dapat diintegrasikan.

Justeru, apakah ini bermakna budaya terbentuk melalui lingkungan (persekitaran)?

Barangkali lingkungan adalah termasuk dalam budaya. Dalam mana-mana tempat di dunia, kita menemukan budaya, termasuk budaya yang khas. Kalau di Indonesia, tampak sekali perbezaan budaya. Antara Minang, Bugis, Jawa, Sunda, yang berdekatan, itu pun sudah berbeza budaya. Malah, negara seperti Jerman pun begitu. Jadi, perbezaan budaya itu adalah perkara biasa. Budaya juga tidak terpengaruh oleh lingkungan, tapi oleh pelbagai faktor yang mencabar peserta budaya itu. Katakan saja secara sederhana, makan di McDonald itu akan mempengaruhi budaya. Memang, tindakan tersebut belum tentu sesuatu yang negatif dan kronik, tapi tindakan itu sebenarnya membuka sebuah kemungkinan yang baru. Hal yang sama juga boleh berlaku bila orang yang pergi ke luar negeri, lalu bertemu dengan banyak orang yang berbeza. Justeru, dalam pluralisme faktual, kita tidak lagi hidup dalam masyarakat yang tertutup. Semua hal tersebut adalah mempengaruhi budaya. Jadi, budaya itu sendiri seperti sebuah organisme, hanya hidup kalau berkembang. Budaya juga sama sekali tidak statik, malah sulit kekal, dan sekarang sukar untuk mempertahankan diri. Budaya-budaya di Indonesia, atau kebudayaan Indonesia itu adalah sesuatu yang dalam perkembangan. Tentu muncul pertanyaan, apakah ada sesuatu seperti menjadi terasing dari dirinya sendiri? Di situ, sebetulnya ada dua jawapan. Kaum positivis akan mengatakan bahawa budaya adalah apa yang secara nyata merupakan keberadaan cara hidup yang tidak boleh terasing daripadanya. Ini juga adalah budaya sakral. Tapi kebanyakan mungkin tidak setuju dengan pendapat ini. Mereka akan menilai bahawa terdapat keaslian budaya yang berkembang, yang menjadi berbeza dari dulu, dengan beberapa kriteria. Bagi saya, kriteria yang paling penting adalah apakah hal yang telah berubah? Apakah mereka diberdayakan atau menjadi lemas atau menjadi objek dari permainan media. Jadi, kalau mereka itu tetap kreatif, inisiatif, semangat, maka tentu mereka maseh dapat mengungkapkan diri. Mithalnya, orang Jepun. Memang, saya secara peribadi tidak pernah ke Jepun. Tapi, katanya, budaya orang Jepun kalau dilihat sepintas sudah seperti orang Amerika. Tapi, bagi orang Jepun sendiri, mereka tetap menyatakan bahawa mereka adalah orang Jepun. Jadi, pengaruh Amerika itu tidak melemahkan budaya mereka. Maka, tidak usah mengharapkan orang Jepun seperti Reformasi Meiji, dan sekarang sudah tentu mereka berbeza berbanding waktu 1930-an, atau waktu Perang Dunia ke-II. Di Indonesia, kami mempunyai satu kata, mungkin dari bahasa Jawa iaitu latah. Kata latah ini bererti, asal ikut-ikut saja, tidak punya pendirian dan dengan demikian dapat dibawa ke mana-mana saja. Nah, ini pada saya tanda dari keterasingan. Tapi, kalau orang tetap mampu menangani kehidupannya, tentunya tidak latah terhadap kemodenan. Saya percaya, sebetulnya budaya Indonesia maseh sangat kuat, meskipun mungkin tidak kelihatan jelas seperti mithalnya di India, yang ketara sekali kesan-kesan kebudayaan-kebudayaannya.

Ada kata yang menarik di sini, organisme. Anda menyatakan bahawa budaya itu organisme. Ini bermakna budaya hanya akan hidup kalau berkembang. Justeru, apakah maseh penting lagi budaya lokal, yang kadang-kala kita panggil sebagai budaya asli?

Budaya lokal, atau budaya yang asli, itu maseh sangat penting. Ini kerana, di dalam budaya itu berakarlah jagad makna masyarakat tersebut. Jadi, budaya itu penting untuknya mendapat kepastian eksistensinya, kepastian sosialnya, kepastian agamanya. Dari semua itu, masyarakat tersebut mendapat semangat hidup. Kalau itu sama sekali terputus, maka mereka akan mengambang, kabur. Nah, yang sulit secara objektif untuk ditarik batasnya adalah, andaikan juga budaya lokal itu berubah—barangkali kerana modernisasi—maka sejauh mana itu bererti mereka kehilangan jatidirinya? Atau, apakah jatidirinya sedang berkembang. Saya sedikit mengenal budaya Jawa, kerana saya selalu bergaul dengan orang-orang Jawa. Malah, pernah belajar bahasa Jawa serta menulis buku mengenai etika Jawa dan wayang Jawa. Sekarang saya melihat Bahasa Jawa lama-lama tidak lagi dipakai, atau dipakai secara rosak. Kalau bahasa itu menjadi campur-aduk, mithalnya Bahasa Jawa dengan Bahasa Indonesia, lalu mungkin dengan Bahasa Inggeris pula, itu semua boleh mempengaruhi cara berfikir. Kalau kita setiap kali mengalami kesulitan dalam Bahasa Indonesia yang berakar dari Bahasa Melayu bagi mengatakan sesuatu, lalu memakai kata Inggeris, itu sebenarnya boleh mengancam identiti. Namun, dewasa ini, orang Jawa memang asyik lagi berpakaian Jawa pada hari-hari biasa. Walau bagaimanapun, bagi saya itu tidak bererti mereka terasing. Apa lagi bagi banyak orang yang bergaul dengan orang-orang Jawa, memang sifat-sifat manusiawi pada Jawa itu, seperti nilai-nilai komunikasi, bagaimana membawa diri dengan baik dan sopan, itu maseh tetap sama. Pengalaman saya berbicara dengan calo Jawa di terminal Jawa, sebetulnya apabila dicungkil, maka sudah keluar budaya Jawa mereka. Bahkan mereka juga maseh mampu berbicara kromo Bahasa Jawa tinggi. Jadi, belum begitu terasing. Tapi kerana cara hidup mereka keras, sibuk, maka mereka tidak memperhatikan soal tersebut. Apapun pada saya, kalau sebetulnya mereka menghayati filsafat Jawa, mereka akan kekal berbudaya Jawa.

Jadi, itu bermakna Bahasa Indonesia telah mengubah Bahasa Jawa, atau khususnya telah mengubah orang-orang Jawa?

Saya fikir setiap suku di Indonesia maseh tetap mahu memakai bahasa ibu mereka. Tapi, di Jakarta khususnya hal ini sangat sulit sekali. Jakarta secara praktisnya adalah menggunakan Bahasa Indonesia. Tadi, saya melewati kampong-kampong untuk ke Sekolah Tinggi Filsafat Driyarkara (STF Driyarkara) ini. Kebanyakan orang-orang berbicara bahasa Indonesia. Tapi, kalau buruh bangunan itu bila saya nguping, memang maseh ramai lagi yang berbicara dalam Bahasa Jawa. Nah, fenomena ini sebenarnya lebih mengancam kelompok budaya yang lebih kecil. Jawa itu kelompok masyarakatnya maseh sangat besar. Sunda pun maseh besar, dan semakin ke timur semakin kecil kelompok budaya. Itu akan lebih sulit untuk bahasa tersebut berkembang. Mithalnya di Flores, di sana terdapat cabaran yang lebih sulit. Flores itu pulau yang kecil hanya dengan dua kelompok bahasa besar. Tapi, di Pulau Flores itu juga, mungkin terdapat 12 bahasa yang kecil-kecil. Di sini, budaya dan bahasa mereka menjadi lebih sulit.

Mengapa menjadi lebih sulit?

Saya terlibat dalam gerakan Katolik. Kalau dalam perayaan Katolik, selalu menggunakan Bahasa Indonesia. Tapi, selain itu terdapat juga penggunaan dalam bahasa tempatan. Walau bagaimanapun, di Pulau Flores, ini sama sekali tidak boleh dilakukan. Jadi, mahu atau tidak, mesti menggunakan Bahasa Indonesia agar bahasa itu dapat diterima oleh semua pihak. Bahasa Flores memang tidak ada. Bahkan, bahasa Manggarai tidak ada di sana. Jadi, harus memakai Bahasa Indonesia. Jadi, dengan menggunakan bahasa Indonesia, lama-kelamaan, sesuatu yang terdapat dalam budaya asli mereka akan hilang.

Memang, semangat hidup boleh diperoleh dari budaya asli kita. Ini kerana, seperti dalam kata-kata anda, “di situ terhimpun jagad makna.” Tapi, apakah globalisasi dewasa ini tidak punya jagad makna juga, yang darinya kita dapat mengambil semangat hidup?

Saya fikir globalisasi itu juga boleh membuka wawasan bangsa dan tidak memperlemahkan budaya. Memang, budaya akan berkembang. Katakan saja di Indonesia, yang mempunyai banyak hubungan antara suku, itu tidak menjadikan mereka kurang Indonesia, ataupun kurang Jawa, atau kurang Sunda. Jadi, kita jangan melihat budaya-budaya itu secara statik, iaitu seperti mahu membangun sebuah zoo, yang mana budaya asli maseh dapat dilihat.

Anda kini merupakan warganegara Indonesia, setelah melepaskan kewarganegaran Jerman anda. Setelah lama di Indonesia, apakah dalam diri anda maseh lagi ada tersimpan kebudayaan Jerman. Atau lingkungan telah menelan kebudayaan asal anda?

Saya sendiri merasa mendapat banyak sekali pengaruh, terutamanya dari budaya Jawa. Tapi, itu tidak bererti bahawa sosialisasi saya selama 24 tahun pertama hidup di Jerman itu hilang. Dan, memang tidak perlu hilang. Orang Indonesia tentu mengharapkan dari saya untuk berkomunikasi dengan gaya Indonesia, serta mengerti mengenai hal mereka. Memang ada perbezaan dengan Jerman. Orang Indonesia, atau juga orang Jawa juga, sering mengatakan bahawa Romo itu, mereka menyebut saya Romo, bahawa “Romo Magnis itu lebih Jawa dari orang Jawa.” Bagi saya ini pujian besar yang mengembirakan. Tapi, itu bererti saya orang Jawa. Sebenarnya, sekarang saya mengalami masalah kalau ke Jerman, yang semakin lama semakin terasing dengan saya. Terus-terang saja, saya banyak merasakan hal yang sudah berbeza. Di sini, di Indonesia ada cabaran-cabaran lain. Saya kenal lebih banyak orang di sini, dan itu tentunya lebih mewarnai hidup. Saya juga merasakan dapat memasuki budaya Indonesia, mahupun Jawa, tapi hakikatnya itu tidaklah bermakna saya seluruhnya menjadi orang Jawa atau orang Indonesia. Pengalaman saya dengan orang Indonesia dan juga orang Jawa bahawa mereka tidak menuntut dari saya menjadi sepertinya. Saya tetap saja diterima baik dalam lingkungan. Bahkan, saya diajak terlibat dalam satu kumpulan yang dinamakan, Yayasan Jatidiri Bangsa, dan mereka tidak membezakan saya. Tapi mungkin juga kerana saya sangat lancar berbahasa Indonesia, meskipun kalau didengar dekat-dekat tentu dapat kedengaran juga ciri-ciri Jerman saya. Jadi, bukannya budaya Jerman saya hilang seluruhnya. Dan, saya tidak merasa itu perlu.

Menurut pengalaman dan pengetahuan anda sendiri, apakah hubungan Malaysia dan Indonesia itu sama seperti hubungan Jerman dan Austria?

Pada saya, latar mereka berbeza. Latar Malaysia dan Indonesia, dengan latar Jerman dan Austria itu jelas tidak sama. Sejarah kolonial berbeza, meskipun Malaysia dan Indonesia masing-masing satu rumpun. Saya kira banyak orang di Malaysia itu maseh mempunyai hubungan darah dengan orang Sumatera. Ini termasuk juga Melayu di Indonesia sendiri yang terdapat di Kepulauan Riau, dan yang hidup di pesisir timur Sumatera. Tapi, di Indonesia sendiri, rumpun Melayu hanyalah sebuah minoriti. Justeru, kerana itu Bahasa Melayu begitu cocok sekali untuk digunakan. Ini kerana Bahasa Melayu itu menghindari masalah hagemoni. Saingannya Bahasa Melayu itu dulu semasa Kongres Pemuda pada tahun 1928, adalah dalam Bahasa Jawa. Pada masa itu, orang Indonesia yang bercakap dalam Bahasa Melayu kurang dari 5%. Andai kata mereka memileh Bahasa Jawa, menurut saya Indonesia takkan sampai terbentuk. Sebab, itu akan dianggap Jawa Raya, dan orang Sunda di Jawa Barat juga tidak mahu berada di bawah Jawa. Tapi, dengan memakai Bahasa Melayu, yang di satu sisi memang bahasa yang bagus, maka kehadhiran Bahasa Melayu itu tidak mengancam hegemoni suku-suku besar di Jawa. Maka, Bahasa Melayu menjadi sangat ideal. Sekarang di Indonesia, Jawa maseh sangat dominan. Tapi, kerana Bahasa Indonesia bukan bahasa Jawa, maka Indonesia tidak menjadi Jawa Raya. Jadi, di situ ada perbezaan. Walau bagaimanapun, memang ada perbezaan yang khas. Saya kira warisan kolonial, turut mempengaruhi ke arah Indonesia bersatu, yang dulu dikenali sebagai Hindia Belanda. Malaysia pula di bawah Inggeris. Jadi, ada perbezaan, dan tidak sama dengan Jerman dan Austria. Tapi, sebenarnya Malaysia dan Indonesia sangat dekat. Masalah yang timbul dewasa ini ibarat pertelingkahan keluarga, antara adik-beradik. Jadi, itu biasa. Tetap saja satu keluarga.

Namun, apakah masalah budaya Malaysia-Indonesia itu wujud hanya kerana sistem negara-bangsa yang dipecahkan oleh kolonial tersebut?

Saya fikir, yang paling dekat antara Malaysia dan Indonesia, adalah bahasa. Indonesia itu adalah negara yang terus sibuk dengan masalah-masalah sendiri. Mungkin sekarang kami baru sedar, setelah munculnya isu-isu seperti Ambalat, dll, yang mana itu mendadak menaikkan semangat nasionalis. Begitu juga Tari Pendet itu memang khas Bali. Malahan, Jawa saja takkan mengaku itu dari bahagian darinya. Nah, itu sebetulnya hal-hal remeh saja, yang kadang-kadang dinaikkan oleh media. Di sini, media kadang-kadang mahu menggelorakan perasaan nasionalisme. Bukankah salah satu masalah nasionalisme moden—iaitu nasionalisme dalam masyarakat yang multi-etnik, seperti di Malaysia juga—ialah bagaimana untuk tetap mempertahankan rasa kesatuan sebagai satu-bangsa. Nasionalisme itu bukanlah sebuah idealogi. Kalau idealogi, tentu ada ajarannya. Nasionalisme tidak ada ajarannya. Sebaleknya, nasionalisme itu adalah cinta pada bangsa, serta rasa kebanggaan menjadi anggota bangsa. Indonesia, menurut citranya dari Soekarno dulu, menjadi satu kerana pengalaman bersama. Jadi, pengalaman di bawah Belanda, penderitaan, penghinaan, dan yang semua itu dilalui bersama, akhirnya membuahkan perjuangan kemerdekaan. Tapi, sekarang itu sudah lama berlalu. Justeru, lalu apa yang mempersatukan kemajmukan dari Aceh sampai Papua? Usaha ini tidak begitu mudah, dan ini tidak hanya masalah khas di Indonesia saja. Jelas saya kira semua orang Indonesia tahu bahawa kami takkan menggelorakan semangat Indonesia dengan melancarkan perang, sama ada dengan Malaysia atau Australia. Tapi, lalu ada over reaction, seolah-olah ada yang menganggap negara yang kecil seperti Malaysia itu mahu mempermainkan kami. Memang, Indonesia itu lebih bangga dengan kebudayaannya, meskipun ekonomi Malaysia lebih maju. Namun, bukan maksud saya bahawa bermakna Malaysia tidak punya kebudayaan. Tapi dalam erti-erti tertentu, budaya Malaysia tidaklah sekaya berbanding Indonesia. Harus diingat, sewaktu Soekarno melancarkan konfrontasi dengan Malaysia, tampak sekali konfrontasi itu tidak popular. Berbeza sekali dengan kempennya untuk merebut Irian Barat dari Belanda. Itu memang sangat popular. Ini lain pula ketika Soeharto berkuasa. Soeharto mengirim wakil ke Kuala Lumpur supaya menyatakan kalian tetap tenang saja. Di samping itu, perlu juga diperhatikan juga yang menyangkut Soekarno. Ini kadang-kala bertentangan dengan paparan media barat. Dalam sejarah, Indonesia seperti yang saya tahu tidak pernah mendakwa memiliki wilayah di luar Hindia Belanda. Memang benar, waktu sebelum kemerdekaan persoalan batas-batas Indonesia dibicarakan. Ada Mohammad Yamin yang ingin memasukan seluruh rumpun Melayu, jadi termasuk Malaya, seluruh borneo, Filipina Selatan, malah Madagascar, ke dalam Indonesia. Tapi yang lain-lain menolak cadangan tersebut. Hatta, Soekarno sendiri tidak pernah mendakwa Timor-Timur adalah milek Indonesia. Jadi, Malaysia harus diperhatikan hal ini. Indonesia tidak ada citra bahawa seharusnya Malaysia masuk ke dalam Indonesia. Itu sama sekali tidak ada. Konfrontasi Soekarno dulu ada alasan lain, sehingga munculnya istilah neo-kolonialisme.

Jadi, apakah kempen “Ganyang Malaysia” yang dimulakan oleh Soekarno tersebut adalah semata-mata untuk mengalih perhatian masalah dalaman kepada isu-isu luar negara?

Menurut saya, memang demikian. Bagi Soekarno, Malaysia memang dalam rangka anti-neokolonialisme. Jadi, Soekarno sangat aktif anti-barat, aktif dalam politik luar negeri, dan di situ Soekarno kehilangan realisme. Jadi, mungkin tindakan itu adalah sebuah pelarian dari ketegangan dalaman Indonesia yang semakin besar, yang pecah pada 1965, dengan paling minumun 500,000 orang mati. Jadi, ini bukan hal yang remeh. Itu kerana, Soekarno tidak mampu menangani konflik-konflik idealogi.

Memang menarik untuk Indonesia.

Ya, memang menarik untuk Indonesia. Ini kerana konflik antara agama tidak pernah mencapai tingkat seperti itu. Waktu konflik di Ambon, semua agama di sana sangat mengharapkan pertelingkahan tersebut berhenti. Tapi, konflik idealogi antara komunis dengan yang lain-lain, waktu itu tidak mampu diredamkan. Itu cukup menarik.

Franz Magnis-Suseno ketika diwawancara © Aqil Fithri

Tentang pengalaman bersama, itu memang sesuatu yang rakyat Indonesia sama-sama hayati sebelum kemerdekaan. Apakah setelah kemerdekaan, pengalaman bersama itu hilang?

Nah, kami maseh punya pengalaman bersama. Tapi, kami harus bergulat dengan banyak sekali masalah yang belum selesai. Memang, dibandingkan dulu, sekarang jauh lebih selesai. Ini kerana ada kekuatan Soekarno yang memberi wawasan dan inspirasi terhadap nasionalisme Indonesia. Tidak hanya di Jakarta dan Jawa, tapi hampir di seluruh Indonesia merasakan hal yang sama. Itu memang jasa Soekarno. Tapi, Soekarno turut mempunyai kelemahan yang ada pada banyak pejuang kemerdekaan. Bagi mereka, adalah terlalu berat untuk terlibat dalam menangani masalah-masalah pentadbiran. Lalu, seorang nasionalis yang penuh semangat, sering sulit untuk menangkap bahawa di bawah nasionalisme boleh ada pertentangan-pertentangan idealogi yang sangat keras. Kesannya, kita boleh lihat peristiwa di Madiun. Dan, saya sendiri mithalnya ingat, bahkan sebelum saya ke Indonesia, kami dari gerakan Katolik itu selalu menganggap komunisme Indonesia sebagai bahaya terbesar, dan itu membuat para pemimpin Katolik lebih dekat dengan Partai Masyumi. Memang, sebetulnya Parti Masyumi membela sebuah Negara Islam. Namun, negara Islam Partai Masyumi bukanlah bererti untuk membuat orang bukan-Islam menjadi warganegara kelas kedua. Tapi, kami dekat kerana Partai Masyumi sama-sama berpendapat bahawa komunisme merupakan bahaya maut. Nah, Sokearno tidak menangkap hal tersebut. Sebaleknya, Soekarno merasakan semua orang Indonesia sedia untuk membangun negara yang revolusioner, progresif melawan dunia neokolonialisme. Walau bagaimanapun, sebuah semangat revolusi belum tentu dapat mengatasi semua masalah. Jadi, Soekarno tidak menyedari bahawa komunis itu bukan idealogi yang kekiri-kirian, tapi sebuah idealogi yang kuat, di mana tujuan politiknya yang sudah jelas tidak boleh ditawar-tawar dalam soal kekuasaan. Lalu, itu menjadi malapetaka. Sewaktu konfrontasi dengan Malaysia—di mana saya sendiri mengalami waktu itu—saya merasa hairan sekali, mengapa Soekarno tidak memakai pendamaian. Saya ketika hadhir di Padang Merdeka, Jakarta pada tahun 1964, dan mendengar sendiri pidato Soekarno, “hancurkan projek neo-kolonialisme.” Saya kira, itu ditujukan pada Malaysia, yang kemudiannya menjadi “Ganyang Malaysia.” Ketika itu, ada sejuta orang berdiri di Padang Merdeka, untuk mendengar pidato Bung Karno tersebut.

Tapi, dewasa ini, nampaknya frasa “Ganyang Malaysia,” tidak pernah berakhir, maseh dipakai, meskipun latar sudah kian jauh berbeza?

Itu saya anggap tidak boleh digunakan. Sama sekali tidak boleh digunakan Ini kerana menganyang itu tidak mengakui keberadaan. Itu juga sama ertinya menghabis-habisin. Tidak boleh begitu.

Tapi, tentunya dari satu sisi, kempen “Ganyang Malaysia” dapat membangkitkan semangat nasionalisme Indonesia, sekurang-kurangnya dari sentuhan emosi.

Ya, tapi tentu saja Indonesia harus belajar bahawa cinta pada negara dan bangsa sendiri tidak boleh dilahirkan dengan memusuhi tetangga.

Jadi, adakah anda menghargai Soeharto, yang darinya kempen Ganyang Malaysia ditamatkan?

Ya, justeru, dalam hal ini saya sangat menghargai Soeharto. Pada saya, Soeharto dia tahu benar bahawa yang mengancam di sini bukan Malaysia, tapi Indonesia itu sendiri. Sebenarnya, Indonesia itu menakutkan bagi seluruh Asia Tenggara. Maka, Soeharto tidak suka main the big boss. Tapi dari belakang dengan tenang, kalau ada masalah dengan Malaysia selalu meleraikan baik-baik. Tidak pernah Soeharto “memukul meja” ketika menghadapi masalah luar negara. Tindakan Soeharto ini penting bagi negara yang sebesar Indonesia, yang mungkin jumlah penduduk sama dengan negara Asia lain. Jadi, semua takut terhadap Indonesia, kerana kalau Indonesia menjadi kacau atau sebagainya, itu akan turut menggugat negara-negara tetangga yang lain. Itu adalah bahaya besar. Soeharto, begitu juga SBY, dan sebelum Gus Dur, mereka sama sekali tidak berminat untuk berkasar terhadap Malaysia. Tapi, di dalam masyarakat tentu ada perbezaan.

Tapi, bukankah itu bermakna Indonesia terpaksa tunduk pada negara, mithalnya dalam kes ini, dengan Malaysia?

Kita tidak harus tunduk. Jadi, kalau memang ada alasan objektif, mithalnya kalau ada pengambilan hakcipta, bawakan itu ke muka pengadilan. Saya juga berpendapat, bahawa masalah seperti Ambalat, itu juga kalau tidak boleh disepakati bersama harus diputuskan ke muka pengadilan antarabangsa. Jadi, tidak usah mengalah. Tapi, jangan main the big boss, kasar-kasar, dan jangan terus merasa tersinggung kerana hal-hal yang sepele. Itu maksud saya.

Sebenarnya, sama ada di Malaysia, mahupun di Indonesia, masing-masing sendiri merasakan bahawa pemerintahnya tidak memprihatinkan persoalan budaya masing-masing. Namun, ada persoalan lain, apakah perlu untuk pemerintah campur-tangan dalam soal budaya?

Kalau saya, pemerintah hanya boleh terlibat dengan cara yang sangat terbatas. Ini kerana budaya itu tidak memerlukan pemerintah. Yang budaya perlukan adalah kebebasan, dan tentu juga dukungan fungsional dengan mutu pendidikan umum. Sebetulnya budaya itu hanya akan hidup bila berdepan dengan cabaran-cabaran. Namun demikian, yang boleh dilakukan oleh pemerintah Indonesia, mithalnya, adalah mempromosikan budaya Indonesia ke luar, dengan usaha yang lebih bagus lagi. Saya pernah terbang dengan Malaysia Airlines, dari Eropah dan mendarat di Kuala Lumpur. Dalam penerbangan itu, ada filem mengenai KLIA, yang diakhiri dengan paparan budayanya. Itu sangat menarik dan bagus sekali. Di Indonesia ada juga budaya yang sama. Tapi kami tidak membikin filem seperti itu. Jadi, di situ adalah kelemahannya. Dalam budaya Indonesia, bukan hanya ada budaya seni, tapi juga ada budaya lukisan, muzik, sandiwara, dan juga kehidupannya yang sangat menarik. Apatah lagi, di Indonesia ini terdapat beragam suku, bahkan ratusan, yang masing-masing berdiri atas budayanya. Ini yang tidak begitu ketara di Malaysia.

Nampaknya, keragaman di Indonesia adalah satu kekuatan, selain satu kekayaan?

Benar. Jelas, satu kekuatan. Yang dikeluhkan adalah semata-mata hegemoni Jawa yang maseh besar. Tapi, sebetulnya orang Jawa tahu itu dan mampu menahan diri. Seperti juga suku-suku besar lain, termasuk Bugis, Minang, Sunda, dll mereka juga menahan diri. Malah, terdapat Batak juga, sebuah suku yang penuh dengan kepercayaan diri. Jadi, ini berbeza dengan Malaysia lebih jelas etniknya. Maka, cabarannya juga berbeza, dan cabarannya khas Malaysia.

Tapi, menarik di Indonesia, bangsa mereka tidak lagi berpaut pada etnik, tapi berdiri atas nama negara, iaitu bangsa Indonesia?

Ya, kata Indonesia itu dipakai untuk semua orang yang hidup di dalam negara Indonesia. Di sini, mungkin harus dikatakan bahawa negara mendahului bangsa. Ini kerana, yang membikin negara Indonesia, adalah kolonial Belanda juga. Begitu juga Malaysia. Tapi, sekurang-kurangnya kita berbeza dengan Korea, di mana satu bangsa tapi dua negara, atau dengan Poland yang sebenarnya termasuk dalam Jerman, atau Prussia. Jadi, ada beberapa negara di dunia, dalam erti, bangsa adalah mendahului negara. Tapi, kebanyakan negara lain di dunia tidak demikian. Malaysia dan Indonesia adalah antaranya.

Baik, mungkin kita menyentuh mengenai bahasa pula. Sebelumnya, anda juga sudah menyentuh sedikit mengenai kedudukan bahasa di Indonesia ini. Seperti kita tahu, salah satu bahagian dari budaya, adalah bahasa. Mungkin juga bahasa adalah alat perkembangan sesuatu budaya. Justeru, bagaimana hubungan antara bahasa tempatan (local) dengan bahasa globalisasi, kalau dalam konteks ini adalah Bahasa Inggeris?

Pertamanya, mungkin di situ ada perbezaan antara negara-negara di Asia, apalagi di Afrika. Di antara negara-negara ini terdapat negara yang pernah dijajah Inggeris. Maka, tentu sekali negara ini maseh cukup mampu untuk menggunakan Bahasa Inggeris. Kalau di Indonesia, kemampuan Bahasa Inggeris itu harus dipelajari di sekolah, tapi itu pun tak selancar berbanding Malaysia. Pengalaman Indonesia ini lebih mirip dengan negara asal saya, Jerman. Sebenarnya orang jerman juga tidak biasa menggunakan Bahasa Inggeris. Malah, di kalangan ahli akademik Jerman juga sama sekali tidak ada kebiasaan menggunakan Bahasa Inggeris dalam wacana intelektual mereka. Saya sendiri, setelah lama di Indonesia, kadang-kadang merasa terasing dengan Bahasa Jerman. Tapi, keadaan saya yang telah lama meninggalkan Jerman tentu tidak berlaku pada orang Jerman, atau pada orang Perancis. Lihat saja perkataan yang digunakan dalam komputer, semuanya adalah dalam Bahasa Jerman. Ini juga adalah pengalaman yang sama di Indonesia. Beruntung di Indonesia, kami mempunyai sebuah bahasa nasional yang memang popular, yang dibangun berasaskan daripada Bahasa Melayu. Bahasa Melayu dan kemudian menjadi Bahasa Indonesia ini akhirnya dapat digunakan untuk bahasa komunikasi, sekurang-kurangnya antara Malaysia dan Indonesia. Pengalaman saya pernah berbicara dengan seorang professor Melayu perempuan dari Malaysia. Ini berlaku di sebuah lokakarya (symposium), dan dia hairan sekali saya memberi filsafat kuliah dalam bahasa Indonesia. Ini kerana, dia menyatakan bahawa Bahasa Melayu tidak digunakan dalam kuliah filsafat di Malaysia.. Bagi saya, itu adalah masalah kebiasaan. Namun yang aneh ialah, dia adalah orang Melayu, dan menyatakan tak mampu menggunakan Bahasa Melayu. Namun, saya sendiri merasakan jauh lebih mudah berbicara filsafat dalam Bahasa Indonesia. Ini kerana pada saya, Bahasa Inggeris lebih sulit. Jadi, ini mungkin masalah kebiasaan. Tapi, apapun, itu fenomena di Malaysia yang sangat menarik bagi saya.

Menarik? Itu pada anda sebenarnya menunjukkan fenomena apa?

Bagi saya, dia tidak pernah mencuba. Dia membesar dalam lingkungan di mana Bahasa Melayu dianggap hanya untuk berbicara biasa-biasa saja, atau mungkin juga sebagai bahasa dapur. Manakala sebagai orang moden, dan dalam konteks moden, juga masalah moden, lebih mudah untuk memakai Bahasa Inggeris. Tapi, itu sama sekali tidak berlaku di Indonesia. Dan, tentu kami juga beruntung bahawa mempunyai orang seperti Soekarno. Salah satu kekuatan Soekarno adalah kemampuan untuk bicara. Bahasa pidatonya bagus-bagus sekali. Soekarno bukanlah seorang filsuf, tapi mengerti filsafat. Jadi, Soekarno juga secara tidak langsung mengembangkan dan merangsang orang Indonesia untuk mengungkapkan diri dalam Bahasa Indonesia itu. Pada saya, professor dari Malaysia itu belum pernah mencuba. Itu sebabnya. Seandainya dia mencuba, mungkin boleh saja.

Tentang bahasa, ada persoalan lain, iaitu persoalan antara bahasa dan makna. Dalam sistem pendidikan, tampaknya yang ditekankan adalah dari aspek makna, atau kefahaman. Bahasa, sekali lagi, hanyalah alat untuk sampai pada makna atau kefahaman tersebut. Tidak kesah apa-apa bahasa sekalipun, yang penting adalah makna atau kefahaman tersebut. Tapi, apakah ada sesuatu yang hilang sekiranya kita tidak menggunakan bahasa sendiri dalam sistem pendidikan?

Pada saya, kalaulah seluruh jenjang pendidikan dalam Bahasa Inggeris, yang berlaku dalam sesebuah negara Bukan Inggeris, itu akhirnya akan menurunkan bahasa sendiri menjadi bahasa dapur. Saya mengalami hal tersebut di sini, di Indonesia ini. Bukan dengan Bahasa Indonesia, tapi dengan Bahasa Jawa. Secara sejarahnya, bahasa jawa itu sangat berbudaya, dengan sasteranya yang kuno sampailah kepada sastera moden. Itu semua terhimpun dalam Bahasa Jawa. Tapi, sekarang yang berlaku ialah apabila orang jawa membicaraka persoalan moden dan global, maka mereka akan langsung menggunakan Bahasa Indonesia. Kesannya, Bahasa Jawa hanya untuk ngomong-ngomong saja, untuk di dapur, dan tidak lagi dipertajam. Mithalnya saja, budaya memberi kuliah dalam Bahasa Jawa. Jika anda tanyakan ahli akademik di sini, apakah dia merasa mampu memberikan kuliah filsafat dalam Bahasa Jawa? Saya kira, dia akan menjawab tidak mampu. Atau, sekurang-kurangnya dia akan memerlukan waktu yang cukup lama untuk melakukan itu. Bahasa Indonesia, tentu dulu juga tidak dipakai untuk filsafat dan segala macam ilmu. Tapi, akhirnya dipakai, dan ternyata Bahasa Melayu mamang bahasa yang serba-boleh, luwes, serta dapat dikembangkan. Bahkan, Bahasa Melayu turut mempunyai kemungkinan kemungkinan melahirkan kata-kata abstrak, di mana ini juga berkemungkinan untuk membentuk kata-kata teoritis baru. Kemampuan ini sebenarnya tidak banyak ada dalam bahasa-bahasa lain. Mithalnya, teman filsuf saya ada menerjemahkan kata “being,” iaitu dalam Bahasa Inggeris, dengan “mengada.” Kalau “ada” itu sebetulnya hanyalah bererti hadhir. “Being” itu pada Heidegger mempunyai erti yang lebih banyak. Tentu “mengada” itu tak ada dalam Bahasa Melayu di Indonesia. Tapi, filsuf dapat membentuk, serta dapat menjelaskan, yang akhirnya dapat digunakan.

Menariknya, mengapa Bahasa Melayu ada kekuatan tersebut, seperti anda katakan sendiri, “sebuah bahasa yang luwes?”

Saya bukan ahli linguistik. Tapi, saya mengalami bahawa Bahasa Melayu itu adalah bahasa yang sangat berpotensi untuk mengungkapkan semua cabang pengetahuan. Bahasa Melayu, sebetulnya adalah bahasa yang sudah kuno. Sebab itu, Bahasa Melayu juga punya sastera yang lama, dan sastera yang tinggi. Tentunya dulu, Bahasa Melayu hanyalah sebagai bahasa pasar. Tapi, dalam erti yang lebih luas, para pedagang di wilayah nusantara ini secara umumnya memakai Bahasa Melayu. Ternyata, Bahasa Melayu memang mempunyai kemampuan untuk dikembangkan. Bahasa Jawa mithalnya, akan lebih sulit kerana tidak mudah untuk membuat kata-kata abstrak. Jadi, tidak mudah untuk berfilsafat dalam Bahasa Jawa kerana harus berfikir berbeza. Bukan saja untuk mengungkapkan hal-hal abstrak, tapi juga hal-hal yang bersifat pengetahuan, suasana, warna, emosi, dan sebagainya.

Memang, Bahasa Melayu adalah akar pada Bahasa Indonesia. Tapi, apakah yang membezakan suku Melayu, dengan suku jawa, Sunda, Bugis, Minang, dll? Sebab, kalau di Malaysia, kami memikirkan semuanya adalah dalam kata “Melayu.” Tapi, di sini ternyata tidak.

Mungkin di sini lebih baik kita melihatnya dari sudut bahasa. Maksudnya saya, wilayah lingusitik adalah Austronesia, yang di sana terimpun bahasa-bahasa Austronesia. Bahasa suku yang asli di Taiwan selatan, itu sebenarnya dari Bahasa Melayu. Tapi, tentu sudah tidak sama dengan Bahasa Melayu seperti di Malaysia. Begitu juga Bahasa Melayu di beberapa suku di Vietnam. Demikian juga dari Filipina sampai ke Madagascar, itu dari sudut bahasa adalah satu ruang yang sangat besar. Mithal saja di Madagascar, rice itu maseh dikenali sebagai nasi. Saya juga bertemu seorang professor dari Filipina Utara, angka-angka mereka sama dengan angka-angka di Jawa dan di Sunda. Mithalnya tiga, itu pada mereka adalah telo. Dari sudut bahasa, kita memang bersatu. Tapi, Thailand dan sebahagian Indonesia Timur, itu tidak. Nah, di situ ada banyak sub-bahagian. Mithalnya saja lagi bahasa-bahasa di Sumatera, termasuk Bahasa Melayu itu, semuanya lebih dekat antara satu sama lain berbanding bahasa di Bali Lombok. Kalau di Bali Lombok itu ada lima bahasa, Bahasa Jawa (Jawa Timur), Bahasa Sunda (Jawa Barat), Bahasa Madura (Madura), Bahasa Bali dan Bahasa Sasak. Semua bahasa itu ada di Bali Lombok. Masing-masing, biarpun dekat, tapi ada perbezaan yang sangat ketara. Tidak seperti Bahasa melayu yang jauh lebih dekat dengan Bahasa Minang, dengan Bahasa Lampung, bahasa di daerah Jambi. Manakala Acheh sudah lebih jauh berbeza. Jadi, dalam erti bahasa ini, Melayu tidak khusus. Ini juga sebenarnya masalah bahasa. Kalau mahu kata Melayu dipakai dalam erti yang sangat luas, maka yang lebih tepat adalah Austronesia. Jadi, ini juga adalah masalah kebiasaan. Jadi, Melayu dalam erti sempit itu bererti mereka bicara dalam Bahasa Melayu sebagai bahasa ibu, seperti yang terdapat di Malaysia, sebahagian Indonesia, Singapura, Brunei, dLl. Namun, kalau di Batak itu nyata berbeza. Di batak ada enam bahasa yang tidak saling mengerti di antara orang-orang batak itu sendiri.

Barangkali soalan terakhir, mengapa bangsa Jerman begitu kuat sekali dalam soal tradisi, identiti, bahasa, dan segala kekhasannya?

Tentu Jerman itu adalah bangsa yang ada identiti dan kepercayaan diri yang sangat kuat, dan penuh dengan sejarah, selain tempatnya yang menarik dan makanannya yang enak. Saya di Jerman bukan bersekolah dalam Bahasa Inggeris, juga bukan dalam Bahasa Jerman. Saya berada dalam wilayah pendudukan Perancis. Jadi, saya belajar dalam Bahasa Perancis. Bahasa Inggeris hanya saya belajar setahun sebelum ke Indonesia, iaitu tahun 1960. Teman-teman Jesuit saya di München itu kebanyakan lancar betul Bahasa Perancis. Tapi tidak Bahasa Inggeris. Jadi, di Eropah dominasi Inggeris tidak ada. Orang Itali, siapa yang tahu Bahasa Inggeris. Orang Czechoslovakia itu lebih tahu Bahasa Jerman dari Bahasa Inggeris. Jadi, di Eropah, Inggeris tidak mendominasi. Tapi, di dunia lain, memang nampaknya Bahasa Inggeris begitu kuat. Ini yang juga menyusahkan Perancis, kerana nampaknya Bahasa Perancis kalah terhadap Bahasa Inggeris. Ini barangkali sebuah kebetulan, di mana Bahasa Inggeris menjadi bahasa globalisasi. Apatah lagi, dengan adanya Amerika Syarikat yang menjadi adikuasa, serta akhirnya memperkukuhkan lagi Bahasa Inggeris. Katakan saja orang Jerman mereka sama sekali tidak tertarik untuk memakai kata-kata Inggeris. Bahkan, mereka lebih sedia memakai Bahasa Perancis, berbanding Bahasa Inggeris. JT

Melayu dengan Rajanya I
Bacalah! Membaca akan membawa kita keluar dari kegelapan. Iklim pemikiran Melayu dewasa ini menjadi gelap tentang sikap bangsa Melayu dengan raja mereka. Kalau diturutkan tabiat tidak membaca di kalangan hulubalang-hulubalang taksub kaum, jelaga yang menutupi pemikiran Melayu akan bertambah tebal.

Kita bacalah apa yang disuratkan oleh pendita Melayu Tun Sri Lanang dalam Sulalatus Salatin, juga dikenal dengan nama Sejarah Melayu. Ketepikan sejenak debat di kalangan sarjana siapakah identiti sebenar pengarang  tarikh itu dan di mana ia dituliskan.

Lompat sahaja ke muka surat 193 dalam edisi yang disunting oleh A. Samad Ahmad dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka: “Sekali sepertua Sultan Mahmud Syah bermain dengan isteri Tun Biajid, anak Hang Tuah; pada tatkala itu Tun Biajid tiada di rumah, pergi ke Merba kerana Merba itu pegangannya. Pada suatu malam, Sultan Mahmud pergi ke rumah isteri Tun Biajid; setelah dini hari maka baginda pun kembali. Maka Tun Biajid pun baru datang dari Merba diiringkan oleh orang-orangnya hendak pulang ke rumahnya, maka bertemu dengan Sultan Mahmud Syah yang kembali dari rumah isterinya. Maka Tun Biajid pun tahu Sultan Mahmud bermain dengan isterinya itu; jikalau hendak dibunuh pada masa itu dapat, kerana tiada berapa orang yang mengiringkan …”Hei Sultan Mahmud, demikiankah perkerjaan tuan hamba akan hamba? Sayang tuan hamba tuan kepada hamba, jikalau tuan hamba bukannya tuan kepada hamba, jika tidak lembing ini kuterbang ke dada itu, ubah nama si Biajid anak laksama Hang Tuah.” Naskah Shellabear tertulis: “jika tiada lembing ini kutumbukkan di dada bukan hamba anak laki-laki.”

Mengapa sang empunya hikayat menulis kisah kebejatan moral raja ini? Dan bukan sekali. Dikisahkan juga pembunuhan Tun Ali Sandang yang diarahkan oleh sultan kerana seorang perempuan bernama Tun Dewi. Pada suatu malam Sultan Mahmud ingin ke rumah Tun Dewi, tetapi mendapati Tun Ali Sandang ada bersama Tun Dewi, sultan kembali ke istana tetapi menyuruh seorang pengiringnya Tun Isap membunuh Tun Ali Sandang. Siapakah Tun Dewi? Besar kemungkinan seorang Christine Keeler di Melaka, tatkala kota itu adalah salah sebuah kota dan pelabuhan yang terbesar di dunia di abad ke-15.

Tun Sri Lanang, yang menurut A. Samad Ahmad adalah pengarang Sulalatus Salatin, adalah perdana menteri Kerajaan Johor dengan gelaran Bendahara Paduka Raja di zaman Sultan Alauddin Riayyat Shah III, sultan Johor ke-6 (1597-1615). Beliau dititahkan menulis sejarah raja-raja Melayu oleh Raja Abdullah yang kemudiannya menjadi sultan Johor ke-7.  Titah tersebut berbunyi: “Beta minta diperbuat hikayat  pada Bendahara peri persetua dan peri pertuturan raja-raja Melayu dengan istiadatnya sekali; supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita, diingatkan oleh mereka itu; syahadan beroleh faedahlah ia daripadanya.”

Apa yang dimaksudkan oleh Raja Abadullah dengan kata-kata “syahadan beroleh faedahlah ia daripadanya.”? Adakah raja-raja Melayu hari ini membaca Sulalatus Salatin? Apakah membacanya, atau dibacakan kepada mereka, menjadi sebahagian dari pendidikan mereka? Raja Abdullah menitahkan Tun Sri Lang,  sang bendahara, menulis sejarah leluhurnya “supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita, diingatkan oleh mereka itu…”

Apa faedahnya kita, dengan “kita” saya maksudkan bangsa Malaysia tanpa mengira keturunan, membaca kembali  Sejarah Melayu , sebuah karya yang ditulis di abad ke-17? Bukankah memadai kita membaca Two Treatises on Civil Government oleh filasuf John Locke, tulisan yang merevolusikan pemikiran politik? Locke mesti dibaca, tanpa menghadham Locke kita tidak akan tahu idea asas politik moden. Politik Malaysia terus kekal separuh feudal, meskipun telah 50 tahun merdeka, meskipun telah memasuki abad ke-21, kerana ahli-ahli politik kita tidak membaca Locke. Wacana politik oleh intelektual dan kupasan politik dalam rencana pengarang dan komentar oleh wartawan veteran Malaysia terus jumud kerana mereka tidak mahu mendekati Locke. Saya tidak pernah tercium pemikiran Locke dari Rahim Kajai, A Samad Ismail dan A Kadir Jasin. Hampir satu dekad saya di dunia wartawan saya boleh membuat kesimpulan begini: semua yang bergelumang dalam dunia ini menghirup udara kejahilan tentang idea asas pemikiran politik dan mereka bangga dengan  kejahilan tersebut.

Tetapi Sulalatus Salatin juga perlu dibaca. Tanpa membaca teks besar ini kita tidak boleh memahami satu institusi penting yang telah diberikan keabsahan oleh perlembagaan, dan insitusi tersebut punya sifat, sejarah dan kebudayaannya.  Meskipun institusi raja-raja Melayu itu diikat oleh perlembagaan, bidang dan batas kuasanya ditentukan oleh perlembagaan, namun kita juga hidup dalam kebudayaan, adab serta kesopanan. Maka hubungan dengan institusi raja-raja Melayu ini bukan sekadar mengikut perlembagaan tetapi juga mengikut adab dan kesopanan.

Bagaimana dan apakah sumber kita hendak mengetahui adab dan kesopanan berhubung raja-raja Melayu? Dalam hal ini buah tangan peninggalan Tun Sri Lanang menampilkan sikap seorang pembesar Melayu kepada rajanya. Bendahara itu secara jelas menyatakan: “maka fakir karanglah hikayat ini…. supaya akan menyukakan duli hadrat baginda.” Tetapi apakah beliau mengorbankan integritinya sebagai seorang penulis dengan memenuhi hikayatnya dengan segala ampu dan pujian tentang kemuliaan raja?

Tun Sri Lanang bukan John Locke meskipun keduanya hidup di masa yang sama. Bendahara itu mendapat titah untuk menulis Sulalatus Salatin pada 1612 sementara risalah Locke yang bertajuk An Essay concerning The True Original, Extent, and End of Civil-Government diterbitkan 1689 diterbitkan secara sembunyi dan tanpa nama pengarangnya. Locke memecah tradisi dan pembuka lembaran baru dalam pemikiran politik dunia sementara Tun Sri Lanang adalah  putera setia zaman dan kebudayaannya. Dia pembesar dalam sistem feudal dan penerus tradisi tersebut.

Dari perspektif zaman kita sistem feudal yang bertunjangkan sistem kekuasaan raja tanpa batas adalah sistem yang banyak kecacatannya. Kita tidak dapat membayangkan untuk hidup kembali dalam sistem seperti itu. Mereka, yang kerana romantisme dan nostalagi ingin menyarankan kita kembali kepada sistem politik zaman tersebut harus diperiksa otaknya. Sistem tersebut amat terdedah kepada kezaliman dan penyalahgunaan kuasa.

Satu-satunya kuasa pengimbang untuk mengelakkan berlakunya kezaliman yang berpunca dari sultan adalah komitmen sultan itu sendiri kepada prinsip moral dan keadilan. Kalau akhlak dan rasa keadilan itu tersemat dalam hati sang raja maka keadilan akan berlaku dalam negeri. Kalau sang raja itu berkelakuan seperti yang diungkapkan “bersultan di mata, beraja di hati” maka negeri akan ditimpa bencana.

Tun Sri Lanang pun menceritakan kehebatan raja-raja Melayu yang berasal dari Bukit Siguntang Mahameru dan menyambung mitos sehingga ke Iskandar Agung. Sultan Johor yang bersemanyam di Batu Sawar mahu dingatkan dan mahu generasi selepasnya diberitahu tetang kehebatan dan luas kekuasaan moyang mereka di Melaka. Tetapi bendahara itu dengan integriti moralnya sebagai seorang penulis dan penyimpan khabar masa lalu menceritakan perilaku kezaliman sultan yang membawa kepada keruntuhan dan penyingkiran sultan dari Melaka oleh Portugis.

Khalid Jaafar, adalah Pengarah Institut Kajian Dasar (IKD).